Bab 21

Romance Series 97025

SENYUMAN terukir di bibir Idayu. Kini dia sangat gembira apabila cita-citanya telah menjadi kenyataan. Adam sudah pun memindahkan dirinya ke jawatan pereka fesyen yang telah lama dia idamkan. Seharian di pejabat, waktu dirasakan berlalu dengan cepat. Idayu ralit dalam menjalani tugas barunya itu. Setelah menyedari waktu bekerja sudah pun tamat, Idayu segera mengemaskan mejanya dan menuju ke bilik Adam.

Tiba di bilik Pengarah Urusan Eksekutif itu, Idayu mengetuk pintu dan langsung masuk untuk menemui suaminya. Di saat itu, Adam pula masih terlihat sibuk di meja kerjanya.

"Encik Adam.." Idayu menyapa.

"Hmm.. takde orang lain pun kat sini.. tak payah nak berencik-encik sangat." Adam berdeham seraya membalas ucapan.

"Ish.. kan kita masih kat pejabat.. saya masih pekerja, dan Encik Adam masih boss saya.." Idayu tersenyum. Dia sengaja ingin mengusik suaminya itu. Adam lantas melihat le arah jam di tangan kirinya.

"Dah habis waktu bekerja.. saya bukan lagi boss awak." Adam pula membalas usikan. Idayu segera mencebikkan bibir.

"Ye la tu.. ah, saya nak pergi hospital dulu ni.. nak pergi tengok mak.. abang pun tak pernah jumpa lagi dengan mak kan? Jom la pergi sama-sama.. Nanti boleh kenal dulu dengan mak. Tapi jangan cakap kita dah kahwin.. takut terkejut, pengsan pula orang tua tu.." Idayu menyampaikan hajatnya kepada Adam.

"Ah, betul juga tu.. tapi sayang pergi dulu la.. nanti abang pergi. Tunggu je kat sana.. abang kena pergi jemput Mak Jah dulu kat stesen bas."

"Mak Jah? Siapa tu?" Idayu tertanya-tanya dengan sosok nama yang baru disebutkan oleh suaminya itu.

"Mak Jah tu Mak sepupu abang.. Sepupu Ibu.. Mak Jah datang dari kampung. Sebab dia tinggal sorang-sorang, Ibu suruh dia datang tinggal kat rumah. Jadi pembantu rumah.. setidaknya boleh bagi kerja kat dia. Nanti bagi dia je la uruskan rumah, kemas rumah.." Adam langsung menjawab.

"Oh, Kalau macam tu takpe la.. abang pergi la jemput dia dulu.. Sayang pergi sendiri je la ke hospital." Idayu membalas. Dia masih sedikit kekok untuk menukar kata nama untuk dirinya kepada Adam.

"Ye la.. Tapi jangan balik lagi tau.. tunggu abang kat hospital.. Nanti abang pergi jumpa mak."

"Okey.. see you later." Idayu membalas dan segera berpaling badan. Wanita itu langsung membuka langkah kakinya meninggalkan bilik majikannya itu. Melihat Idayu yang sudah pergi, Adam pula lantas mengemas meja kerjanya. Dia perlu bergegas untuk menjemput sepupu ibunya di stesen bas sebelum pergi ke hospital untuk menemui ibu mentuanya yang masih dia tidak kenal. Lelaki itu sedikit teruja apabila memikirkan dirinya bakal menemui ibu mentua yang masih tidak mengetahui status sebenar dirinya itu.

TIBA di hospital, Idayu langsung menuju ke surau terlebih dahulu. Dia masih belum menunaikan solat asar dan perlu melaksanakan ibadat wajib itu terlebih dahulu. Dia tidak ingin nanti jika menemui ibunya terlebih dahulu, dirinya akan terbawa-bawa dengan bual biacara bersama ibunya sehingga terlepas waktu solat.

Selesai menunaikan solat asar di surau hospital, Idayu bergegas menuju ke wad yang menempatkan ibunya. Dia risau jika Adam yang tiba di sana terlebih dahulu dan menanti-nantikan dirinya. Tiba di bilik wad, Idayu mendapati temannya, Doktor Farhan sedang bersembang dengan ibunya.

"Eh, Farhan.. masih tak habis kerja lagi?" Idayu menyapa sahabatnya itu.

"Ah, dah habis dah waktu kerja.. sekejap lagi saya nak balik la.. saja datang temankan mak awak sambil tunggu awak datang." Farhan lantas menjawab. Lelaki yang berdiri di sisi katil Zaiton itu tersenyum memandang ke arah Idayu yang baru tiba di situ.

"Tahu pula saya nak datang.."

"Setiap hari pun awak datang.. takkan la hari ni tak datang pula.." Farhan melepaskan tawa kecil.

"Ayu baru balik dari pejabat?" Zaiton yang terlihat ceria di pembaringan bertanya kepada anak perempuannya.

"Ah, baru balik.. dari pejabat, Ayu terus ke hospital.. tapi tadi Ayu ke surau hospital dulu untuk solat asar. Takut terlepas pula waktu asar kalau terus jumpa mak." Idayu berterus terang kepada ibunya.

"Baguslah.. jangan sengaja duk tinggal solat. Hubungan dengan Allah perlu selalu dijaga. Nanti rezeki kita pun murah.." Zaiton memberikan nasihat. Idayu pula terus melangkah dan duduk di kerusi yang tersedia di sisi katil ibunya itu.

"Ayu ada berita gembira nak bagitahu kat mak.." Ayu semakin melebarkan senyuman sambil menatap tepat ke mata ibunya.

"Berita gembira? Apa dia Ayu? Ayu nak kahwin ke?" Zaiton masih ingin mengusik anak gadisnya itu.

"Ish, mak ni.. ke situ pula.. ni, Ayu nak bagitau.. Ayu sekarang dah naik pangkat.. dah dapat jadi designer kat syarikat Ayu kerja tu.." Idayu menyampaikan khabar gembira kepada ibunya. Dia tidak mampu untuk terus memendamkan kegembiraan itu daripada pengetahuan ibunya.

"Ye ke? Alhamdulillah.." Zaiton turut gembira dan merasa bersyukur dengan rezeki yang diterima oleh anaknya itu.

"Baru hari ni Ayu ditukarkan.. tak sia-sia Ayu masuk kerja jadi kerani kat situ dulu.. akhirnya dapat juga capai cita-cita Ayu selama ni." Ayu terus terseyum lebar.

"Wah, tahniah Ayu.. saya turut tumpang gembira." Farhan tiba-tiba mencelah dalam perbualan.

"Terima kasih Farhan.. Terima kasih sekali lagi atas usaha awak selama ni yang dah rawat mak saya.."

"Eh, tak perlu la terima kasih.. itu memang dah tanggung jawab saya kat sini." Farhan cuba bersikap rendah diri. Zaiton yang menatap ke arah doktor lelaki itu kemudian mengalihkan pandangannya kembali ke arah Idayu.

"Ayu, mak minta maaf sebab tak tahu minat Ayu selama ni.. Mak dengan Ayah tak tahu pun Ayu minat nak jadi pereka fesyen.. kalau mak tahu, tentu mak dah hantar Ayu belajar dalam bidang tu je.." Zaiton meluahkan rasa kesal yang bersarang di dalam hatinya. Dia kesal dengan dirinya yang tidak cakna dengan minat anak gadisnya itu terlebih awal. Setelah Idayu menamatkan pengajian di bidang yang dia tidak gemari dan terjadinya kemalangan yang meragut nyawa suami dan anak lelakinya, barulah dia menyedari minat dan impian anak perempuannya itu apabila sering melihat Idayu menghasilkan rekaan fesyen.

"Mak.. jangan cakap macam tu..semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Disebabkan tiada tauliah la Ayu dapat kerja jadi kerani kat syarikat tu.. dan akhirnya Allah tetap kabulkan impian Ayu tu.." Idayu cuba menasihati ibunya agar tidak terus menyalahkan diri. Disaat yang sama, Idayu sebenarnya terfikir keadaan dirinya yang sekarang. Mungkin itulah antara hikmah untuk dirinya yang terpaksa bekerja sebagai kerani terlebih dahulu. Jika tidak, dia pasti tidak akan bersama Adam dan menjadi isteri kepada lelaki tersebut.

Mendengar kata-kata daripada Idayu, Zaiton mempamerkan senyuman hambar, lantas mencapai tangan anak gadisnya itu. Tangan Idayu diusap lembut, penuh dengan kasih sayang. Terdetik rasa kasihan dan kadang kala kagum dengan sikap anaknya itu. Idayu selama ini bekerja keras untuk mejaga dan merawat ibunya yang lumpuh setelah kehilangan bapa dan adiknya. Dia terpaksa mengorbankan cita-citanya dan tidak memilih pekerjaan. Bahkan gadis itu pernah melakukan sehingga lebih tiga pekerjaan setiap hari hanya semata-mata untuk mengumpulkan wang. Tiba-tiba setitis air jernih terbit dan mengalir dari mata Zaiton.

"Mak.. kenapa mak menangis ni?" Idayu segera menyeka air mata ibunya itu.

"Takde apa-apa.. mak cuma gembira apabila Ayu dah dapat capai impian Ayu selama ni.. Sekarang mak hanya terfikir, bila la Ayu nak cari pasangan dan mulakan hidup baru.. Mak nak tengok anak mak ni hidup gembira.. tidak lagi terbeban nak kena jaga mak."

"Mak, jangan cakap macam tu.. Mak yang lahirkan Ayu dan besarkan Ayu selama ni.. sekarang ni, sampai masanya Ayu pula yang balas jasa mak.. Biar Ayu jaga mak sampai bila-bila.. Mak jangan duk fikir sangat pasal Ayu.." Idayu agak tersinggung dengan ucapan ibunya itu. Dia benar-benar tidak suka apabila ibunya itu merasa menjadi beban kepada dirinya. Padahal Idayu tidak pernah menganggap ibunya itu sebegitu. Dia bahkan bahagia apabila dapat merawat dan menjaga ibunya yang lumpuh itu. Sejurus itu, suasana menjadi hening seketika. Idayu dan Zaiton masing-masing mendiamkan diri sambil berbalas pandangan. Farhan yang berada di sana mula berasa canggung. Lelaki itu tidak ingin terus melihat suasana di situ dilitupi oleh kedukaan di antara dua beranak tersebut.

"Emm.. saya rasa.. saya perlu pulang ke rumah dah.. saya minta diri dulu ya.. Makcik jaga diri, makan ubat yang nurse bagi.. tak lama dah tu nak boleh discharge dari hospital.. nampak dah semakin sihat dah.. Ayu, saya balik dulu ya.. jaga mak elok-elok.. Jangan lupa jaga diri awak juga.. dapatkan rehat yang cukup, jaga kesihatan. Kalau awak sakit, susah pula mak awak nanti.. saya pun nak balik berehat dulu.." Farhan menyampaikan pesanan dan hasratnya untuk mengundurkan diri dari wad tersebut.

"Okey.. awak pun jaga diri baik-baik.. jaga kesihatan.. nanti awak sakit, makin susah orang sakit kat hospital ni, takde orang yang nak rawat." Idayu sempat berjenaka dengan sahabatnya itu sambil tersenyum manis.

"Kalau saya takde pun, ramai lagi doktor lain kat hospital ni.. okey, see you.." Farhan membalas sambil ketawa. Lelaki itu kemudian terus berundur dan berpaling pergi dari sana. Setelah Farhan hilang dari pandangan, Zaiton kembali berkalih pandang ke arah Idayu.

"Doktor Farhan tu pun tak kahwin lagi kan?" Zaiton mula bertanya mengenai Farhan kepada anaknya.

"Emm, rasanya tak lagi.." Idayu menjawab ringkas. Dia sejujurnya tidak ingin membicarakan hal peribadi orang lain bersama ibunya itu, apatah lagi mengenai soal sahabat dan kenalannya.

"Mak tengok, doktor Farhan tu baik orangnya.. hensem lagi.. kenapa la tak kahwin-kahwin lagi.. padahal kerjaya dah ada.. takkan la takde orang nak.." Zaiton masih membicarakan soal Farhan.

"Dia sibuk la mak.. pagi sampai malam duk kerja.. menghadap orang sakit je.. masa mana nak jumpa perempuan. Kalau ada girlfriend pun, mesti girlfriend minta putus tu.. sebab takde masa nak dating.." Idayu ketawa ketika menjawab pertanyaan ibunya.

"Ayu taknak ke kat dia? Mak tengok dia pun macam ambil berat je kat Ayu.. Untung kalau Ayu kahwin dengan dia.. takde la susah-susah kena buat dua, tiga kerja dah.. gaji dia sebagai doktor tu pun dah beribu.."

"Mak.. Ayu dengan Farhan tu cuma kawan je la.. Kami kenal pun dah lama.. Takdenya dia nak kahwin dengan perempuan hodoh macam Ayu ni.."

"Siapa cakap anak mak ni hodoh? Muka lawa, body langsing, kulit putih.. macam ni hodoh lagi? lagipun, sebab Ayu dah lama kenal dia la, yang mak duk tanya ni.. Kalau Ayu kahwin dengan Farhan tu, mak pun suka.. Ayu pun mesti bahagia kalau dapat bersuamikan doktor macam tu." Zaiton masih melanjutkan perbicaraan mengenai jodoh anaknya itu.

Namun tanpa Zaiton dan Idayu sedari, Adam yang baru tiba di sana sedang berdiri di muka pintu bilik wad tersebut. Perbicaraan Zaiton dan Idayu tadi tertangkap di telinga lelaki tersebut dan menyebabkan Adam menghentikan langkah kakinya. Lelaki itu kemudian membatalkan hasratnya untuk terus majukan melangkah masuk ke dalam bilik wad. Dia segera berpatah balik dan meninggalkan wad tersebut dengan hayunan kaki yang laju. Idayu yang sedang duduk membelakangi muka pintu langsung tidak menyedari keberadaan suaminya itu. Zaiton pula sempat melihat ke arah Adam yang berpaling badan di muka pintu dan berlalu pergi. Namun Zaiton hanya menyangkakan lelaki itu hanyalah pelawat yang tersalah mencari bilik wad dan ingin melawat pesakit di wad lain.

"Mak.. tak payah la duk fikir pasal jodoh Ayu.. dan jangan duk kenen Ayu dengan Farhan tu.. sebenarnya, Ayu dah ada lelaki yang Ayu suka.." Idayu terpaksa meluahkan perasaan kepada ibunya agar ibunya itu tidak terus berbicara mengenai jodohnya. Namun dia juga terpaksa menyembunyikan fakta mengenai perkahwinannya yang sudah berlangsung agar tidak memberi kejutan mendadak kepada ibunya itu.

"Hah, Ayu dah ada calon ke? La.. kenapa tak cakap awal-awal.." Zaiton menjadi teruja setelah mendengar pengakuan daripada anaknya.

"Emm.. bukan Ayu tak nak cakap.. tapi dengan keadaan mak yang duk terlantar kat hospital macam ni, takkan la Ayu nak bagitahu.. Ayu fikir, nanti mak dah sihat, dah boleh balik rumah, baru Ayu nak bagitahu.." Idayu terpaksa berbohong untuk menyenangkan hati ibunya itu.

"Laa.. kenapa pula.. bagitau je kat mana-mana, sama je.. habis sebelum mak masuk hospital, kenapa tak bagitahu?"

"Nak bagitahu macam mana.. masa tu mana ada lagi.. Ish, mak ni.."

"Ohh.. jadi Ayu baru kenal la lelaki tu?" Zaiton semakin ingin tahu.

"Hmm.. baru juga la.."

"Kenal kat tempat kerja ke?"

"Ish, mak ni.. semua pun nak tanya.. nanti la Ayu cakap.. hari ni, sampai sini je dulu.. tak boleh dah tambah soalan pasal hal ni."

"La.. mak pun nak tahu macam mana orangnya, lelaki yang Ayu suka tu.. Dia pun suka kat Ayu?" Zaiton masih meneruskan pertanyaan dan tidak mengendahkan permintaan anaknya sebentar tadi. Wanita itu benar-benar teruja dan gembira apabila anaknya itu mula menunjukkan minat untuk berumah tangga.

"Dia yang ajak Ayu kahwin, takkan la dia tak suka." Idayu segera menjawab.

"Hah, dah ajak kahwin? Padahal baru kenal.. hmm.. Ayu setuju la?" Zaiton semakin teruja.

"Mak..cukup! tanya soalan lain pula.. tak boleh dah cakap pasal tu.." Idayu menggetus. Dia sebenarnya malu untuk terus berbicara tentang isi hatinya mengenai lelaki kepada ibunya itu. Idayu juga turut ingin berwaspada dan berhati-hati dalam perbicaraannya. Dia khawatir jika dirinya terlepas cakap dan memberitahu jika dirinya sudah berkahwin. Namun pada masa yang sama, Idayu juga risau, entah sampai bila dia mampu menyembunyikan rahsia tersebut daripada pengetahuan ibunya sendiri. Padahal, hatinya sendiri sudah semakin terpaut terhadap Adam dan cintanya itu dirasakan semakin hari semakin mekar. Menyembunyikan rasa hati yang semakin menebal itu kepada ibunya pasti sangat sulit. Malah setelah ibunya keluar daripada hospital nanti, entah bagaimana Idayu akan meluangkan masanya diantara Adam dan ibunya.

Disaat yang sama, di kawasan parkir pekarangan hospital, Adam baru memasuki keretanya. Lelaki itu diam sambil termenung jauh. Kata-kata Zaiton yang ingin menjodohkan Idayu dengan Farhan masih terngiang-ngiang di telinganya. Kekecewaan yang menerpa hatinya ketika itu menyebabkan dia terpaksa membatalkan hasrat untuk menemui ibu mentuanya itu. Kedua-dua tangannya kemudian memegang kemas stereng kereta lantas kepalanya dihantuk beberapa ke sana.

"Arghh.." Adam bertempik seraya menyandarkan badannya ke belakang. Matanya dipejam rapat. Lelaki itu berusaha untuk membuang kata-kata Zaiton yang sedang bermain di fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience