Bab 3

Romance Series 97025

DOKTOR memberikan suntikan kepada Khadijah untuk meredakan kesan alahan yang di alami oleh wanita separuh usia itu. Sebelum meninggalkan klinik, khadijah juga dibekalkan dengan ubat untuk dimakan agar alahannya terkawal. Setelah selesai mendapatkan rawatan, Idayu memapah lagi wanita yang berusia itu menuju ke keretanya. Kereta perodua axia itu adalah hadiah pemberian daripada arwah bapa Idayu sempena hari lahirnya pada tiga tahun yang lalu. Kini, kereta itulah yang menjadi kenderaan utama kepada Idayu untuk bergerak.

"Rumah Cik Jah kat mana? Biar Ayu hantarkan.." Idayu bertanya untuk menghantar Khadijah terus ke rumahnya. Dia tidak ingin membiarkan wanita tua itu bersendirian mengambil teksi untuk pulang memandangkan keadaan wanita tersebut masih terlihat lemah.

"Rumah Cik Jah jauh dari sini.. Ayu hantarkan ke rumah anak Cik Jah je la.. rumah anak Cik Jah tak jauh dari sini." Khadijah memberi makluman. Idayu hanya mengangguk dan tersenyum. Gadis itu kemudian meluncurkan keretanya laju di atas jalan raya. Keretanya dipandu mengikut arah yang diberitahu oleh Khadijah kepadanya. Idayu memandu agak laju kerana harus mengejar masa. Dia perlu kembali ke rumahnya dengan segera untuk menemani ibunya yang sedang terlantar lumpuh.

Setelah bergerak beberapa kilometer, kereta perodua axia yang dipandu oleh Idayu membelok ke simpang kanan dan melalui kawasan perumahan.

'Uiihh.. kawasan rumah orang kaya ni.. semuanya rumah banglo besar-besar.. orang kaya ke anak Cik Jah ni?' Idayu melihat ke sekeliling kawasan sambil berkata-kata di dalam hatinya.

"Haa, depan tu, Ayu ambil lorong sebelah kiri.. Rumah anak Cik Jah yang hujung lorong tu." Khadijah memberi petunjuk kepada Idayu yang sedang memandu. Gadis itu hanya menurut tunjuk arah yang diberikan kepadanya. Setelah tiba di hadapan rumah yang dimaksudkan, Idayu memperlahankan pemanduannya dan menghentikan kereta tepat di hadapan pintu pagar rumah anak Khadijah. Gadis itu segera turun daripada kereta dan membantu Khadijah dengan memapah wanita tersebut. Plastik yang mengandungi barang yang dibeli oleh Khadijah di pasar tadi turut di capai oleh gadis tersebut. Di depan pagar, Idayu menekan loceng rumah beberapa kali.

Seketika kemudian, seorang lelaki keluar menjengah dari pintu rumah. Lelaki tersebut segera keluar mendekati Idayu dan Khadijah yang sedang berdiri di hadapan pintu pagar. Idayu yang menundukkan pandangan dan melihat ke arah Khadijah, langsung tidak melihat ke arah pemilik rumah tersebut.

"Ibu dari mana ni?" Anak lelaki Khadijah bersuara. Idayu yang seakan mengenal suara lelaki tersebut segera mengangkat pandangan wajahnya dan melihat tepat ke arah lelaki yang dikatakan sebagai anak Khadijah. Mata gadis itu terbuntang luas. Dia benar-benar terkejut.

"Ibu dari pasar tadi.. dah la ibu rebah kat pasar tu.. lepas tu, pergi makan tomyam.. alergik pula sebab termakan air udang.. nasib baik ada budak Ayu ni.. dia la yang tolong mak, bawa mak pergi klinik, lepas tu hantar mak ke sini pula.." Khadijah menjawab pertanyaan anaknya.

"En..Ecik Adam?" Idayu tergamam. Dia langsung tidak menyangka anak kepada wanita yang dibantunya tadi sebenarnya adalah majikannya sendiri. Adam pula melihat ke arah Idayu dengan pandangan yang pelik. Dia sebenarnya tidak jelas dengan identiti Idayu. Idayu yang baru sebulan bekerja kurang mendapat perhatian daripada Adam di pejabat. Malah Adam juga bukanlah seorang lelaki yang suka memandang dan memerhatikan perempuan. Namun seketika kemudian, Adam sedikit tersentak. Mungkin ingatannya terhadap Idayu mula menjelma. Itu adalah gadis yang tergopoh-gapah yang rebah dan di bantu olehnya ketika di pejabat.

"Eh, Ayu kenal ke dengan anak Cik Jah?" Khadijah segera bertanya apabila mendengar Idayu menyebut nama anaknya.

"Hmm.. dia, perempuan yang kalut dan terburu-buru.. dia bantu mak macam mana? dia sendiri pun berjalan tak betul.." Adam menyindir. Idayu pula memalingkan muka ke sebelah sisi kanan sambil menurunkan pandangan wajahnya. Giginya pula menggigit bibir bawah, menahan rasa malu dan geram.

'Ish, mat kunyit ni..' Hati Idayu menggerutu. Gadis itu kemudian memalingkan semula wajahnya ke depan sambil tersengih. Namun matanya tidak berani diangkat. Dia segan untuk melihat Adam yang sedang berdiri di hadapannya.

"Ah, ini barang yang Cik Jah beli kat pasar tadi.." Idayu menghulurkan plastik yang mengandungi barang pembelian Khadijah kepada Adam. Adam segera menyambut plastik yang diberikan kepadanya. Lelaki itu turut memapah ibunya dan mengambil alih tugas Idayu yang membantu ibunya. Idayu pula mula melepaskan rangkulan tangannya kepada Khadijah.

"Ayu, jom la masuk ke dalam rumah dulu.." Khadijah mempelawa.

"Eh, takpe la Cik Jah.. saya pun sebenarnya dah terlambat ni.. nak kena balik rumah pula.. Mak saya dah menunggu tu.." Idayu terpaksa menolak pelawaan wanita yang sudah dibantunya itu tadi.

"Oh, takpe kalau macam tu.. Haa.. lupa nak tanya.. Ayu ni dah kahwin ke belum?"

"Err.. belum lagi Cik Jah.. Emm.. saya balik dulu la ya.. assalamualaikum.." Idayu menjawab sambil tersengih. Gadis itu kemudian dengan tergesa-gesa berpaling tubuh dan kembali menuju ke arah keretanya.

"Waalaikumussalam.." Khadijah menjawab salam yang diberikan sambil menatap Idayu yang mulai masuk ke dalam keretanya. Adam pula hanya mendiamkan diri sambil memerhati gerak geri Idayu. Idayu kemudian segera menggerakkan keretanya meninggalkan kawasan perumahan tersebut. Adam pula terus memapah ibunya untuk masuk ke dalam rumah. Setelah masuk ke dalam rumah, Adam menempatkan ibunya di sofa. Lelaki itu turut melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya itu.

"Jadi, macam mana keadaan Ibu?" Adam agak khawatir dengan keadaan ibunya yang dikatakan baru pulang dari klinik.

"Ibu tak apa-apa.. dah kena cucuk kat klinik tadi.. nasib baik la ada budak Ayu tu.. dia la yang duk tolong Ibu tadi.. Haa.. macam mana kau kenal budak perempuan tu? Tadi Ibu dah tanya, tapi kau tak jawab lagi.."

"Emm.. dia tu pekerja kat pejabat Adam, bu.. Adam pun bukan kenal sangat.. rasanya dia pekerja baru." Adam menjawab.

"Ah, kalau dah kerja pun tempat yang sama baguslah.." Khadijah tersenyum lebar.

"Apa maksud Ibu?"

"Hmm.. kau takde apa-apa ke dengan Ayu tu?"

"Ish, Ibu ni.. nak ada apanya? Adam pun tak pernah bercakap dengan dia selama ni.."

"Itulah kau.. masih taknak berubah lagi.. sudahlah Adam.. baik kau teruskan hidup kau untuk masa akan datang.. fikirkan masa depan kau.. masa depan keluarga kita.." Khadijah menepuk paha anak lelakinya itu. Adam pula terdiam. Dia sudah dapat menjangkakan apa yang ingin dikatakan oleh ibunya sebentar lagi. Khadijah pula meneruskan ucapannya.

"Kau satu-satunya anak Ibu.. Sampai bila kau nak membujang? Umur pun dah nak masuk 40 tahun tapi masih tak kahwin-kahwin lagi.. Ibu pun teringin nak ada cucu.. nak ada pewaris keluarga kita.. kalau kau tak kahwin, takde la pewaris Ibu dengan ayah.. Hmm.. kau tengok Ayu tu.. cantik, sopan, baik hati, suka menolong orang.. Ibu suka kalau dia jadi menantu Ibu.. dia pun tak kahwin lagi.." Khadijah melebarkan senyuman sambil memandang ke arah anak tunggalnya.

"Ibu.. Adam taknak la fikir pasal kahwin semua tu.." Adam tidak selesa untuk membincangkan soal pernikahan. Selama ini, dia sengaja menjaga jaraknya bersama mana-mana wanita. Bagi lelaki itu, dia sudah tidak mahu berfikir soal berumah tangga. Yang penting baginya sekarang hanyalah kerjanya.

"Adam.. Ibu takkan senang hati selagi kau tak berkahwin.. kau tengok la diri kau sekarang.. rumah besar pun, tapi hidup sorang-sorang.. kalau jadi apa-apa kat kau dalam rumah ni macam mana? Takde siapa yang tahu dan nak tolong kau.."

"Ibu la datang duk kat sini temankan Adam."

"Habis tu, ayam itik kat rumah ibu tu siapa nak jaga? siapa nak bagi makan?" Khadijah membantah saranan anaknya.

"Kau pun dah kenal dengan Ayu tu.. duk kerja satu tempat.. dia pun tak kahwin lagi.. Ibu suka dengan dia.. nanti kau cuba la rapat-rapat dengan dia.. Ibu nak kau kahwin dengan Ayu.. Itu je permintaan Ibu.. kalau itu pun kau tak boleh tunaikan, baik Ibu tak ada anak.." Khadijah cuba menekan anak lelakinya itu. Dia sengaja ingin memaksa anak tunggalnya itu menamatkan zaman bujangnya.

"Ibu.. jangan la cakap mengarut macam tu.." Adam menjadi dilema.

"Ibu tak mengarut.. Adam tu yang mengarut.. dah berumur pun, masih taknak kahwin.. Apa jadi sekali pun, Adam kena kahwin.. kalau takde perempuan, kahwin je dengan Ayu.. Dia tu budak baik.. rugi kau kalau tak ambil dia buat isteri.."

"Nak kahwin macam mana.. Adam pun tak pernah rapat dengan Ayu tu.."

"Dah tu, kalau tahu tak rapat, mulakanlah rapatkan diri.." Khadijah memberi arahan. Adam pula tercengang mendengar saran daripada ibunya itu. Ibunya benar-benar ingin mendesak. Adam sudah tiada pilihan.

"Ibu bagi tempoh satu bulan.. bulan depan ibu akan datang lagi rumah Adam dan Ibu nak berjumpa semula dengan Ayu."

"Sebulan? Ibu! nak kahwin ni bukan macam pergi kedai beli baju.."

"Dah lama ibu bagi masa kat Adam.. sekarang Adam pun dah lewat 30-an.. Adam boleh pilih, nak cari pilihan sendiri atau ikut pilihan Ibu.. tapi kalau bagi Ibu, memang dah berkenan kat Ayu tu.." Khadijah membuat penegasan. Adam pula sudah kehilangan kata-kata. Selama ini, ibunya hanya bertanya mengenai perkahwinannya, namun tidak pernah mendesaknya sama sekali. Namun hari ini, Adam sudah tidak mampu membantah. Nada suara ibunya kedengaran penuh tekad dan ketegasan. Adam buntu. Lelaki itu lantas menyandarkan badannya ke sofa sambil terngadah memandang siling.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience