BAB 1

Romance Series 135501

Bintang yang menghiasi langit terlihat indah. Jalanan yang sepi hanya disinari cahaya rembulan. Aku perhati sekeliling dari tirai kamar, sunyi.

"Allah, begitu benci kah engkau kepadaku?"
perlahan bicaraku dengan esakan tangis.
Dunia yang aku impikan beri aku kehidupan rupanya suram dan kelam.

"Nadhi, berhentilah menangis. Jamahlah sikit makanan. Dari kau datang sini satu pun belum masuk isi perut kau lagi" perlahan usapan syaza dibahuku memujuk . Aku menoleh hiba.

"Sya kau bagitahu aku, kenapa aku? kenapa bukan kau ?" tanyaku lemah. Jari jemari yang tersemat di dada aku tampar tumbuk berkali kali. Sakit yang tak terungkap . Gegas syaza menahan tanganku dari terus memukul diri sendiri.

"Aku faham Nadhi, aku faham. Percayalah sayang Allah takkan uji kau jika kau sendiri tak mampu. Aku tahu kau kuat Sya" balas syaza sambil tangan nya masih menahan.

"Nadhi, pandang sini." arahnya. Aku menatapnya sayu.
"Aku tak pernah tinggalkan, aku sentiasa ada jatuh bangun kau. Di saat semua orang buang kau, Aku ada. Aku ada Nadhi". Lantas syaza memelukku erat menenangkan aku.
Perlahan lahan esakkan tangis ku semakin mereda. Rasa kantok mulai singgah.

"Sya, aku tumpang tidur sini ya malam ni?" soalku. Syaza mengganguk tenang. Aku berbaring senang di sebelah Syaza.

"Allah, aku hanya ingin tidur dan melupakan dunia yang kejam ini sementara" bisikku dalam hati.

Awal Subuh aku terjaga, aku bangun dan bersihkan diri. Usai sahaja, ku hampar sejadah menunaikan fardu wajib. Hanya dalam sujud dan doa kepada-Nya tempat aku meluah. Menangis dan menangis.

"Allah" tangisku semakin kencang. Seketika tangisku kembali reda.

Aku tatap makanan yang masih utuh di birai katil. Tiada rasa sikit pun aku ingin menjamah. Aku perhati sekeliling. Malap. Sengaja aku tidak menyalakan lampu takut Syaza tersedar dari mimpi indahnya.

"Bagaimana harus aku melalui hari ini?" Soalku perlahan. Kosong. Jiwaku mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience