Bab 25

Romance Series 97025

SETELAH selesai makan malam, Adam duduk di sofa sambil menonton televisyen. Manakala Idayu pula masih berada di dapur bersama Mak Jah. Begitulah rutin mereka sejak kehadiran pembantu rumah tersebut. Selepas makan bersama, Idayu lebih gemar berbual dengan Mak Jah sambil mengemas ruangan dapur dan membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan. Adam pula akan beristirahat seketika dengan menonton televisyen dan membaca buku.

Ketika ini, Adam yang sedang menonton televisyen ingin mendapatkan sebuah majalah yang terletak di atas meja. Namun perhatian lelaki tersebut mula beralih kepada fail milik isterinya yang turut berada di atas meja. Dia mencapai fail tersebut dan mula melihat isi kandungannya. Beberapa helai kertas yang mempunyai lakaran rekaan fesyen yang dihasilkan oleh Idayu menarik perhatiannya. Adam menatap dengan teliti setiap lukisan tersebut. Matanya dipicing separuh kerana fokus. Beberapa kali Adam membelek dan membandingkan setiap lukisan tersebut. Tidak semena-mena, lelaki itu mengukirkan senyuman.

"Sayang betul.. ada portfolio sebagus ni, tapi tak mohon jadi designer lebih awal.." Adam bersuara perlahan sambil menggelengkan kepalanya beberapa kali. Dia agak simpati dengan nasib yang telah diharungi oleh Idayu. Malah Adam juga kesal dengan dirinya kerana lambat untuk mengesan bakat yang dimiliki oleh isterinya itu. Melalui lukisan rekaan fesyen yang telah dihasilkan oleh Idayu, Adam yakin isterinya itu berpotensi untuk menjadi pereka fesyen yang terkenal. Fail milik Idayu ditutup dan diletakkan kembali ke atas meja.

Seketika kemudian, Idayu muncul di hadapan Adam sambil membawa secawan air di tangannya. Cawan tersebut di letakkan ke atas meja di hadapan suaminya.

"Abang, minumlah air teh ni.." Idayu mempelawa.

"Sayang.. duduk dulu." Adam dengan pantas mencapai tangan Idayu dan menarik wanita itu untuk duduk di sampingnya. Idayu akur dan segera menurut permintaan suaminya itu. Punggungnya di tempatkan di sofa dan rapat kedudukannya dengan Adam.

"Ada apa?"Idayu bertanya. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang ingin diperkatakan oleh suaminya itu.

"Nanti mak keluar hospital, bawa je mak duduk dengan kita kat sini.. pindah je barang-barang kat rumah sana, bawa ke sini.." Adam mula menyampaikan kehendaknya.

"Eh, kenapa pula?"

"Takde la.. Mak pun dah tahu kan yang kita dah kahwin.. habis tu, takkan kita nak tinggal berasingan pula lepas ni.. bawa je la mak tinggal dengan kita kat sini.. lagipun kat sini ada Mak Jah. Nanti Mak Jah boleh tolong tengokkan dan jaga mak waktu kita takde, pergi kerja.."

"Hmm.. betul juga.." Idayu mula bersependapat dengan suaminya.

"Oh, ya.. ni design dalam fail ni, kenapa tak submit je? Banyak je design yang dah ada tu.." Adam mengubah topik perbualan.

"Ah.. ini semua design yang dah buat lama.. biar je la duk dalam fail tu. Buat koleksi simpanan peribadi." Idayu tertawa kecil setelah memberi penjelasan mengenai hasil karyanya selama ini.

"Emm.. dah tu, design yang baru takde lagi ke?"

"Itu.. aaa... nanti la nak cari idea baru.. yang dah hantar kelmarin pun, kena reject.. kena buat ubah suai sikit.." Idayu tiba-tiba menurunkan nada suaranya menjadi lebih perlahan. Pandangan matanya dijatuhkan sambil riak wajahnya berubah menjadi sugul.

"Syarikat kita sekarang ni dah semakin ketandusan idea baru.. designer lama, semuanya duk hasilkan rekaan lama.. Kalau berterusan macam ni, prestasi syarikat pun akan menurun.. Padahal Kencana Tekstil merupakan top three dalam negara. Bersaing rapat dengan ELBY dan Purnama Tekstil."

"Hmm.. rasanya mana-mana syarikat pun mengalami masalah yang sama.. Kalau tak, takkan la ELBY hari tu sanggup beli design dari freelance designer macam sayang.." Idayu tersenyum.

"Dah banyak ke design yang sayang jual selama ni?" Adam semakin ingin tahu.

"Tak.. sekali tu je.. selama ni tak terfikir pun boleh jual. Hari tu saja cuba-cuba sebab nak kumpulkan duit untuk rawatan mak.. tiba-tiba dapat email dari wakil syarikat ELBY tu.. Lepas tu, sayang ingat nak teruskan lagi jual design dengan cara macam tu.. tapi sekarang dah jadi designer kat Kencana Tekstil, kena la buat kerja untuk syarikat sendiri je.." Idayu bercerita kembali pengalaman yang dilaluinya.

"Ya la.. sayang pun dah jadi ma'am besar kat Kencana Tekstil tu.. kena la jaga syarikat sendiri.." Adam tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.

"Eh, bukan macam tu.. sayang tak maksudkan macam tu.. sayang kan dah kerja sebagai designer.. kena la buat kerja untuk syarikat." Idayu menggelabah. Dia tidak ingin Adam menganggap dirinya cuba mengambil kesempatan untuk menganggap dirinya sebagai orang yang berkuasa di syarikat. Walaupun Adam merupakan pemilik syarikat dan Idayu sudah sah menjadi isteri kepada lelaki tersebut, namun wanita itu langsung tidak ingin menganggap dirinya mempunyai kelebihan berbanding pekerja lain. 

"Tapi sayang tetap isteri kepada CEO.."

"No! Jangan libatkan hal peribadi di pejabat.. di rumah, ya kita suami isteri.. tapi di pejabat, jangan bagi orang lain tahu..kita tetap pekerja dan majikan." Idayu menegaskan pendiriannya.

"Tapi Shakir dah tahu.." Adam masih ingin mengusik.

"Shakir tu biar la.. dia tu setiausaha abang. Dia pun dah lama tahu.. cukup setakat dia seorang je yang tahu." Idayu segera menjawab. Setelah diam seketika, wanita itu bersuara kembali dengan melontarkan sebuah pertanyaan.

"Tapi.. kenapa abang ambil Shakir jadi setiausaha? Bukan ke biasanya, CEO akan ambil perempuan je yang jadi setiausaha.. lagi-lagi yang seksi.."

Adam terdiam sejenak. Dia tidak tahu bagaimana dirinya harus menjawab pertanyaan tersebut. Padahal selama ini, dirinya memang tidak suka berada dekat dengan wanita. Bahkan dia pernah nekad untuk tidak berkahwin kerana terlalu kecewa dengan wanita sebelumnya. Apatah lagi setelah dirinya berjaya membangunkan sebuah syarikat besar, ramai wanita cuba mendekati dirinya. Namun bagi Adam, para wanita itu semua bukanlah benar-benar menginginkan cintanya, melainkan untuk memburu harta yang dimilikinya sahaja. Pengalaman pahit bersama bekas tunangannya telah menyebabkan Adam menjadi fobia terhadap wanita. Namun tanpa disangka, Idayu pula muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya dan perlahan-lahan gadis itu berjaya melunakkan hatinya dan Adam mula berdamai dengan cinta.

"Emm.. kan bagus kalau abang guna setiausaha lelaki? takde la nanti orang tu cemburu.." Adam menjawab dengan usikan kepada isterinya.

"Cemburu? Siapa yang nak cemburu?"

"Hmm.. Sebenarnya abang dah fikir nak pecat Shakir tu.."

"Eh, kenapa pula? Dia ada buat salah ke? Tak amanah?" Idayu terkejut dengan keputusan suaminya.

"Ya la.. kenapa nak pakai setiausaha lelaki kan? baik abang pakai setiausaha perempuan yang cantik, seksi.." Adam melepaskan tawa. Idayu yang geram lantas mencubit lengan lelaki tersebut.

"Ishh, ambil la kalau berani.." Idayu mengomel geram.

"Kalau betul abang nak lantik setiausaha baru pun, baik abang ambil sayang je.." Adam segera menarik Idayu ke pangkuannya. Isterinya itu dirangkul kemas. Adam kemudian merapatkan bibirnya di pipi Idayu dengan lembut. Idayu yang terpinga-pinga segera menolak badan suaminya itu untuk menjarakkan kembali kedudukan mereka.

"Ishh, abang ni.. Mak Jah ada tu.."

"Mak Jah dah masuk dalam bilik dia.. sekarang tinggal kita berdua je kat sini." Adam ketawa lagi. Dia tidak dapat menahan rasa geli hati apabila melihat wajah Idayu yang mula merona kemerahan.

"Oh, ya.. bila nak rawat kaki mak?" Adam bertanya pula mengenai ibu mentuanya yang lumpuh.

"Emm.. entahlah.. nanti mak dah keluar wad, biarlah dia rehat dulu sampai betul-betul sihat.. lepas tu baru boleh bincang balik dengan doktor untuk rawatan kaki mak tu.. rasanya duit simpanan sayang pun dah cukup untuk rawatan tu."

"Simpan je duit sayang tu.. nanti, soal rawatan mak tu, biar abang yang uruskan."

"Eh, mana boleh macam tu.. tu mak sayang.."

"Sayang.. sekarang abang pun dah jadi suami sayang.. menantu mak.. tanggung jawab sayang hanyalah kepada suami. Hal mak dan ibu pula, itu tanggung jawab abang sebagai anak dan menantu lelaki.." Adam cuba memberikan penjelasan.

"Tak.. soal mak, biar sayang je yang bertanggung jawab.. sayang taknak menumpang atau menyusahkan orang lain." Idayu masih ingin menolak bantuan daripada suaminya itu.

"Jadi, sayang masih anggap abang ni orang luar? tak layak jadi suami dan keluarga sayang?" Adam mula bersuara tegas.

"Takk.. bukan macam tu.. tapi.. sayang taknak menyusahkan abang." Idayu tertunduk. Dia benar-benar tidak ingin sesiapa pun menggalas beban yang harus dipikul oleh dirinya. Apatah lagi suaminya itu. Dia sama sekali tidak mahu dianggap cuba mengambil kesempatan dan mempergunakan Adam demi kesenangan dirinya. Adam pula meletakkan jarinya di dagu Idayu dan menolak dagu isterinya itu agar wanita itu kembali mengangkat wajahnya yang ditundukkan.

"Sayang.. itulah tugas seorang suami.. sudah menjadi tanggung jawab suami untuk menanggung dan menyelesaikan masalah isteri dan keluarga.. Mana boleh anggap tanggung jawab itu menyusahkan.. lagipun, abang bukannya tak mampu.. Setakat nak rawat kaki mak je pun.. bukannya abang kena kerah keringat siang malam, cari kerja part time untuk buat semua tu.." Adam masih memberikan hujah dan alasan untuk tetap membantu ibu mentuanya nanti. Idayu mula mati kata-kata. Dia sangat terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh suaminya itu. Dia ingin sahaja memeluk erat dan mencium Adam namun Idayu masih mampu mengawal dirinya.

"Emm.. minumlah air teh tu.. dah sejuk pun.. dari tadi sayang buat." Idayu beralih topik perbualan apabila melihat ke arah cawan air yang diletakkannya di atas meja tadi. Adam tanpa membuang masa terus mencapai cawan berisi air teh itu, lantas meneguk dengan sekaligus. Cawan yang sudah kosong itu diletakkan kembali di atas meja.

"Dah suam.." Adam tersenyum. Dia menatap lama ke arah Idayu sambil menggigit bibir. Dengan tiba-tiba Adam bangkit berdiri dan menggendong Idayu dengan kedua belah tangannya.

"Ahhh..." Idayu menjerit kerana terkejut dengan kelakuan suaminya. Dia langsung tidak menyangka Adam akan bertindak sedemikian dengan tiba-tiba.

"Kenapa abang ni?"

"Jom, masuk tidur.." Adam mempamerkan senyuman nakal. Melihat perubahan Adam itu, Idayu mula meremang. Dia seakan mengerti maksud yang ingin di sampaikan oleh suaminya itu. Seraya itu juga wajahnya berubah seakan udang yang dibakar. Selama perkahwinan, mereka sama sekali tidak pernah berhubungan intim. Walaupun sudah beberapa kali tidur bersama, namun hubungan mereka terbatas dan dianggap sebagai kontrak semata-mata. Namun kali ini, entah kenapa Adam tiba-tiba berubah. Idayu pula terimbas kembali kata-kata ibunya untuk tidak menolak permintaan suami sama sekali. Namun begitu, Idayu yang merasa kekok cuba mencari akal untuk menangguhkan masa.

"Cawan tu.. tak basuh lagi.." Idayu cuba memberikan alasan untuk mengelak.

"Mak Jah! Nanti tolong ambil dan cuci cawan kat depan TV ya.." Adam melaung kepada pembantu rumahnya. Lelaki itu segera berjalan menuju ke arah bilik tidurnya sambil menggendong Idayu.

"Ish, tak baik jerit macam tu kat Mak Jah.." Idayu memprotes tindakan suaminya. Lengannya berpaut kemas di leher Adam yang sedang menampung badannya dengan kedua belah tangan itu.

"Biarlah.. kita ada kerja yang lebih penting nak kena buat." Adam membalas sambil memulas tombol pintu bilik. Setelah pintu terbuka, Adam menolak pintu tersebut dengan kakinya dan langsung melangkah masuk ke dalam bilik. Pintu bilik yang ditutup kembali dengan tolakan kaki Adam terhempas kuat. Bunyi pintu yang ditutup dengan kasar itu malah mengejutkan Mak Jah yang baru keluar dari biliknya untuk melaksanakan arahan yang diberikan oleh Adam sebentar tadi.

"Ahhhhh.." Bunyi jeritan Idayu dari dalam bilik sekali lagi mengejutkan Mak Jah. Kemudian kedengaran pula suara gelak ketawa wanita muda itu yang sedang bersama suaminya. Mak Jah kemudian menggelengkan kepala sambil tersenyum. Hubungan pasangan muda itu terlihat bahagia pada pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience