CHAPTER 47

Drama Series 15767

Omey mengerling ke arah lelaki yang sedang melihat mereka dengan tangisan. Kaki bergerak perlahan ke arah lelaki itu. Inilah pekerja Zarief, pengkhianat.

"So---boleh bagitahu aku tak, best ke jadi pengkhianat? Aku tak pernah rasa lagi pengalaman jadi pengkhianat. Cuba story sikit kat aku---boleh tak Ilham?" ujar Omey perlahan dan lembut. Senyuman manis terukir di bibirnya. Lelaki yang bernama Ilham itu menggeleng.

"Aku minta maaf. Aku terpaksa." Ilham bersungguh-sungguh meminta maaf kepada Omey, namun tidak dilayan oleh gadis itu.

"Jangan nak tipu aku. Kau boleh perdayakan orang lain--- tapi bukan aku. Kau ni sebenarnya memang anak buah Haikal kan, menyamar sebagai pekerja Zarief, yang suruh Haris hantar maklumat syarikat Zarief tu pun kau kan? Sebab dapat arahan daripada Haikal---betul tak?" soal Omey datar. Lelaki itu terdiam. Tak mungkin dah terkantoi. Rasanya dia buat kerja dengan teliti.

"What?! Kau rupanya?! Kau ni memang bangsat !" ujar Rabi geram. Dia kemudian meluru ke arah Ilham lalu tumbukan padu diberikan. Rambut lelaki itu direntap kuat.

"Patutlah aku rasa sesuatu masa Zarief kata dia interview kau. Kenapalah aku pun bodoh tak siasat pasal kau ni.Memang kau tak akan terlepas dekat tangan kitorang." mata Rabi mula menggelap. Ilham sudah berteriak. Dia tahu apa yang akan berlaku pada dirinya.

Prinsip keempat-empat gadis ini ialah, sesiapa yang mengkhianati mereka, maka hukumannya adalah mati.

"Disebabkan kau bersubahat dengan Haikal---aku akan tunjukkan permainan sebenar." Rabi ketawa sinis. Kapak yang tergantung di dinding diambil.

"So---let's start our game."

•••••••••••••••••••••••

"Ibu---ibu nak ke mana?"

soal Luth mikael. Tengku julia mengeluh.

"Ibu nak pergi hospital. Ibu dapat call dari Puan Raisa yang Iman masuk hospital---"

"HAH ?! IMAN MASUK HOSPITAL?!" Luth mikhael terbangun dari duduknya. Dia meluru ke arah ibunya yang sedang berdiri di hadapan pintu rumah.

Iman masuk hospital? Kenapa dengan cinta hati dia?

"Bila dia masuk ibu? Kenapa dia masuk hospital?" soal Luth mikhael tidak sabar. Kerisauan mula melanda diri dia.

Tengku julia tersenyum kelat.

"Dia kena buat pembedahan dengan cepat. Sel kanser dia dah mula merebak ke tempat lain. Iman dah sampai stage 3. Haritu pula rumah dia kena pecah masuk, Iman kena tikam 2 kali kat bahu." jelas Tengku julia. Luth mikhael mengetap bibir.

"Ibu---ni semua salah along. Kalaulah along tak dera dia dulu---"

"Dah dah. Jangan salahkan diri lagi. Along nak ikut ke tak?" pelawa Tengku julia. Luth mikael mengangguk laju. Kunci kereta yang tergantung di dinding bersebelahan pintu terus dicapai. Kereta Myvi berwarna hitam dinaiki. Kenderaan beroda empat itu bergerak keluar dari perkarangan rumah.

•••••••••••••

"Sejak bila keluarga Iman balik sini? Bukan katanya pergi Sepanyol ke?" soal Luth mikhael.

Tengku julia tersenyum." Dah lama juga. Ibu pun tahu masa Iman datang makan malam kat rumah kita. Lagipun--- katanya kerja dia dekat sana dah selesai. Jadi balik sini semula."

Luth mikhael mengangguk.

"Ibu,ibu rasa kalau along minta peluang kedua dekat diorang---diorang terima tak?"

soal Luth mikhael sambil mata setia memandang hadapan. Tengku julia menggelengkan kepalanya.

"Ibu pun tak tahu la along. Tapi disebabkan ibu dah tahu perangai kawan ibu tu---ibu rasa mak ayah Iman ok. Cumanya abang- abang dengan kakak ipar dia lah yang susah. Along kena hadap diorang jawabnya." kata Tengku julia.

Luth mikhael tersenyum nipis. "Tak sangka kak Hana tu dulu gangster kan."

Tengku julia tertawa.

"Kan, macam tak percaya. Ingat lagi masatu si Raisa cerita pada ibu. Zaquan tu memang dari dulu perangainya macamtu---agak sombong, kasar. Memang tak sesuai la dengan mana-mana perempuan. Tapi bila dia jumpa si Hana dekat tepi jalan, terus berubah. Dia nampak Hana masa tu tengah belasah tiga orang lelaki yang katanya cuba cabul seorang budak perempuan." Luth mikhael hanya mendengar saja cerita ibunya.

"Sejak tu si Zaquan stalker isteri dia. Zaquan pernah lah usya Hana, tapi tak dilayan. Hana tu dikategorikan sebagai perempuan yang mahal la juga. Berapa lama ea Zaquan tunggu dia--- tak silap 3 tahun dia tunggu Hana. Asyik ikut je Hana tu. Taktau lah kenapa dan sejak bila, si Zaquan jadi lelaki romantik. Tak kasar dengan Hana. Lembut je."

"Tapi takdir Allah kan--- mungkin Hana nampak effort Zaquan yang ikhlas nakkan dia, Hana pun terima. Terkejut juga lah keluarga bekas mentua along tu bila tiba-tiba Zaquan kata nak bawa Hana jumpa diorang.Lagi lagi si Iman--- sampai tercekik gula- gula mentos." Luth mikhael tertawa kecil.

Tak boleh bayangkan macam mana reaksi muka diorang. Lagi- lagi cinta hati dia tu. Mesti hodoh kan muka.

"Masa Zaquan bawa Hana jumpa diorang, Hana terkejut juga kenapa badan Iman penuh tatu. Masatu Iman dalam lingkungan umur 17, dia tengok lengan Iman penuh dengan tatu. Tapi dia tak judge--- dia tanya Iman sendiri. Lembut je dia tanya. Dan masani Zaquan kata Iman tu bukan jenis mudah rapat dengan orang, tapi dengan Hana cepat je dia rapat."

"Sebabtu kalau along tengok, Iman manja dengan Hana dan Aina. Dua-dua tu suka manjakan Iman. Tapi paling banyak mendengar masalah memang Hana. Dan sejak tu, Zaquan dan Hana bersama. Sampailah sekarang. Cumanya sekarang Hana dah berubah lah. Dah lembut. Tapi tenungan dia tu agak seram juga lah. Ibu pun kadang takut juga dengan renungan dia tu." ujar Tengku julia.

Luth mikhael mengangguk. Aura keluarga Zarief mempunyai aura yang tersendiri. Dan ahli keluarga Zarief pun bukan calang-calang orang.

Setahu dia--- Hana dan Aina tu bukanlah orang kaya. Boleh dikategori sebagai orang kampung biasa. Tapi aura yang dimiliki dua wanita itu pun bukan aura yang boleh didekati seperti wanita biasa.

"Along jangan cepat putus asa. InshaAllah along boleh bersama semula dengan Iman. Yang penting tunjukkan usaha along nakkan Iman." Tengku julia memberi semangat dan dorongan kepada anak sulungnya.

Luth mikhael tersenyum.

"Okay ibu. Now---kita dah sampai."

•••••••••••••••••••

"Nah--- masuk dalam kotak. Bagi serentak dengan hadiah pertama tu."

Pengawal itu hanya menganggukkan kepala sahaja. Kemudian bergerak pergi dari situ.

Omey, Rabi dan Qila duduk di kerusi yang ada di situ. Masing-masing termenung ke arah bumbung. Baju yang dipenuhi darah dihiraukan.

"Omey. Kau rasa--- kenapa Haikal target Rief je ea?" soal Qila. Omey mengerling ke arah Qila.

"First, sebab Haikal iri dengan Rief. Macam yang kita tahu---syarikat dia kurang sambutan dan kurang client. Dia agak tercabar dengan Rief. Second, dia suka Rief. Lepas aku selidik pasal dia lepas kes Haris tu, dia ni sebenarnya---" ayat Omey yang tergantung menyebabkan kedua-dua gadis cantik itu menoleh ke arah Omey.

"Eh jangan buat ayat tergantung boleh tak? Kau fikir ni lirik lagu Haqiem Rosli tergantung sepi ke? Aku boleh teka apa ayat seterusnya? Haa? Kau fikir macam tu? " bertalu-talu ayat Rabi tuturkan. Geram dengan gadis itu.

Omey ni suka betul cakap tergantung ayat. Patutlah bm tak dapat A+. Ayat tergantung. Ni mesti setiap kali nak buat ayat asyik tergantung je.

'Nampaknya aku kena ajar dia bahasa melayu ni. Biar bagus sikit buat ayat.' desis hati Rabi.

Omey menjeling. Keluhan dilepaskan.

"Dia tu anak kepada ketua kumpulan penjahat yang pernah culik kita dulu."

"HAH?!" jerit Qila dan Rabi serentak. Mata mereka membulat tak percaya.

"Omey--- kau biar betul? Takkan lah dia. Lain sangat muka tu." ujar Qila tak percaya. Tak mungkin Haikal anak 'dia'.

Omey mengangguk. "Aku tak tipu. Nama dia Haikal Nazmi bin Raif Azman. Dia anak kedua daripada dua orang adik beradik."

"Siapa anak sulung dia?" soal Qila.

Omey menggelengkan kepala.

"Tak tahu lagi. Aku tengah cari sekarang. Tapi aku dapat agak kakak dia pun ada dekat sini. Mesti punya."

Qila dan Rabi mengeluh.

"It's okay. Kita cari lagi. At the same time, fokus pada Rief juga."

Share this novel

mochimior
2024-12-31 16:51:37 

Boleh tak suruh Rabi tu kapakkan sekalikan ex husband zarief?sbb dia mcm layak je kan????


NovelPlus Premium

The best ads free experience