Sesal

Romance Series 135501

Pagi ini, Dia berjalan dengan kepala tegak, seolah-olah hidup ini tidak pernah menimpanya dengan ujian yang berat. Namun, hanya dia tahu beban yang disimpan di bahunya, luka yang menekan di dadanya. Setiap langkah adalah perjuangan, tetapi dia tidak pernah berhenti berjalan, kerana baginya, menyerah bukanlah pilihan.

"Jasmine Nadhira,hari ini hari baru untuk engkau. Allah sentiasa ada" bisiknya perlahan sambil mengenakan apron di badannya. Dia meneruskan pekerjaannya seperti biasa, meski di dalam hatinya masih terasa perit luka semalam. Jari-jemarinya menggigil setiap kali dia mengingatnya, namun dia tahu tanggungjawab tidak akan menunggu hatinya sembuh. Maka, dia simpan semuanya dalam diam, melangkah dengan langkah yang berat tetapi pasti.

Baru sahaja dia ingin melangkah masuk ke ruangan cashier bar, tiba-tiba ada seseorang melanggar bahunya dengan kasar. Dia terhenti, menahan rasa marah yang hampir meletus. Saat dia menoleh, matanya bertemu dengan seorang lelaki yang berwajah selamba, malah tersenyum seolah-olah tiada apa yang berlaku. 'Maaf? Atau memang awak suka langgar orang?' tanyanya sinis, namun lelaki itu hanya mengangkat bahu dan terus berlalu .

"Ish lah pagi lagi , masih pagi. Dah jumpa seketul mamat annoying macam nih" dengusnya dalam hati. Tangannya masih mengepal menahan amarah. Namun Perlahan dia mengusap dada "Sabar Jasmine Nadhira, bukan setiap hari kau jumpa seketul tu" katanya perlahan. Dengan wajah yang kembali tenang, dia membetulkan dirinya dan melangkah masuk ke cashier bar. Customer sudah menanti, dan dia tidak mahu insiden kecil tadi mengganggu moodnya. Senyuman profesional terukir di wajahnya, meskipun di dalam hati masih terasa jengkel.

Usai sahaja shift kerjanya hari ini, Nadhira masih berdiri di hadapan kedainya. Termenung kosong. Tiada hala tuju. Dalam keletihan yang tak bertepi, Rumah yang dia harapkan untuk pulang, tempat dia mendambakan kedamaian, hanya menyimpan luka yang semakin menganga. Kini, dia terdiam menyandar, bertanya pada dirinya sendiri, ke mana lagi dia harus melangkah, jika setiap jalan menuju keperitan yang sama?

"Nadhi?" Dia menepuk bahu sahabatnya dengan perlahan, penuh pengertian. Tepukan itu bukan sekadar sentuhan—ia adalah sokongan dalam bentuk paling sederhana, tetapi paling tulus, seakan-akan berkata, 'Aku di sini, kau tidak sendiri.'

Nadhi terus menoleh ke arah suara yang memanggil namanya, terlihat senyuman manis sahabatnya itu. Merah merah pipinya menahan perit mentari. Kami bekerja dalam satu company cumanya berbeza shift. Aku pagi dia petang.

Syaza menarik lembut tangan Nadhi lalu menghulurkan segugus kunci. "Aku tahu kau tak tahu nak ke mana, sementara nih duduk lah dengan aku dulu. Hostel tuh pun company punya. Kau tak perlu risau." erat Syaza menggenggam tangan sahabatnya. Nadhi merenung kosong kunci yang di serahkan kepadanya.

"Sya.." panggilnya pelan.
"Terima kasih.." katanya perlahan menahan tangis. Syaza memeluk erat sahabatnya. "Baliklah, rehat. Aku masak lebih tadi kat rumah. Kau makan ya nanti" arah syaza. Nadhi mengganguk lesu dan terus melangkah pulang.

Setiap langkah yang dia rasakan terasa berat, seolah-olah beban yang dipikulnya semakin menghempap setiap kali dia melangkah. Namun, dia teruskan juga, kerana dia tahu, berhenti bukanlah pilihan.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience