BEBERAPA hari kemudian, Idayu termenung sendirian di sofa rumahnya. Dia sepertinya sedang memikirkan sesuatu selepas pulang ke rumah. Tadi dia telah bersama ibu kandungnya Maizura. Idayu berusaha untuk berhubung dengan ibunya itu dan merapatkan hubungan mereka. Semakin hari hubungannya dengan Maizura semakin erat, namun ada sesuatu yang mula menggangu fikirannya. Tiba-tiba lamunan Idayu terhenti apabila menyedari kehadiran Adam.
"Sayang, kenapa duk termenung je? Macam mana dengan mama?" Adam bertanya apabila menyedari keadaan isterinya yang termenung jauh.
"Emm, okey je.. sayang dah makin rapat dengan mama.. dah kurang rasa kekok tu.. tapi.."
"Tapi apa pulak?" Adam mula penasaran dan mendekati isterinya itu.
"Hmm.. sayang pening la dengan mama tu.."
"Kenapa pulak? Mama ada cakap apa kat sayang?"
"Masalah betul.. Mama nak serahkan semua saham dia di ELBY kat sayang.. dan dia nak sayang gantikan dia jadi CEO ELBY tu nanti.." Idayu seakan mengeluh. Adam pula tercengang.
"Hah? Sebab tu je?" Adam mula mentertawakan isterinya sambil menepuk dahi. Dia bahkan tadi sempat memikirkan Maizura menyampaikan sesuatu yang bersifat negatif sehingga menggangu fikiran isterinya itu.
"Ish, abang ni..ketawa pulak.. sayang serius ni." Idayu tidak suka dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Adam. Dia lantas menepuk keras lengan suaminya itu.
"Takde la.. apa yang jadi masalahnya? kan sayang satu-satunya anak mama.. tak pelik pun kalau mama nak bagi semua aset, saham dia kat sayang.."
"Sayang mana reti jadi CEO.. sayang nak jadi designer je.." Idayu meluahkan keinginannya. Jelas, dia tidak mendambakan harta kekayaan walaupun seharusnya menjadi hak buat dirinya sendiri.
"CEO tu jawatan dalam syarikat je.. kalau sayang taknak, lantik je la orang lain.. sayang terima je la saham dari mama tu.. selagi sayang menjadi pemegang saham utama, ELBY akan jadi milik sayang.." Adam cuba memberi penjelasan.
"Emm.. kalau macam tu, sayang lantik abang jadi CEO ELBY nanti, boleh la kan?"
"Abang dah pening jadi CEO Kencana.. takkan la nak sakitkan lagi kepala abang untuk uruskan ELBY.."
"Hmm.. sebelum ni pun, mama memang cari abang untuk ambil alih ELBY kan? apa kata kalau kita gabungkan je ELBY dan Kencana.. then abang uruskan.." Idayu memberi saran. Adam terdiam seketika.
"Mergers and acquisitions.. kalau betul-betul terjadi antara ELBY dan Kencana Tekstil, mesti akan jadi berita gempar.. ah, malas la abang nak fikir pasal ni.."
"Tapi benda pasti akan jadi kan?" Idayu cuba memberi kepastian. Adam pula semakin bingung.
"Padahal, abang tubuhkan Kencana dulu, memang untuk bersaing dengan ELBY.. abang nak Kencana Tekstil melampaui ELBY.. tapi sekarang.." Adam sedikit mengeluh.
"Hmm..abang dah takde pilihan lain.. kalau betul mama nak berikan ELBY kat sayang, macam mana sekali pun, abang jugak yang kena uruskan ELBY nanti.. sayang bukan tahu pasal pengurusan syarikat ni.. jadi kerani boleh la.." Idayu merangkul lengan Adam dan menjatuhkan kepalanya di bahu suaminya itu. Adam terus terbungkam. Ucapan Idayu itu ada benarnya. Jika isterinya itu menjadi pemilik ELBY, mahu atau tidak, Adam terpaksa membantu isterinya itu. Menguruskan banyak syarikat pada masa yang sama pasti sangat menyulitkan. Memandangkan kedua syarikat juga bermain di dalam industri yang sama, cara paling sesuai hanyalah menggabungkan kedua syarikat gergasi dalam tekstil itu menjadi satu.
"Kalau sayang dan mama tak kisah, mungkin kita boleh satukan ELBY dan Kencana Tekstil di bawah Kejora Group.. selama ni pun, abang letakkan Kencana Tekstil sebagai anak syarikat Kejora Group."
"Ah, dah lama nak tanya.. kenapa abang tubuhkan dua syarikat? Kejora Group dan Kencana Tekstil.. kenapa tak buat satu je?"
"Siapa cakap dua syarikat je?" Adam tersenyum.
"Hah? Jadi abang ada berapa syarikat sebenarnya?" Idayu terkejut.
"Kejora Group tu ada ramai pemegang saham.. di bawah Kejora Group, ada Kencana Tekstil yang khusus untuk pakaian..Kencana Tekstil tu sepenuhnya milik abang.. abang letakkan di bawah Kejora Group untuk memudahkan pengurusan je.. selain tu, ada jugak Kejora jewels, Kencana Jati dibawah Kejora Group."
"Apa?! Kencana Jati yang jual perabot tu? itu pun milik abang?" Idayu terlopong. Dia seakan tidak percaya dengan nilai aset yang dimiliki oleh suaminya.
"Emm.. tapi syarikat tu bukan abang yang tubuhkan.. syarikat tu asalnya Kejora Group ambil alih dengan pembelian saham.. kemudian ditukar nama, buat branding semula.. sekarang ni pun abang tengah planning untuk bina syarikat hartanah pulak.. sebab tu sibuk sikit kebelakangan ni.." Adam memberi penjelasan. Idayu semakin tercengang. Selama ini dia tidak terlalu mempedulikan urusan perniagaan Adam. Langsung tidak disangka suaminya itu sebenarnya memiliki banyak syarikat dan aset yang bernilai ratusan juta ringgit. Seketika kemudian, Idayu melempar jauh pemikirannya. Dia tidak ingin mempedulikan soal harta suaminya itu. Telefon bimbitnya dicapai dan Idayu melihat ke arah layar telefonnya.
Adam pula membisu. Fikirannya sarat dengan perancangan ke atas syarikat yang dimilikinya. Malah lebih menggusarkan, dia nantinya terpaksa mengambil alih dan menguruskan syarikat ELBY demi isterinya. Ketika Adam mulai hanyut dalam kekusutan, Idayu yang masih merangkul lengan suaminya itu pula mula bermain dengan telefon bimbitnya. Seketika kemudian, Idayu tersentak dengan laporan berita yang dibacanya menerusi satu aplikasi laman sosial.
"Abang, tengok ni.. betul ke berita ni?" Idayu menunjukkan layar telefon pintarnya ke arah Adam.
"Pasal apa? Emm.. Fairuz dah melarikan diri?" Adam turut terkejut setelah membaca tajuk berita yang dipaparkan.
"Emm.. Fairuz dah melarikan diri ke luar negara untuk elak daripada ditangkap.. tapi macam mana dia boleh terlepas keluar dari sempadan negara? Padahal dia dah jadi buruan polis.." Idayu merasa pelik. Matanya masih tekun membaca isi laporan berita untuk mengetahui hal tersebut dengan lebih terpeinci.
"Eh, bukan setakat polis je, Lembaga Hasil pun duk cari dia.. sebab dia tak pernah bayar cukai perniagaan.. Laa.. berniaga, untung berjuta tapi liat nak bayar cukai?" Idayu tersenyum apabila mengetahui perihal yang lebih lanjut mengenai Fairuz. Dia langsung tidak menyangka, jutawan kosmetik yang terkenal itu tidak pernah membayar cukai kepada kerajaan.
"Huh, orang ni macam-macam.. padahal dulu, dia yang ajar abang macam mana cara untuk mulakan perniagaan.. rupanya dia sendiri tak bayar cukai.." Adam tersenyum sinis apabila mendengar Idayu membacakan laporan berita.
"Dia ajar abang?"
"Em.. dulu, selepas abang dibuang dari ELBY oleh mama, abang memang betul-betul down.. masa tu abang dah duduk kat titik terendah dalam hidup abang.. abang fikir dah tak mampu nak teruskan hidup.. tapi Fairuz la yang datang bantu abang.. dia yang bagi semangat, dorongan dan ajar abang macam mana nak mulakan perniagaan.. kejayaan Kencana Tekstil hari ni, abang tak boleh nafikan, bermula daripada bantuan dia.. sebab tu abang sangat terhutang budi kat dia.. abang terpaksa layan dia dengan baik walaupun ibu tak suka abang rapat dengan dia. Tapi sejak dia dah sakitkan sayang, abang memang takkan bagi muka dah.." Adam menceritakan kembali peranan Fairuz yang menjadi tulang belakang di atas kejayaannya. Sambil mendengar penjelasan daripada Adam, Idayu masih tekun menatap layar skrin telefonnya.
"Eh?! biar betul!!" Idayu terpekik di saat membaca sesuatu.
"Kenapa sayang?" Adam turut terperanjat dengan tingkah laku isterinya itu.
"Abang! Betul ke ni? Fairuz... dia sebenar..." Idayu menunjukkan kembali layar telefonnya kepada Adam. Adam terdiam sambil fokus membaca apa yang ditunjukkan oleh Idayu kepadanya. Sejenak kemudian, Adam tersenyum lalu tertawa.
"Betul ke ni? Abang kan dah kenal lama dengan dia.. mesti abang tahu.." Idayu menginginkan kepastian daripada Adam. Adam pula masih ketawa sambil menggelengkan kepala.
"Ya.. betul la tu.. dia sebenarnya jantan.. masa kat sekolah dulu, dia jenis lelaki lembut.. sebab tu dia selalu kena buli.. orang duk gelar dia pondan dan selalu usik dia.. sebab dia lembut macam tu, takde orang nak berkawan dengan dia.. tapi satu hari tu, teruk dia kena buli, sampai kena pukul.. abang kesian, tak tahan tengok dia kena buli sampai macam tu.. so, abang tolong la selamatkan dia. sejak dari hari tu, kami mula berkawan.. dia pun selalu pergi rumah abang dulu, sebab tu ibu kenal dengan dia. Tapi lepas tamat sekolah, Fairuz tu dah makin teruk lembut dia.. siap buat pembedahan, tukar jantina.. sebab tu la ibu mula jadi tak suka abang berkawan dengan dia.. ibu taknak, nanti orang mengata abang suka kat pondan pulak.." Adam menggelengkan kepala sambil tersenyum. Lelaki itu turut menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.
"Tapi.. suara dia.. tak macam lelaki pun." Idayu masih hairan.
"Hmm.. suara dia memang semulajadi macam tu.. halus macam suara perempuan.. rasanya itu disebabkan penyakit kalau tak silap abang.. entah penyakit apa dah namanya.. sebab tu ramai yang tak sangka Fairuz tu sebenarnya lelaki.. suara dia pun memang dah macam perempuan betul.. bukan suara lembut yang dibuat-buat.."
"Eii.. menakutkan betul.. tak sangka pulak dia tu rupanya lelaki.. habis tu, yang dia punya tu.. dia dah buang la?" Idayu masih ingin tahu.
"Laa.. dah dia buat pembedahan tukar jantina, mesti dah buang la tu."
"Mana abang tahu? abang dah tengok?"
"Lailahaillallah.. apa kejadah abang nak tengok dia punya pulak.. dah nama pun pembedahan tukar jantina, mesti la dia buang angry bird dia tu, tukar jadi kerang.." Adam melepaskan tawa.
"Ish, tak senonoh la abang ni.." Idayu lantas mencubit paha suaminya.
"Abang pulak yang salah.. kan sayang yang tanya, abang jawab je.."
"Sayang nak kepastian je.. betul ke dia dah buang.."
"Dah tu, yang sayang duk tanya abang tengok ke tak dia punya tu kenapa? Huh!" Adam mencebik bibir, seakan merajuk. Idayu mengulum senyum tatkala melihat wajah Adam.
"Mana la tahu... kot-kot abang pernah tengok.. sayang pun bukan tahu, entah-entah abang pernah suka kat dia.. jadi geng kunyit." Idayu sengaja mengusik seraya mencucuk dada Adam menggunakan jari telunjuknya.
"Hish, sayang ni.. nak sangat ke abang ni daftar jadi ahli geng kunyit? Ni.. dalam perut sayang ni apa? Kalau abang jadi geng kunyit, takkan la ada anak dalam perut ni.." Adam lantas menggosok perut isterinya. Idayu pula terus tersenyum lebar sambil tertawa. Wanita itu kemudian merangkul leher Adam dan mendekatkan mukanya ke wajah suaminya itu sambil mengetap bibir. Matanya memandang tepat ke dalam mata Adam. Perlahan-lahan, bibir mereka semakin hampir.
"Sayang.. kita kat ruang tamu ni.. nanti Mak, Mak Jah tengok." Adam memberi peringatan walaupun dia sendiri sudah terjatuh ke dalam godaan.
"Mak dengan Mak Jah takde.. diorang dah keluar dengan ibu tadi.." Idayu membalas dengan suara yang perlahan, seakan berbisik. Dia terus menggerakkan bibirnya ke arah mulut Adam. Adam menelan liur. Tangannya turut bergerak, merangkul pinggang isterinya itu.
"Abang nak anak lelaki ke perempuan?" Idayu masih berbisik.
"Abang tak kisah lelaki ke perempuan.. asalkan jangan ada krisis jantina macam Fairuz je." Adam segera menjawab. Idayu mula ketawa terbahak-bahak.
"Jangan la macam tu.. semoga anak kita nanti jadi lelaki kacak, kuat, macam ayah dia.." Idayu merenung ke arah Adam.
"Kalau yang perempuan, biar cantik macam ibu dia.." Adam membalas. Idayu langsung tersenyum sambil pandangan mata mereka bertentangan. Kemudian bibir mereka saling bertemu.
Share this novel
tq update