"ARGHHHHHHHHH!!!!!!"
Bergema jeritan seorang lelaki di dalam sebuah bengkel terbiar yang usang. Pinggangnya yang dipukul dengan batang besi yang panas ditekap. Matanya terarah sekilas pada bahagian pinggang yang terkena. Kelihatan sedikit melecur di situ. Matanya kemudian memandang tiga orang gadis yang ada di hadapannya. Dua daripadanya tenang memandang dia, manakala seorang lagi memandang dengan mata yang penuh dingin dan amarah.
"Bagitahu aku. Siapa yang upah kau langgar kawan aku?"ujar Qila dingin. Matanya yang hazel semakin lama semakin menggelap, namun sinarannya sangat memikat sesiapa yang memandang, dalam masa yang sama menggerunkan.
"A-aku tak tahu- ARGHHHHHHHHHH!!!!!!!!"
Batang besi yang panas itu dilibas lagi pada lelaki itu. Dilibas tanpa sebarang kasihan. Memikirkan 5 bulan Rabi terlentang di atas katil kerana ulah busuk lelaki ni, sungguh menyakitkan hatinya. Tak akan dia lepaskan lelaki ni!
Tak cukup dengan libas, kerusi kayu yang berdekatan diambilnya. Tangannya mencabut kaki kerusi tersebut, lalu dibawa ke arah lelaki yang sedang meringkuk, memohon agar menghentikan perbuatan itu.
Tapi, ada dia kisah?
"KAU TAK TAHU APA BODOH?! KALAU KAU TAK TAHU KAU BEKERJA DENGAN SIAPA?! DENGAN SYAITAN KE SIAL?!"
Dipukul kayu tersebut di bahagian alat sulit lelaki tersebut. Rayuan lelaki itu diendahkan, asal hatinya puas, asal amarahnya reda.
Zarief iman yang melihatnya mula memberikan isyarat mata pada Omey, tanda menahan Qila dari meneruskan perbuatan itu.Omey yang faham mula mendekati Qila yang sudah menggila teruk. Tubuh gadis itu dipeluk dari belakang, menahan dari terus menerus menghentam lelaki itu. Rontaan dan jerkahan Qila diendahkan.
"LEPASKAN AKU!!! LEPASKAN AKU!! AKU TAK BUNUH DIA LAGI!!! AKU TAK BUNUH DIA LAGI!!! LEPASKAN AKU SEKARANG!! AKU NAK BUNUH DIAAA!!!"
Omey tanpa banyak suara terus menghentak leher Qila hingga gadis itu terkulai layu. Maaf Qila, aku terpaksa.
Tubuh gadis itu ditarik lalu didudukkan di sebelah meja yang terletak di situ. Zarief iman mula melangkah mendekati lelaki itu.
Dia kemudian bercangkung di hadapan lelaki itu, memegang dagu lalu membelek muka yang agak- err teruk. Hmm, not bad Qila. Lawa hasil karya seni kau dekat muka jantan ni.
"Amacam? Sedap?"soalnya sambil melihat lelaki itu atas bawah. Matanya menjeling sekilas bahagian bawah yang sudah berdarah. Hmm kesian, mesti dah hancur lunyai kan?
"Apa yang susah sangat nak bagitahu kami ni,hm? Bagitahu nama je, bukan terlalu detail sampai ke moyang dia yang bertahun-tahun dulu. Tak akan tu pun susah."ujar Zarief iman tenang, namun senyuman nipis dilorekkan.
Jangan terpedaya ye. Itu bukan senyuman ikhlas. Itu senyuman sinis.
Lelaki itu melihatnya dengan pandangan sayu. "A-aku tak tahu. Sumpah. Aku cuma boleh cakap yang dia ialah perempuan. Tu je."ujarnya perlahan.
Zarief iman menjongketkan kening. Perempuan? Hurmm, not bad. Dia kemudian mengangguk lalu bangun dari cangkungan. Batang besi yang digunakan Qila tadi diambil. Matanya setia menghala pada lelaki itu.
"Thanks for the info."kemudian batang besi tersebut terus ditusuk pada perut lelaki itu. Terbeliak matanya sebelum kaku tidak bergerak. Zarief iman hanya melihat tanpa sebarang kata. Dia kemudian berlalu pergi, sempat isyarat mata diberi kepada Omey agar menguruskan mayat itu. Qila diangkutnya sekali.
Omey memandang sepi pemergian sahabatnya. Matanya kemudian menghala ke arah mayat lelaki itu. Keluhan dilepaskan.
"Menyusahkan aku jantan ni. Damn!"
••••••••••••••••••••••••
Puan Saedah memandang lama wajah anak perempuannya. Sempat rambut anaknya dikemaskan.
Alhamdulillah, nasib kondisi anaknya semakin baik.
"Assalamualaikum"
Puan Saedah memandang ke arah pintu wad yang dibuka.
"Waalaikumussalam. Keith." Puan Saedah tersenyum nipis.
Dia baru tahu kalau ini lah lelaki yang rajin jagakan anak dia dekat hospital. Selalu jenguk, tak pernah tak jaga kecuali kalau ada hal penting. Mula-mula tu agak pelik la juga, dah kenapa nak jaga bagai. Rupanya serba salah.
Lagipun, si Keith ni dah jujur dengan dia, nak masuk minang si Rabi. Puan Saedah tunggu je keputusan anak dia nanti bila dah bangun.
"Makcik dah lama sampai?"soal Keith. Dia kemudian melabuhkan duduk di kerusi berdekatan dengan katil Rabi. Sambil itu dia mengerling sekilas ke arah Rabi. Alhamdulillah luka luka yang ada dah pudar sedikit demi sedikit. Harapnya Rabi dapat bangun cepat. Semua orang rindu dia ni.
Dia pun sama. Hmm
"Adalah lebih kurang 2 jam dah sampai sini. Tadi suami makcik dia nak pergi kerja, makcik tumpang dia ke sini. Alang-alang sehala jalannya kan." Keith mengangguk.
"Doktor ada cakap apa-apa ke pasal Rabi? Doktor ada check Rabi tadi?" Puan Saedah menggeleng. Keith diam. Masing-masing hanya memandang wajah gadis yang sedang terbaring. Terlihat di mata tua Puan Saedah, bagaimana sinar mata Keith terhadap anaknya. Penuh sarat cinta dan redup pandangannya.
Dia tak minta lebih. Hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka berdua. Kalau ada jodoh, adalah tu.
Tanpa disedari mereka, jari jemari Rabi mula bergerak sedikit demi sedikit. Keith yang ralit melihat Rabi terpandang sekilas tangan kanan Rabi. Berkerut dahinya apabila jari gadis itu mula bergerak. Tapi hanya sekejap. Keith hanya mengeluh, mungkin itu hanya khayalan dia.
Keith memandang lagi sekali ke arah itu. Namun kali ini matanya membesar kerana jari itu bergerak lagi. Malah dada gadis itu mula turun naik. Bacaan nadi juga tidak sekata dan tidak stabil. Puan Saedah yang melihat itu mula bangun dari duduknya. Dia memegang bahu anak perempuannya.
"Rabi sayang ! Bangun nak! Keith tolong panggilkan doktor sekarang!" Keith tanpa banyak soal terus berlari keluar mencari doktor. Dalam hati mula berasa risau kalau-kalau terjadi apa-apa pada Rabi.
Rabi, please wake up ! Dont leave me....
•••••••••••••••••••••••••••••
"MANA RABI?! DIA DAH BANGUN?! MANAAAAA ?!"
Qila menghempas pintu wad Rabi. Terlihat ahli keluarga Rabi di situ. Qila masuk perlahan-lahan ke dalam.
"Rabi...." berkaca matanya melihat gadis itu sudah bangun dari 'tidur'nya.
Terlakar senyuman nipis di bibir pucat gadis itu.
"Ye Qilaa...aku dah bangun ni. Happy tak?"
Perlahan-lahan Qila menguntum senyuman manis di bibirnya. Air mata mula mengalir. Dengan menderu dia memeluk kawannya. Menghamburkan tangisan di bahu Rabi.
"Rabiiiii !!!!! Aku rindu kau! Sampai hati kau tidur lama tinggalkan aku!!!"
Rabi menepuk lembut belakang badan Qila. Yang lain hanya melihat dengan senyuman. Tahu kalau Qila dan Rabi memang sangat rapat.
"Eh dah jangan nangis. Apa ni sambut aku dengan tangisan. Bagilah aku buah tangan ke. Kot kot dapat beg tangan ke, buah ke makanan ke. Aku dah lapar ni" tersengih Rabi.
Pap !
Qila mula menayangkan wajah jengkel pada Rabi. Menyampahlah minah ni. Spoiler mood sedih aku je.
"Aik, sekejapnya drama air mata. Fikir lama lagi"
Omey memerli dua orang kawannya itu. Masing-masing tersengih seperti kera mendapat bunga. Zarief iman hanya menggelengkan kepala. Apalah budak-budak ni. Tak matang matang.
Cuba jadi macam aku. Matang je tau. Dah lah cantik, bijak, sopan--
Ok enough. Back to our story.
"Hai Rabi " sapa Zarief iman. Kepala kawannya diusap lembut. Rabi senyum sambil memeluk erat pinggang kawannya. Manja mengalahkan budak kecil.
Please la tolong lah. Aku ni tak ada siapa nak peluk. SOMEONE TOLONG LAH PELUK AKU.
Omey memutar bebola matanya ke atas. Dasar budak mengada. Aku lempar kang dari tingkat ni.
"Yela peluk jela diorang. Aku ni taknak peluk."kata Omey berjauh hati. Rabi tergelak sebelum mendepakan sebelah tangannya. Menarik dua orang lagi kawannya ke dalam pelukan. Maka keempat kawan itu berpelukan antara satu sama lain.
"We miss you so much Rabi."ujar mereka serentak.
Rabi hanya ketawa sambil mengalirkan air mata. Sungguh dia pun rindukan sahabat sahabatnya. Bersyukur kerana Allah masih memberikan dia kesempatan dan peluang yang kedua untuk hidup di dunia ini.
Terima kasih Allah.
"I miss you to guys. So much."
Share this novel