Bab 42

Romance Series 125055

IDAYU berjalan memasuki ruang pejabat. Langkah kakinya terlihat masih sedikit terhinjut-hinjut walaupun keadaan wanita itu semakin membaik. Walaupun dia sepatutnya masih dalam tempoh bercuti, namun Idayu menguatkan diri untuk hadir ke pejabat. Malah Adam sendiri sudah melarang isterinya itu untuk hadir, namun demi kredibiliti dan nama baiknya yang sudah tercemar, Idayu tetap ingin memaksa dirinya muncul di syarikat tempatnya bekerja. Dia harus mempertahankan maruah dirinya kerana telah dituduh melakukan plagiat malah isu tersebut semakin panas dan tersebar ke seluruh negara setelah mendapat liputan daripada pihak media. Jika terus dibiarkan, bukan sahaja nama Idayu yang akan menjadi buruk, malah syarikat suaminya juga akan turut sama terkena tempias dan menanggung kerugian. Lebih merisaukan jika syarikat milik Adam itu akan diboikot dan diisytiharkan muflis. Idayu sama sekali tidak akan membiarkan hal tersebut berlaku.

Setelah tiba di bilik kerjanya, Idayu langsung duduk dikerusi. Sesaat kemudian, sahabatnya Nadia masuk ke bilik dengan tergopoh-gapah. Riak cemas jelas terpampang pada wajah wanita tersebut.

"Ayu, kau macam mana? kau okey tak?" Nadia segera bertanya khabar sahabatnya.

"Nadia.. aku okey je.." Idayu menjawab ringkas sambil tersenyum hambar.

"Kau accident pun tak bagitau aku.. semalam aku baru tahu keadaan kau.. tu pun sebab dah kecoh nama kau pasal isu plagiat design tu tapi kau pulak takde kat pejabat.." Nadia mula merungut. Idayu pula segera menghembuskan keluhan.

"Nad.. kau percaya ke aku plagiat design tu?"

"Tak mungkin! Aku kenal kau.. kau bukan orang yang macam tu.. Eh, tapi aku tengok kau rileks je..macam takde apa-apa yang berlaku. Padahal nama kau tengah panas sekarang.."

"Kau nampak je aku rileks macam ni.. padahal dalam hati ni, aku dah macam nak gila rasanya.. tiba-tiba design aku, orang tuduh sebagai plagiat.. maunya aku tak hangin.." Idayu tetap tersenyum kepada sahabatnya.

"Tapi macam mana dengan Encik Adam.. Aku risau dia maki hamun kau nanti.. silap-silap, kau kena pecat nanti.." Nadia meluahkan kerisauan.

"Alah, jangan duk risau la.. belum sempat dia pecat aku, aku yang pecat dia dulu.." Idayu tetap mampu ketawa sambil berseloroh walaupun mereka sedang membincangkan isu yang serius.

"Kau ni.. aku cakap betul-betul, kau main-main pulak.."

"Takde la.. aku percaya Encik Adam tu bijak mengendalikan isu ni.. lagipun, aku memang tak bersalah.. aku boleh buktikan. Selagi kita berada dipihak yang betul, kita tak perlu rasa takut.. Ah, kau kat bahagian pentadbiran macam mana?"

"Bahagian Pentadbiran pun turut terkesan la pasal isu ni.. dah kecoh sejak semalam.. banyak urusan jadi tergendala." Nadia memberi penerangan.

"Hmm.. kalau isu ni tak diselesaikan secepat mungkin, semakin teruk syarikat kita nanti.." Idayu semakin risau memikirkan keadaan syarikat yang semakin huru-hara akibat isu yang melibatkan dirinya. Di hatinya, Idayu sangat kesal. Dia berasa sangat bersalah kepada Adam kerana menyebabkan masalah kepada syarikat suaminya itu. Walaupun dia tahu dirinya tidak melakukan kesalahan, namun isu plagiat itu tetap bersangkutan dengan dirinya. Sejenak kemudian, salah seorang pekerja mengetuk pintu bilik Idayu dan menjengukkan kepalanya ke dalam bilik.

"Ayu.. kita ada mesyuarat tergempar. Semua kakitangan jabatan design perlu hadir sekarang." Seorang wanita menyampaikan berita.

"Sekarang?" Idayu menginginkan kepastian.

"Ya. Mesyuarat akan bermula 15 minit lagi.. Dengar kata, Encik Adam nak selesaikan isu plagiat tu. Wakil dari Purnama Tekstil pun akan ada bersama dalam mesyuarat tu.."

"Baiklah.." Idayu membalas. wanita yang menyampaikan berita itu segera meninggalkan muka pintu bilik. Idayu pula bangkit berdiri sambil memandang ke arah Nadia.

SETELAH semua orang berkumpul di bilik mesyuarat, perbincangan mengenai isu plagiat dimulakan. Pihak Purnama Tekstil yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya sendiri turut bersuara dan melemparkan tuduhan terhadap Idayu. Adam sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Tekstil pula tekun mendengar dan tetap bersabar terhadap tuduhan yang diberikan kepada isterinya. Setelah selesai pendakwaan yang dibuat mengenai isu plagiat itu, Adam mula bersuara untuk memulakan perbincangan dan siasatan mengenai isu tersebut.

"Jadi, ada sesiapa yang nak berikan pendapat lagi mengenai isu ni?" Adam bersuara dengan tenang namun terkandung ketegasan dalam nadanya.

"Ayu perlu bertanggung jawab penuh dalam isu ni.. isu plagiat bukanlah isu sederhana.. ini melibatkan reputasi syarikat." Nora selaku timbalan ketua di jabatan rekaan mula bersuara. Kini semua mata yang berada di bilik mesyuarat memandang kearahnya. Idayu turut memandang tajam ke arah wanita yang menjadi timbalannya di syarikat itu. Sejak dari awal Idayu menyertai jabatan rekaan fesyen, Nora sering mengincarnya dengan pelbagai masalah. Entah apa yang mencetus rasa tidak puas hatinya kepada Idayu.

"Untuk selesaikan masalah ni, Idayu perlu letak jawatan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.. orang yang melakukan plagiat tak layak berada dalam industri dan patut disenarai hitam buat selama-lamanya." Nora masih melanjutkan kata-katanya.

"Betul tu.. melakukan plagiat tu kesalahan besar dan tak boleh dimaafkan.. memang patut dikeluarkan dan disenarai hitam dari menyertai bidang ni walau kat mana-mana syarikat sekali pun." Salah seorang pekerja yang lain turut bersuara.

"Ayu.. ada apa-apa yang nak dikatakan?" Adam melirik pandangan kepada Idayu yang masih bersikap tenang sejak dari awal masuk ke bilik mesyuarat.

"Hmm.. saya dapat tunjukkan bukti, design tu hasil ciptaan saya sendiri dan bukan diplagiat dari pihak Purnama Tekstil.." Idayu berdiri sambil membuka fail yang berada di atas meja. Beberapa lembaran kertas dikeluarkan dari fail tersebut dan dipertunjukkan kepada semua orang yang berada di dalam bilik mesyuarat.

"Pihak Purnama Tekstil melancarkan design fesyen tu seminggu yang lalu.. Ini pulak draft asal design yang saya buat sendiri.. kat sini masih ada tarikh yang saya catatkan.. tarikh ni sebulan lebih awal dari tarikh pelancaran pihak Purnama Tekstil.. Jadi, tak mungkin saya dapat tiru design tu." Idayu cuba membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Setakat tulis kat situ, tak membuktikan apa-apa.. tak mustahil draft tu pun kau baru buat semalam dan sengaja tulis tarikh sebulan lalu.." Nora cuba memprotes bukti yang dikemukakan oleh Idayu. Mendengar pertuduhan daripada Nora, Idayu hanya tersenyum sinis.

"Sebab tu saya dah sediakan lebih banyak bukti yang tak dapat disangkal.. Ini.." Idayu menunjukkan satu sampul surat yang masih kemas tertutup dan tidak terusik mulutnya.

"Kat dalam ni, ada salinan asal draft tu.. sampul ni masih di seal dan sama sekali tak pernah dibuka untuk membuktikan isinya tidak pernah terusik.. kat atas sampul ni jelas ada cop tarikh dari pejabat pos.. tarikhnya sebulan yang lalu.. kalau tak percaya, boleh buka sampul ni dan tengok sendiri isinya.." Idayu menyerahkan sampul surat tersebut kepada Adam.

"Malah, kalau masih tak meyakinkan, saya masih ada bukti lain.." Idayu segera membuka komputer riba miliknya dan menyambungkan komputer tersebut ke alat pemancar agar isi di dalam komputernya itu dapat dilihat oleh semua orang pada layar putih yang tersedia di bilik mesyuarat.

"Ini adalah salinan softcopy draft design tu.. kita boleh check, bila tarikh softcopy ni dihasilkan dan disimpan dalam komputer.. semua orang boleh tengok, tarikhnya juga sebulan yang lalu.. tarikh fail dalam komputer ni dihasilkan secara automatik.. tak boleh diedit." Idayu tersenyum sambil membuktikan keaslian hasil rekaan fesyennya. Melihatkan bukti yang dikemukakan oleh Idayu, semua orang terdiam. Sedetik kemudian, Idayu melanjutkan lagi bicaranya selepas melirikkan matanya ke arah Adam.

"Sudah tiga bukti yang saya berikan untuk menjawab pertuduhan soal isu plagiat ni.. Jika masih ada yang sangsi, saya juga ada saksi yang dapat mengesahkan kata-kata saya ni."

"Betul.. saya adalah saksinya.. Dari fasa awal melukis draft, saya sendiri melihat macam mana Idayu hasilkan design tu. Setiap fasa dari awal sehingga akhir, dia akan merujuk kepada saya terlebih dahulu." Adam bersuara dengan megah. Mendengar ucapan sokongan daripada Adam, suasana di dalam bilik mesyuarat semakin sepi. Semua orang tidak berani menegah atau menidakkan kata-kata pemilik syarikat tersebut. Seterusnya Adam menambahkan lagi ucapannya.

"Saya dah buat siasatan terpeinci mengenai masalah ni dan pihak Purnama Tekstil sendiri ada bersama saya untuk merungkai masalah plagiat ni.. Kami dah tahu siapa dalang di sebalik masalah ni semua.."

"Siapa yang buat masalah tu Encik Adam?" Salah seorang pekerja bertanya.

"Awak ada nak cakap apa-apa lagi Nora?" Adam merenung tajam ke arah Nora. Namun wanita itu hanya mendiamkan diri sambil menggeleng perlahan kepalanya. Pandangan wajahnya juga dijatuhkan ke bawah, tidak berani bertatapan dengan Adam.

"Saya tak tahu apa masalah awak sampai sanggup perangkap Idayu macam ni.. malah cuba untuk jatuhkan syarikat Kencana Tekstil.. lebih teruk lagi, perbuatan awak membuatkan Kencana Tekstil dan Purnama Tekstil hampir bermusuhan. Ya, kami memang syarikat pesaing dan saling berlumba-lumba untuk berada di tahap teratas sesama sendiri.. tapi itu tak bermakna kami kena bermusuhan dan saling menjatuhkan.. Persaingan dalam bisnes itu perlu ada tapi kami nak wujudkan persaingan yang sihat. Kami berlumba untuk menghasilkan rekaan fesyen yang terbaik dan dikagumi orang ramai.. tapi perbuatan awak menjual design daripada Kencana kepada syarikat Purnama Tekstil itu satu jenayah.. malah sanggup memfitnah rakan satu syarikat.. apa maksud sebenar awak Nora?!" Adam semakin meninggikan suaranya. Kini semua mata mula memandang ke arah Nora. Wanita itu pula semakin gugup dan terlihat pucat wajahnya.

"Itu..itu tak betul.. saya tak buat semua tu Encik Adam.." Nora cuba membela diri.

"Huh!" Adam mula mendengus kencang. Dia memberikan isyarat kepada Idayu untuk memainkan sesuatu di komputer yang tersedia tersambung ke projektor pemancar. Seketika kemudian, terpapar di layar satu video dimana kelihatan Nora menyusup masuk ke bilik kerja Idayu dan membelek beberapa fail. Video daripada rakaman kamera litar tertutup itu menayangkan Nora sempat mengambil foto daripada fail di atas meja kerja Idayu.

"Dari rakaman ni, jelas awak mengambil gambar dari design yang ada dalam fail tu.. walaupun tak jelas dalam rakaman yang awak ambil gambar tu adalah design Idayu, namun pihak Purnama dapat mengesahkan awak yang menjual design tu kepada mereka." Adam memberi penjelasan berkenaan video yang ditayangkan. Seketika kemudian, seorang wakil daripada syarikat Purnama Tekstil masuk ke dalam bilik mesyuarat.

"Aizad.. tolong jelaskan, macam mana awak dapat design tu?" Ketua Pegawai Eksekutif Purnama Tektil berbicara kepada lelaki yang baru masuk tersebut.

"Kami membeli design tu dari seorang perempuan yang mengaku sebagai freelance designer.. katanya, design tu dihasilkan sendiri olehnya. Jadi kami sanggup beli dan segera buat bayaran kepada perempuan yang bernama Noratul Aini."

"Jadi awak kenal la perempuan bernama Noratul Aini tu?" Majikannya bertanya lagi.

"Saya tak kenal.. saya cuma pernah jumpa dia untuk urusan jual beli design tu je bagi pihak Purnama Tekstil. Transaksi bayaran masih ada.. jelas pembayaran dibuat kepada Noratul Aini melalui akaun banknya.. di sini ada buktinya.."

"Jadi, perempuan tu ada kat sini sekarang?"

"Ya.. itu dia.." Lelaki itu segera menuding jari telunjuknya ke arah Nora.

"Jadi, sekarang sudah dapat dibuktikan Idayu tak bersalah dalam isu plagiat ni.. Malah sekarang kita dapat buktikan, Nora adalah dalang sebenar kepada jenayah tersebut. Sebenarnya, melalui perbincangan dengan pihak Purnama semalam, kami sudah mendapatkan jawapan.. cuma saya sengaja aturkan mesyuarat pada hari ni supaya semua orang dapat tahu, apa sebenarnya yang dah berlaku." Adam kembali bersuara. Lelaki itu pun mulai bangkit berdiri dari kerusinya.

"Disebabkan bukti jelas menunjukkan Idayu adalah pemilik asal design tersebut, pihak Purnama Tekstil juga dah bersetuju untuk membatalkan saman terhadap Kencana Tekstil dan pihak mereka juga sanggup menarik balik fesyen tersebut dari pasaran.. Kini, Design tu dengan sah menjadi milik Kencana Tekstil. Tapi segala kerugian yang ditanggung oleh pihak Purnama Tekstil, itu tidak boleh dipertanggung jawabkan kepada mereka kerana mereka juga adalah mangsa dalam kes ni.. Jadi, penjenayah sebenarnya.. Nora perlu bertanggung jawab.. Perkara ni saya dah laporkan kepada pihak polis. Nora, awak dengan ini dipecat dari Kencana Tekstil dan akan disenarai hitam dalam bidang design ni oleh semua syarikat.. awak juga perlu membayar balik jumlah wang yang dibayar oleh pihak Purnama Tekstil kepada awak untuk membeli design tu dan awak juga perlu membayar pampasan kerugian yang ditanggung oleh pihak Purnama Tekstil sebanyak 500 ribu ringgit.. Jika tidak, kes ni akan dibawa ke mahkamah!" Adam mematikan kata-kata. Nora terpuruk diam ditempatnya. Dia sama sekali tidak menyangka, perbuatannya selama ini akan terbongkar.

"Sayang sekali.. padahal awak ada bakat dalam design.. sebab tu awak dapat jadi timbalan ketua jabatan.. tapi sayang, disebabkan hasad dengki dan busuk hati, awak sanggup buat jenayah.. aniaya orang dan memfitnah orang lain.. sekarang awak kena tanggung hasil dari perbuatan awak sendiri." Adam kembali duduk dikerusinya sambil matanya masih menatap ke arah Nora. Sayang sekali bakat yang dimiliki oleh wanita itu akhirnya menjadi sia-sia kerana sikap rakusnya sendiri.

Share this novel

Mythic 20 Ronaldojr7
2025-01-07 07:46:42 

padan muka nora nak fitnah org lg ke.......


NovelPlus Premium

The best ads free experience