Luth Mikael memerhati sahaja isterinya yang hanya duduk selang 3 meja dari mejanya.Kelihatan muka isterinya begitu serius dan dingin semasa bercakap . Ada apa apa perkara penting ke ?
Nur Aliya yang melihatnya mula mendengus kasar apabila Luth Mikael hanya merenung isteri jejaka itu. Hish ! Aku yang kat depan dia ni dipalaunya !
Dia memegang tangan jejaka itu untuk mengalihkan perhatian sang kekasih. Luth Mikael tersentak lalu memandang ke arah Nur Aliya yang tersenyum ke arahnya.
"Biyy , bila nak buat majlis pernikahan kita ? Saya dah tak sabar tau nak hidup bersama dengan awak. " kata Nur Aliya dengan manja dan teruja. Luth Mikael tersenyum manis . Dia membalas erat genggaman Nur Aliya.
"Esok saya masuk minang awak , nanti minggu depan bolehlah kita bernikah . " Nur Aliya sudah tersenyum manis dan bangga . Walhal dalam hati dia tersenyum sinis kerana telah mendapatkan apa yang dia nak.
Tak lama lagi , Zarief. Luth akan jadi milik aku ! Dan masatu , aku akan buat dia buang kau !
"Auwwww...gelojoh betul la awak ni. Mesti tak sabar nak kahwin dengan saya kan." kata Nur Aliya dengan tersipu sipu malu. Luth Mikael hanya tersengih memandang kemanjaan sang kekasih . Kemudian Luth Mikael memandang ke arah meja isterinya. Kelihatan Zarief Iman dan rakan rakannya mula bangun ingin meninggalkan cafe tersebut.Nur Aliya yang melihatnya cepat cepat mula berlakon.
"I love you biyy. Thanks sebab lamar saya jadi isteri awak. " kata Nur Aliya dengan suara yang dikuatkan dengan sengaja.Luth Mikael terkejut dengan tingkah Nur Aliya yang tiba tiba sahaja mengucapkan ayat itu dengan kuat. Dia kemudian memandang ke arah Zarief Iman yang sudah mula keluar dari cafe. Namun , riak wajah isterinya hanya selamba .
Tak jeles ke isteri dia ?
"Ye sayang , saya cintakan awak juga. Oklah , saya balik dulu ye. Nanti esok ready saya nak datang rumah awak. " kata Luth Mikael dengan lembut ke arah sang kekasih. Nur Aliya mengangguk perlahan. Luth Mikael kemudian bangkit dari duduknya lalu berjalan keluar meninggalkan Nur Aliya . Nur Aliya tersenyum sinis.
"First step . Done . Bodohnya kau , Luth. Lebih percaya aku sedangkan kau boleh siasat. Huh , dasar lelaki lembab. "
Share this novel