Sesal

Romance Series 135490

Hari berganti hari, dia tetap meneruskan langkah seperti biasa. Nadhira cuba memendam semua kesedihan dalam diam, berharap waktu akan menyembuhkan luka yang terasa semakin dalam.

Hari ini, Nadhira dijadualkan untuk shift petang. Dia tahu, shift ini akan memenatkannya, tapi dia tetap melangkah dengan penuh tanggungjawab, menyimpan tenaganya untuk menghadapi hari.

Di tengah-tengah kesibukannya, matanya terpaku pada satu susuk yang membuatkan dia terdiam seketika. ‘Ah, mamat annoying ni lagi?’ bisiknya perlahan, perasaan bercampur antara terkejut dan geram.

" Hai selamat petang." Sapanya.
"Ya selamat petang, Encik nak take away ke dine in ?" balas Nadhira.
"Hmm dine in, give me an ice latte also two pieces of croissant". Balasnya sambil memerhati menu yang terletak di ruang atas cashier. Dengan senyuman terpaksa Nadhira menerima pesanan dari lelaki itu. 'Kenapalah asyik muncul jeh'. Dengusnya perlahan sambil memasukkan pesanan lelaki itu.

"Namanya jodoh". Sayf tersenyum kecil. Nadhira merenungnya dengan dahi berkerut. Sayf berlalu mengambil meja untuk duduk sementara menunggu pesanannya siap.

Nadhira hanya mampu memandang dari jauh ketika sosok itu melangkah ke meja, tanda tanya terus berputar dalam kepalanya.
"Ah dia dengar ke? Ah lantak lah" katanya perlahan.

Saat dia berbalik, pesanan lelaki annoying itu sudah siap di tangan Syaza. Nadhira melepaskan nafas panjang dalam diam, bersyukur kerana tidak perlu menghadapi lelaki tersebut secara langsung."
"Kau nak hantar ke aku hantar?" Soal Syaza.
"Kau jeh lah" dengan pantas Nadhira menjawab. Terbit senyuman kecil di bibir Syaza. Syaza menggelengkan kepala melihat telatah sahabatnya itu.

Nadhira merenung Syaza yang sedang tertawa kecil melayani lelaki itu. Dia merasa sedikit aneh, tak tahu bagaimana sahabatnya boleh begitu ramah dengan orang yang baginya menjengkelkan. Syaza melangkah masul ke ruangan bar cashier.

"Kau kenal ke sya lelaki annoyying tu?" soal nadhira. Syaza mengganguk "Kenal, dia a......" belum sempat Syaza habiskan perkataan Nadhira dah potong ayatnya "Jangan rapat sangat Sya, entah entah dia bukan orang baik". Syaza tersenyum kecil, lalu berkata, ‘Ala, kau ni… dia okay je sebenarnya, Nadhi. Kau tak kenal dia lagi, tu sebabnya.’ Namun, Nadhira hanya mengerutkan dahi, tidak sedikit pun goyah dengan kata-kata Syaza." Hampir meledak tawa Syaza melihat sahabatnya itu.

Tepat jam 6.00 petang, Syaza mula mengemas barangnya dengan senyuman lebar. Dia melambai ke arah Nadhira yang sedang sibuk di kaunter. ‘Bye, Nadhi! Jumpa kat rumah nanti,’ ucapnya mesra sebelum bergegas keluar." Nadhira membalas lambaian sahabatnya, namun seketika itu juga matanya terpaku melihat lelaki annoying itu bangun dan mengikuti langkah Syaza keluar dari kafe. Hatinya mula berasa risau, tertanya-tanya apa yang lelaki itu inginkan.

"Ah lambat nya jam 10.00 malam."dengusnya gusar. Dia melihat jam yang bergerak perlahan, menahan resah dalam hatinya. ‘Ah, kalau bukan sebab ramai pelanggan…’ keluhnya dalam hati, rasa bimbang makin memuncak memikirkan keselamatan Syaza.

Di kaunter yang penuh sesak, Nadhira rasa terhimpit antara tanggungjawab dan kebimbangannya pada Syaza. Dia berharap agar waktu cepat berlalu, supaya dia dapat segera memeriksa keadaan sahabatnya.

masih belajar. please support ya guys? . lama sangat tak menulis

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience