ADAM khusyuk meneliti dokumen di meja kerjanya. Bunyi deringan telefon bimbitnya yang menandakan terdapat mesej yang diterima langsung tidak diendahkan. Baginya, dia ingin menyiapkan kerjanya secepat mungkin dan kembali ke rumah untuk menemui Idayu. Dia tadinya merasa lega kerana Fairuz sudah menyedari kesalahannya sebelum ini dan mula berbaik dengan Idayu. Malah sahabatnya itu sanggup menumpangkan Idayu dan menghantar isterinya itu pulang ke rumah terlebih dahulu. Seketika kemudian, telefon pejabatnya berdering. Adam tiada pilihan selain menjawab panggilan tersebut kerana panggilan yang diterima dibilik pejabatnya itu sudah pasti mengenai urusan syarikat.
"Ish, padahal dah lepas waktu bekerja.. siapa yang tak balik lagi ni?" Adam mengeluh sambil tangannya mula menjawab panggilan telefon.
"Encik Adam, ada lelaki yang gelarkan dirinya sebagai Doktor Farhan call dan nak bercakap dengan Encik Adam.. katanya ada hal penting." Kedengaran suara Shakir di sebalik panggilan.
"Farhan? apa hal pulak dia cari aku?" Adam sedikit ragu-ragu. Dia terdiam seketika memikirkan tujuan Farhan menghubunginya.
"Baiklah.. sambungkan panggilan." Adam memberikan arahan kepada setiausahanya. Seketika kemudian, panggilan daripada Farhan disambungkan kepada Adam.
"Adam di sini.. kenapa? apa hal kau cari aku?" Adam langsung bertanya kepada Farhan.
"Emm.. Adam, aku nak minta maaf pasal kejadian sebelum ni.. aku dah salah faham pasal hubungan kau dengan Ayu.." Suara Farhan kedengaran dihujung corong telefon.
"Takde masalah.. tapi takkan la kau call aku masa ni untuk cakap benda tu je?"
"Aku dah Ayu dah lama berkawan.. kalau dia betul dah terima kau sebagai suami dia, aku tumpang bahagia.. aku harap kau akan bahagiakan Ayu.. Aku jugak berharap kita tetap boleh berkawan.. mengenai aku dan Ayu, aku jamin, aku takkan lebih batas dari seorang kawan.."
"Masalahnya, kenapa kau nak cakap pasal ni sampai sanggup call syarikat aku? Padahal boleh je kau call Ayu.. kalau kau betul nak berkawan, kita boleh je jumpa.."
"Itulah masalahnya sekarang.. aku sebenarnya ada hal penting nak bagitau korang.. aku dah call Ayu, tapi tak dapat.. aku nak call kau pun, aku takde nombor kau.. so, aku search je kat internet nombor telefon syarikat kau.. aku risau bila call Ayu tak dapat."
"Kenapa pulak?" Adam semakin pelik dengan penjelasan Farhan.
"Aku nak pesan kat korang, hati-hati sikit dengan Fairuz.. kelmarin, lepas korang balik dari majlis kat dewan tu, Fairuz ada datang jumpa aku. Dia minta aku tolong dia untuk hancurkan hubungan kau dengan Ayu.."
"Apa?! jadi kau.." Adam terperanjat.
"Sebagai kawan lama Idayu, aku takkan khianati persahabatan kami.. walau dia dah pilih kau sebagai suami dia sekalipun, aku tetap hormat keputusan dia.. aku cuma nak Ayu bahagia walau dengan siapa pun yang menemani dia.. Aku dah tolak permintaan Fairuz. Tapi aku yakin, dia takkan mengalah.. dia pasti akan cari cara untuk pisahkan kau dan Ayu.. Aku call ni cuma untuk ingatkan kau je.. lagipun aku dah mula risau bila aku call Ayu tapi tak dapat.. itu yang aku terus cari cara untuk call kau.."
"Ayu.. ayu,, dia bersama Fairuz sekarang." Adam mulai khawatir. Jantungnya mula berdegup kencang. Dia mula risau jika apa yang dikatakan oleh Farhan itu benar-benar menjadi kenyataan.
"Apa?! Ayu dengan Fairuz sekarang?!" Farhan turut terkejut.
"Aku perlu cari diorang sekarang! " Adam lantas mematikan panggilan telefon. Dia segera menghubungi Idayu namun gagal. Dia juga cuba menghubungi Fairuz namun tetap juga gagal. Adam semakin cemas. Lelaki itu kemudian menghubungi rumah kediamannya. Setelah panggilan dijawab, Adam mendengar suara Mak Jah, pembantu rumahnya yang menjawab.
"Mak Jah, Ayu dah balik rumah?" Adam segera bertanya.
"Eh, rasanya belum.. takde lagi Ayu kat rumah ni.."
"Kalau macam tu takpe la.." Adam segera mematikan panggilan telefon. Dia semakin bingung. Dia sangat khawatir dengan keselamatan isterinya itu. Fikir Adam, Fairuz pasti sanggup melakukan apa sahaja terhadap Idayu. Wanita itu mempunyai pemikiran radikal yang kadang-kala mampu bertindak dengan cara yang tak masuk akal. Pada masa yang sama, hati Adam mula membara. Dia menyesal kerana terlalu memberi muka kepada Fairuz selama ini. Adam bersumpah, jika terjadi apa-apa terhadap Idayu, dia sama sekali tidak akan membiarkan Fairuz terlepas tanpa menerima sebarang pembalasan. Di saat sedang cemas itu, Adam baru terperasan satu pesanan yang diterima di telefon bimbitnya. Pesanan daripada isterinya. Adam segera membaca pesanan tersebut.
"hotel irama bayu.." Adam bergegas meninggalkan meja kerjanya dan membiarkan dokumen yang masih berselerakan di atas meja tanpa dikemas terlebih dahulu. Dia sudah tidak mempedulikan apa-apa sekarang ini melainkan keselamatan isterinya. Adam yang keluar dari biliknya segera mengajak Shakir yang masih berada di pejabat untuk mengikutinya. Mereka harus bergerak secepat mungkin untuk menemui Idayu di hotel yang dikatakan oleh isterinya itu melalui pesanannya kepada Adam.
TIBA di hotel, Adam dan Shakir belari menuju ke lobi dan menghampiri kaunter.
"Boleh saya tahu, ada tak orang yang bernama Fairuz menempah bilik kat sini? atau nama Idayu? mereka tinggal di bilik nombor berapa?" Adam yang tercungap-cungap segera bertanya kepada pekerja yang berada di kaunter hotel.
"Maaf encik, kami tak boleh dedahkan maklumat pelanggan kami.."
"Ini hal mustahak.. saya minta kerjasama.. tolong.. hal ni melibatkan nyawa.." Adam mula mendesak.
"Maaf, kalau tanpa waran dariapda pihak polis, kami memang takkan beri apa-apa maklumat mengenai pelanggan kami. Saya harap encik faham.. saya pun bekerja je kat sini.. dah jadi polisi hotel kami macam tu.. kalau tak, nanti saya yang akan terima akibatnya." Pekerja di kaunter memberi alasan.
"Tak guna!" Adam yang geram mula menghentak meja kaunter dengan keras.
"Sabar Encik Adam.. apa kata kita naik, cari sendiri.. itu lebih baik dari kita duk buang masa kat sini." Shakir memberi saran sambil menenangkan Adam.
"Jom!" Adam mula berlari menuju ke lif bersama Shakir.
"Nanti.. encik tak boleh buat macam tu.. encik tak boleh ganggu pelanggan kami sesuka hati." Pekerja hotel sedikit melaung. Namun Adam dan Shakir langsung tidak menghiraukan laungan tersebut. Melihatkan keadaan dua orang pendatang yang mencurigakan itu, pekerja hotel segera memanggil pengawal keselamatan yang bertanggung jawab menjaga keamanan di hotel tersebut dan membuat panggilan kepada pihak polis.
Adam dan Shakir melilau di tingkat dua dan tidak mendapat sebarang petunjuk. Mereka mula beralih ke tingkat tiga melalui tangga. Di sana, mereka juga gagal menemui jejak keberadaan Fairuz dan Idayu. Setelah naik ke tingkat empat, Adam yang keluar daripada pintu tangga langsung melihat Fairuz yang sedang berdiri di hadapan pintu lif. Melihat kehadiran Adam, Fairuz langsung terperanjat dan wajahnya terus menjadi pucat. Tanpa membuang masa, Adam segera mencengkam lengan Fairuz dengan kasar.
"Kat mana Idayu? mana kau sorokkan dia?!" Adam menengking. Ikutkan hati, mahu saja dia mencekik Fairuz sehingga wanita itu kehilangan nyawa. Namun dia harus mengetahui dimana keberadaan Idayu terlebih dahulu.
"I.. i tak tahu.." Fairuz menjawab dengan gugup.
"Tak tahu kepala bana kau.. tadi kau yang bawak dia!" Adam segera melepaskan satu tumbukan ke arah muka Fairuz sehingga menyebabkan wanita itu terpelanting dan rebah ke lantai. Adam yang menggila menerpa lagi ke arah Fairuz. Tangan kirinya mencengkam kuat, mencekik leher Fairuz dan Adam melepaskan satu tamparan kasar ke pipi lawannya itu.
"Cepat cakap, kat mana kau bawak Idayu?!" Adam sekali lagi menampar Fairuz. Pipi wanita itu sudah kemerahan akibat tamparan yang diterima dan hidungnya juga mula melelehkan darah akibat menerima tumbukan daripada Adam sebentar tadi. Shakir pula hanya diam memerhati keadaan. Dia sama sekali tidak ingin menghentikan Adam. Melihatkan Fairuz yang masih tidak memberikan jawapan, tamparan ketiga pula hinggap di pipinya.
"Kalau jadi apa-apa kat Ayu, aku takkan biarkan kau hidup hari ni.. cepat cakap.. kat mana dia!" Adam yang mengamuk memberikan tamparan yang bertalu-talu kepada Fairuz.
"Dia..dia ada kat sana.. kat bilik 412." Fairuz mula menjawab. Dia sudah tidak sanggup untuk menerima serangan daripada Adam. Dia kini benar-benar ketakutan kerana buat pertama kalinya dia melihat Adam mengamuk sedemikian. Fairuz sudah tidak mampu untuk terus menahan tamparan keras daripada Adam. Kini mukanya sudah terlalu sakit dan kepalanya turut merasa pening akibat serangan yang diterima. Mendengar jawapan daripada Fairuz, Adam mula menghentikan serangan.
"Ini..ini kunci bilik.." Fairuz segera menghulurkan kad yang menjadi kunci sebagai akses untuk masuk ke bilik yang dimaksudkan dengan tangannya terketar-ketar. Adam mendengus kencang seraya menyambar kad yang dihulurkan oleh Fairuz. Lelaki itu kemudian segera berlari menuju ke arah bilik yang ditunjukkan. Shakir yang melihat keadaan Fairuz yang sudah lemah turut meninggalkan wanita itu di sana dan segera mengikuti langkah Adam. Sampai di bilik yang dikatakan, Adam segera membuka pintu menggunakan kad akses yang diambil daripada Fairuz. Pada masa yang sama, Hafiz pula sedang cuba untuk menanggalkan kain yang tersarung pada pinggang Idayu. Oleh kerana terlalu asyik dibuai nafsu, Hafiz langsung tidak menyedari Adam yang sudah masuk ke dalam bilik tersebut.
Adam yang baru tiba terkejut besar apabila melihat Idayu sudah terbaring tidak sedarkan diri. Pakaian isterinya itu sudah ditanggalkan dan kini Idayu hanya tertingal pakaian dalam sahaja pada tubuh badannya. Adam mula menggeletar seluruh tubuh melihat isterinya diperlukan sedemikian.
"Binatang! Mampus kau hari ni!" Adam menjerit keras sambil menendang Hafiz. Menerima tendangan Adam itu, Hafiz langsung terpelanting dari katil dan rebah disudut dinding. Tanpa berlengah, Adam segera menarik selimut dan menutup tubuh badan isterinya yang terdedah.
"En..encik Adam?" Hafiz yang cuba bangkit dari lantai terkejut apabila melihat kehadiran Adam.
"Aku bunuh kau hari ni.. bangsat!" Adam segera mencapai tripod kamera dan langsung menggunakan peralatan tersebut untuk memukul Hafiz dengan sekuat hatinya.
"Maafkan saya Encik Adam.. maafkan saya.." Hafiz memohon dikasihani. Namun rayuannya sudah tidak diendahkan. Adam benar-benar menggila dan berniat membunuh lelaki tersebut. Setelah tripod yang digunakan sebagai senjata sudah patah riuk, Adam mengangkat pula kerusi yang terdapat di dalam bilik hotel tersebut. Kerusi kayu itu dihentak kuat bertali arus ke arah Hafiz. Setelah beberapa kali serangan, kerusi kayu yang keras itu juga turut patah digunakan oleh Adam untuk mengerjakan mangsanya. Tidak puas memukul Hafiz, Adam menarik lelaki itu dengan keras dan mencengkam leher lelaki tersebut. Rambut Hafiz dicengkam kuat. Adam tanpa belas kasihan menghantukkan kepala Hafiz ke arah cermin kaca yang terdapat di sana. Beberapa kali hantukan dibuat dan kaca dimeja solek itu pun hancur berderai. Tidak cukup dengan itu, Adam mencapai pula serpihan kaca yang sudah pecah itu. Serpihan kaca yang tajam itu cuba dihalakan ke arah leher Hafiz. Adam benar-benar berniat untuk membunuh lawannya itu. Emosinya sudah tidak terkendalikan. Melihatkan keadaan tersebut, Shakir segera bertindak memegang tangan Adam. Lelaki itu cuba menghalang Adam daripada menjadi seorang pembunuh.
"Cukup Encik Adam! Jangan sampai membunuh.. kalau dia mati, makin besar pulak kes ni.. Encik Adam pun ada didakwa.. cukuplah.. fikirkan keadaan Ayu terlebih dahulu.." Shakir cuba memujuk. Dia tidak ingin nanti majikannya itu pula yang akan dituduh dalam kes pembunuhan. Baginya, cukuplah Hafiz yang akan dihukum mengikut undang-undang yang ada kerana menculik dan cubaan merogol. Malah Hafiz sendiri sekarang sudah hampir mati dikerjakan oleh Adam. Beberapa tulang lelaki itu sudah pun patah dikerjakan oleh Adam sebentar tadi. Bahkan keempat-empat tulang kaki dan tangan Hafiz sudah dipastikan telah patah. Lelaki itu sama sekali sudah tidak mampu untuk melarikan diri.
Mendengar nasihat Shakir mengenai keadaan Idayu, Adam mula menghentikan serangan. Emosinya semakin mereda walaupun masih meluap-luap. Kata-kata Shakir ada benarnya. Adam perlu mendahulukan keadaan dan keselamatan Idayu. Hafiz yang sudah hampir sekarat itu sudah tidak mampu menggerakkan badannya. Kini Adam mula menarik kembali kaca dipegangan tangannya yang sudah menghampiri leher Hafiz. Namun Shakir dikejutkan lagi dengan tindakan Adam apabila majikannya itu menggunakan serpihan kaca tersebut untuk merobek kulit pada wajah Hafiz. Melihat tindakan kejam Adam, Shakir sendiri terpaksa mengalihkan pandangan dan memejamkan matanya. Dia tidak sanggup melihat adegan yang terlalu ganas yang dipamerkan oleh Adam.
"Shakir, bawak bangsat ni keluar.. serahkan dia kat polis. Aku nak tengok keadaan Ayu dulu.." Adam memberikan arahan. Dia segera mencampakkan Hafiz yang sudah lemah itu ke lantai. Shakir tanpa banyak bicara langsung menyeret Hafiz yang sudah longlai untuk keluar dari bilik tersebut. Dia perlu segera beredar dari sana memandangkan Idayu yang sudah tidak berpakaian dan hanya ditutupi oleh selimut pada badannya oleh Adam. Shakir tidak ingin dirinya melihat aurat Idayu yang terdedah yang hanya layak dilihat oleh Adam sahaja.
"Sayang..maafkan abang.. abang terlambat.. maafkan abang sebab terlalu percayakan Fairuz." Adam mulai berubah emosinya dikala melihat keadaan Idayu yang tidak sedarkan diri. Isterinya itu dipeluk lalu Adam mengucup dahi Idayu dengan lembut. Tanganya yang terluka akibat menggenggam kaca tadi diusap ke pipi Idayu.
Share this novel