Sesal

Romance Series 135501

Selesai mandi dan menunaikan fardhu wajib, dia menarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri di atas tilam yang empuk, tetapi luka semalam masih terasa pedih di hati. Setiap kali dia cuba memejamkan mata, bayangan peristiwa itu hadir tanpa diundang, mengingatkan kembali kepahitan yang sukar dilupakan. Baringnya terasa kosong.

"Engkau tuh aku bela bukan sebab aku sayang. Tapi aku kesian! Kalau ikutkan hati aku, sekalipun aku taknak lahirkan kau. Kau bawak sial dalam hidup aku." Bentak Puan Qaseh. Jarinya terus terus menunjal kepala Nadhira.

" Kalau bukan sebab adanya kau, aku sekarang ni dah berkahwin dengan orang kaya. Tapi dia taknak kau." Makin keras Puan Qaseh melepaskan marahnya. Nasi berlauk yang di hadapan Nadhira masih belum terjamah. Lelah pulang bekerja masih terasa. Sebaik sahaja dia pulang, raut wajah Puan Qaseh yang penuh kemarahan menyambutnya. Tidak ada senyuman seperti biasa, hanya pandangan tajam yang menusuk, membuatkan dia terdiam seribu bahasa.

"Apa lagi yang terjadi?"soalku dalam hati. Entah kenapa, setiap kali orang lain berbuat salah, aku juga yang harus menanggung akibatnya. Sudah berkali-kali begini, membuatkan aku hanya mampu mengeluh dalam hati. Aku lihat Angah santai bersandar di sofa seperti tiada riak bersalah.
"Pang........" bingkas Puan Qaseh bangun dari duduknya dna menampar pipi mulus Nadhira. "Auch, Nadhi salah apa lagi ibu?" soalku perlahan. Masih terasa pedih dengan tamparan puan Qaseh.

" Susah sangat ke hah kau nak jaga adik kau? Kenapa kau biarkan dia ikut dengan kawan kawan tak guna dia tu hah?" lantang Puan Qaseh bersuara.
"Ngah, kau buat apa lagi ngah?"soalku lemah.
"Apa aku buat? Kau lah salah. Kenapa kau tak halang aku keluar" Aku menatap Angah dengan bercampur aduk perasaan. Mana lah dia tahu bila si Angah ni keluar. Dia terlebih sosial. Dikunci dari luar pun masih boleh terlepas dan bebas. Entah macam mana lagi dia nak menjaganya. Bukannya anak kecil lagi. 19 tahun dan dah boleh berfikir.

" Kau tengok nih sial! Kalau bukan sebab kau semua nih takkan jadi dekat anak aku? Puan Qaseh melempar pregnancy test ke arah Nadhira. Dua garis. Nadhira menutup rapat mulutnya kerana terkejut. "Kenapa boleh jadi macam nih angah?" soalku menggigil.

" Kenapa kau tanya ? Kenapa ? Ni semua sebab kau. Kau yang bodoh tak reti jaga adik kau. Kau yang tak guna ajar adik kau benda tak senonoh. Kau yang jalang. Kau jadikan adik kau mangsa ikut jejak kau" bentak Puan Qaseh.

" Mak tuduh nadhi macam nih sekali? Dia yang...."
Panggg...... Belum sempat Nadhira habiskan ayat Puan Qaseh menamparnya sekali lagi . Tidak cukup dengan tamparan. Puan Qaseh menyambar rambut Nadhira,menariknya dengan geram. Tangannya mengganyang dengan kasar. Tidak peduli pada esakan dan tangisan Nadhira. Amarahnya memuncak, dan tiada apa yang mampu menghentikannya saat itu.

" Aku nak kau berambus dari sini. Jangan sesekali kau jejak kaki kau kat rumah ni" Puan Qaseh melempar semua pakaian milik Nadhira. Angah tersenyum kemenangan.

Dengan tangan yang sedikit bergetar, Nadhira mengutip helaian bajunya dari lantai. Setiap helai yang dikutip terasa seperti serpihan hatinya yang jatuh berkeping-keping, namun dia hanya mampu berdiam dalam luka. Dengan langkah longlainya, Nadhira mengheret kakinya keluar dari rumah. Di sebalik kekecewaan yang terpendam, ada luka yang tak mampu diungkapkan. Namun, dia tetap melangkah pergi, walaupun perit. Dia tidak akan berpaling lagi.

Mata yang tadinya terkatup rapat kini terbuka kembali, dan dia menangis sepuasnya. Air mata mengalir tanpa henti, membawa semua kesakitan dan kepedihan yang terbuku di hati, mengingat peristiwa semalam yang masih terukir jelas di fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience