Bab 49

Romance Series 125055

Imbas kembali..

SETELAH Adam dan Idayu pergi, Farhan hanya terdiam sambil memerhatikan keduanya dari arah belakang yang berjalan semakin menjauh. Sejenak kemudian, Fairuz menghampiri lelaki tersebut sambil tersenyum.

"Hmm.. perlukan bantuan? Apa kata kita bekerjasama?" Fairuz mula menyapa.

"Kerjasama? Apa maksud awak?" Farhan menatap wanita yang sedang berdiri di hadapannya.

"Awak mahukan Idayu kan? saya boleh tolong awak.." Fairuz membalas sambil sebelah keningnya terangkat. Farhan tersentak. Lelaki itu mendiamkan diri seketika selepas mendengar ucapan Fairuz.

"Itu bukan urusan awak.." Farhan kembali bersuara.

"Ya.. hubungan awak dan Idayu bukan urusan saya.. tapi hubungan Idayu dan Adam itu urusan saya.. saya perlu pisahkan mereka. Idayu tu perempuan perampas.! dia dah ganggu hubungan saya dengan Adam.. Saya perlu dapatkan kembali Adam.. jadi, kalau awak nak dapatkan Idayu, inilah peluang yang awak ada.. kita bekerjasama."

"Ayu perampas? Huh, bukan ke mereka berdua dah kahwin? Secara lebih tepat, sepatutnya awak la yang cuba jadi perampas." Farhan menyindir Fairuz.

"Saya dah lama bersama Adam! Kami kenal dari zaman sekolah lagi.. Idayu la yang baru muncul dan ganggu hubungan kami!"

"Jadi kenapa Adam kahwin dengan Idayu? Kalau dia dah lama bersama awak, sepatutnya dia dah kahwin dengan awak." Farhan tersenyum sinis. Ucapan lelaki itu benar-benar menyakitkan hati Fairuz.

"Itu..itu.. Adam sebelum ni ada masalah.. saya yang tolong dia untuk kembali bangkit dalam hidup dia. Tapi bila dia dah berjaya, tiba-tiba Idayu muncul dan merampas segalanya.. Dia cuma ambil kesempatan selepas Adam dah berjaya! rampas apa yang sepatutnya jadi milik saya!"

"Jadi, itu masalah awak.. bukan masalah saya.."

"Habis tu, awak taknak dapatkan Idayu? Padahal awak nak sangat bersama dia kan? Kalau kita bekerjasama, nanti awak akan dapat Idayu dan saya akan dapat Adam.. adilkan?" Fairuz masih cuba menghasut.

"Adil? Perbuatan khianat macam tu awak kata adil? Maaf, saya takkan bersama awak untuk buat khianat! Ya, saya sukakan Idayu.. tapi itu bukan alasan untuk saya rosakkan kebahagiaan Idayu. Saya bukan orang yang pentingkan diri. Idayu dah buat keputusan dia sendiri.. dia nak bersama Adam dan dia dah bahagia dengan suami dia.. sebagai seorang lelaki yang suka kat dia, saya memang kecewa. Tapi sebagai seorang kawan, saya akan sokong apa saja keputusan dia."

"Tak payah nak berpura-pura!" Fairuz seakan muak mendengar kata-kata Farhan.

"Saya tak perlu nak berpura-pura kat awak. Saya dah lama kenal Idayu dan tahu hati budi dia.. dia seorang perempuan yang baik. Mustahil untuk saya khianati persahabatan saya dan dia hanya demi memenuhi keinginan awak! Maaf, saya takkan bersama awak untuk pisahkan Idayu dan suami dia." Farhan bersikap tegas. Walaupun kecewa dengan pilihan Idayu, namun lelaki itu tetap menghormati pilihan wanita tersebut. Dia sama sekali tidak ingin menyakiti Idayu dan akan memegang teguh tali persahabatan mereka. Tanpa membuang masa, Farhan segera melangkah pergi, meninggalkan Fairuz. Dia tidak ingin terus membuang masa untuk berbicara dengan wanita yang mempunyai niat jahat tersebut.

"Huh, tak guna!" Fairuz mendengus kencang sambil menghentak sebelah kakinya ke lantai. Dia benar-benar geram dengan sikap Farhan yang berlagak baik. Kini harapannya untuk memisahkan Idayu dan Adam terlihat semakin samar. Namun niat jahatnya itu tidak sedikit pun luntur. Dia tetap akan mencari cara untuk mendapatkan semula Adam daripada Idayu. Di saat Fairuz sedang kecewa dengan penolakan Farhan, tanpa di sangka, tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya.

"Fairuz.. saya dah dengar semua yang awak katakan tadi.. kalau awak mencari seseorang untuk hapuskan Idayu, saya boleh tolong." Lelaki itu menyapa. Fairuz segera berpaling, melihat ke arah pendatang yang menyapanya itu.

"Siapa kau?" Fairuz mengerutkan dahi.

"Hmm.. aku Hafiz.. bekas pengurus di syarikat Kencana Tekstil." Hafiz memperkenalkan diri.

"Pengurus di syarikat Adam?" Fairuz mula merasa pelik.

"Ya.. sebelum ni, aku pernah tengok kau selalu datang ke Kencana Tekstil untuk berjumpa Adam. Aku dulu kerja kat sana sebagai pengurus. Tapi disebabkan Idayu, aku kena buang kerja! Sekarang ni aku dah takde apa-apa.. malah aku sekarang ni sedang dalam tempoh pendakwaan kat mahkamah. Perempuan tak guna! aku mesti balas semua yang dia dah buat kat aku! Aku nak hancurkan hidup dia!" Hafiz bersuara geram. Cahaya pada matanya penuh dendam.

"Apa yang dah jadi? boleh kau bagitau?" Fairuz cuba mengenali Hafiz dan masalah diantara lelaki tersebut dengan Idayu.

"Perempuan tu suka goda lelaki kat pejabat. Adam pun dia goda, termasuklah aku sekali.. tapi bila aku dah tergoda kat dia, dia gunakan Adam untuk buang aku dari syarikat! Siap buat laporan polis, konon aku cabul dan cuba rogol dia.. malah dia berpakat pulak dengan Shakir untuk rakam. Rakaman video tu dia jadikan bukti untuk tuduh aku.. perempuan tak guna! Sekarang aku masih dalam tempoh pendakwaan. Dapat bebas ni pun sebab di ikat jamin.. tapi lepas selesai pendakwaan ni, aku yakin, aku akan masuk penjara! Bukti rakaman video tu susah untuk disangkal. Jadi alang-alang nak kena penjara, sebelum jatuh hukuman ni, aku nak balas perbuatan perempuan tu.. aku nak hancurkan hidup dia.. kalau kena penjara pun, setidaknya aku puas hati." Hafiz bercerita dengan panjang lebar. Fairuz hanya menganggukkan kepala sambil mendengar kata-kata Hafiz kepadanya.

"Jadi apa yang kau nak buat sekarang?" Fairuz ingin tahu rancangan Hafiz.

"Aku tak boleh nak dekat dengan perempuan sekarang sebab dah ada perintah mahkamah.. jadi aku perlukan seseorang untuk bantu aku. Apa yang aku dengar dari perbualan kau dengan doktor tu tadi, aku rasa kita saling memerlukan dan matlamat kita pun sama."

"Apa plan kau?" Fairuz mula tersenyum. Hafiz lantas menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sesuatu lalu dihulurkan kepada Fairuz.

"Sebab aku tak boleh dekati perempuan tu, jadi aku perlukan pertolongan kau.. masukkan ubat ni dalam makanan atau minuman, bagi kat perempuan tu. Nanti dia akan pening dan tak sedarkan diri.. kau bawa dia kat aku.." Hafiz menyampaikan rencananya.

"Baik! rencana yang bagus.. kalau macam tu, nanti kau rakam video dan gambar dia dalam keadaan bogel.. Kalau kau nak ratah tubuh dia, lagi elok.. kemudian kita sebarkan gambar dan video bogel dia yang sedang bermain dengan lelaki tu kat internet dan send juga kat Adam. Adam mesti akan pandang jijik kat perempuan tu sebab dah bersama lelaki lain.. malah Adam pun takkan mampu menanggung malu kalau Ayu tu masih jadi isteri dia kalau gambar bogel perempuan tu tersebar.." Fairuz tertawa apabila membayangkan hasil kejayaan daripada rencana yang dirancangnya bersama Hafiz.

KEMBALI ke situasi di hotel, setelah berjaya membuat Idayu pening dan hampir tidak sedarkan diri, Fairuz menyerahkan Idayu kepada Hafiz.

"Sekarang aku serahkan dia kat kau.. nikmatilah perempuan ni baik-baik dan jangan lupa ambil gambar dan rakam video.. aku akan pastikan Adam merasa jijik dengan perempuan ni lepas ni.." Fairuz tersenyum sinis. Hafiz juga melebarkan senyuman sambil memapah tubuh Idayu yang sudah pun lemah. Rancangan mereka kini sudah berhasil dilaksanakan dan hanya menunggu masa untuk melucutkan pakaian daripada tubuh Idayu.

"Kau..." Idayu melihat ke arah Hafiz. Walaupun pandangannya berbinar, namun Idayu masih dapat mengenal pasti lelaki yang sedang menyokong tubuhnya untuk berdiri itu. Idayu cuba menolak, namun badannya sudah terlalu lemah. Dia langsung tidak mampu untuk melawan memandangkan kepalanya terasa sangat pening dan dunianya terlihat berpusing-pusing. Sekarang dia hanya mampu berdoa agar dirinya terselamat daripada kejahatan Hafiz dan Fairuz yang sudah bersekongkol.

'Ya Allah, tolong selamatkan aku dari kejahatan mereka.. bantulah aku.. Adam.. tolong..' Idayu tahu dirinya akan ditimpa kecelakaan. Namun kini dia hanya merintih, memanjatkan doa didalam hatinya.

Hafiz kemudian meletakkan tubuh Idayu yang sudah lemah ke atas katil. Wajah bersih wanita itu ditatapnya dengan penuh nafsu. Kali ini dia tidak akan melepaskan peluang. Dia akan memastikan dirinya akan dapat merasai kenikmatan menodai tubuh Idayu. Kecantikan wanita itu dan bentuk tubuhnya sangat mengiurkan.

"Aku dah lama nak rasa tubuh kau ni.. akhrinya hari ni pun tiba.." Hafiz ketawa dengan penuh bangga.

"Dah, jangan buang masa.. cepat selesaikan tugas kau.." Fairuz memberikan arahan.

"Kau keluar la dulu.. ke kau nak join sekali? kita threesome?" Hafiz mempamerkan senyuman jahat. Fairuz lantas menghanyunkan tas tangannya ke arah Hafiz.

"Jangan mimpi! you're not my taste.." Fairuz menjeling tajam ke arah Hafiz yang cuba menggodanya.

"taste apa pulak? kau main dengan siapa pun, rasanya sama je.. bila lagi nak main threesome.." Hafiz masih ingin memancing nafsu Fairuz.

"Jangan harap! aku ni memilih.. kalau nak main pun, aku cari yang handsome, badan berotot macam Adam tu.. kalau macam kau ni, sorry la.. Dah, cepat kau selesaikan perempuan ni." Fairuz membalas.

"Dah tu, kau buat apa lagi kat sini? takkan nak jadi penonton pulak.. keluar la.. dah selesai nanti aku bagitau.." Hafiz membuka butang bajunya satu persatu.

"Ingat, rakam biar nampak jelas muka dan seluruh badan perempuan ni.. jangan duk kabur atau tak jelas muka dia." Fairuz mengulangi arahannya seraya berjalan menuju ke arah pintu keluar bilik.

"Ya.. aku tahu la.." Hafiz segera membalas. Selesai membuka semua butang, baju kemejanya itu dilepaskan dari tubuh dan dicampakkan. Hafiz menjeling seketika ke arah Fairuz yang sedang membuka pintu bilik dan keluar dari bilik tersebut. Lelaki itu tersenyum lagi. Dia kemudian mempersiapkan kamera dan dihalakan ke arah Idayu yang sedang terbaring di atas katil. Kamera yang diletakkan pada tripod itu dilaraskan ketinggiannya agar mendapat sudut yang sesuai dan jelas untuk merakam aksinya bersama Idayu sebentar lagi.

Selesai melaraskan kamera, Hafiz perlahan-lahan mendekati Idayu. Wajah yang berkulit putih itu ditatapnya seketika. Nafsu Hafiz semakin membara. Kini Idayu sudah benar-benar tidak sedarkan diri. Hafiz juga sudah tidak sabar untuk menikmati keindahan tubuh milik Idayu. Lelaki itu mula menaiki ranjang dengan merangkak dan melepaskan tudung yang membaluti kepala Idayu. Setelah mencampakkan tudung milik Idayu, Hafiz mendekatkan wajahnya ke kepala Idayu.

"Huh, harum sungguh.. bau kau betul-betul buat aku tergoda.." Hafiz berbicara sambil mengendus aroma tubuh Idayu. Lelaki itu kemudian tanpa berlengah terus membuka baju kurung yang dipakai oleh Idayu.

"Hmm.. warna hitam, abang geram.." Hafiz tersenyum apabila melihat baju dalam berwarna hitam yang dipakai oleh Idayu. Melihat dada Idayu yang masih mengenakan baju dalam itu sudah membuatkan Hafiz hampir melelehkan air liur. Badan putih gebu milik Idayu ditatapnya dengan penuh nafsu.

Share this novel

Norzilawati
2025-01-16 21:56:19 

kesian ayu.. harap2 adam sempat selamatkab ayu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience