BANG
BANG
BANG
"Arghhh! Tolong! Jangan tembak aku. Tolong, aku merayu." rayu lelaki itu sambil mengesot badannya kebelakang. Kaki kanan dan kirinya sudah tidak boleh bergerak akibat ditembak gadis itu. Dia yang sedang duduk santai di ruang tamu terkejut bila pintu rumahnya dipecahkan. Lihat saja siapa yang pecahkan, mukanya terus pucat. Tak sempat nak larikan diri dia sudah dibelasah teruk oleh gadis gadis yang ada di hadapannya ini.
Tak boleh lari mana!
"Kau tau kan prinsip aku? pengkhianat tetap pengkhianat. Kau sendiri tau kan apa salah kau?" soal Zarief iman dingin. Pistol ditukarkan peluru sebelum dilaraskan. Muncung pistol dihalakan betul betul di depan dahi lelaki itu.
Lelaki itu diam. Ye⎯dia mencuri maklumat syarikat gadis itu untuk diberikan kepada tuannya. Namun, tidak sampai 5 hari⎯gadis ini sudah tau akhirnya.
"Tolong, aku merayu. Aku buat semua ni ada sebab. Aku nak lindungi adik aku. Aku nak tampung bayaran persekolahan dia. Dia je satu-satunya keluarga yang aku ada." rayu lelaki itu sambil menangis teresak-esak. Ye⎯dia buat semua ni demi adik perempuannya. 'Lelaki' itu mengugut akan membunuh adik perempuannya jika dia tidak memberi maklumat syarikat bosnya itu. Jadi⎯dengan terpaksa dia melakukannya.
Omey menjulingkan matanya ke atas. Alahai⎯bagi jela tau Zarief. Apa masalahnya? Cakap jela benda betul. Bodoh betul. Akal ada taknak guna. Pastu menyusahkan orang nak kena cari.
Kecik kecik taknak mampus, dah besar menyusahkan orang.
Shriitttt.
Qila menghembus hingusnya di baju Omey. Hatinya sedikit tersentuh apabila lelaki itu menceritakan perkara sebenar.Aduhai⎯berat betul kan ujian kau ni.
Omey membulatkan mata. What the⎯
Pap!
Pap!
"Auwww sakit Omey! Sakitttt! " raung Qila apabila Omey tidak habis habis memukul badan belakangnya. Air mata mula bergenang.
Sakit matt. Macam kena libas dengan tali pinggang tau tak.
"Bodoh la budak ni. Kau pergi hembus hingus kau kat baju aku kenapa bodoh?!" marah Omey pada Qila. Habis baju kesayangan dia. Erghhhhh⎯dasar budak!
Qila mencebikkan bibir. Hembus je, bukan bakar pun. Lagipun hingus dia wangi. Bukan masalah besar pun kan? Kan?
Zarief iman mendiamkan diri. Pandangannya masih dihalakan pada jejaka itu. Namun jauh di sudut hatinya, dia agak kasihan. Memang jejaka itu hanya mempunyai adik perempuan sahaja sebagai ahli keluarga. Mereka pula orang miskin. Jadi⎯kalau dia tembak, adik perempuannya mesti akan berasa sedih. Dia pernah hadap⎯walaupun bukannya membawa kepada kematian.
So⎯
"Ok. Jadi bagitahu aku. Siapa orang yang kau bagi maklumat syarikat tu?" soal Zarief iman tenang. Pistol mula diturunkan kebawah. Jejaka itu agak hairan namun didiamkan sahaja.
"Hai-haikal." jawab lelaki itu perlahan. Zarief iman menggumam. Haikal, jejaka yang menyukainya. Lelaki itu pernah meluahkan perasaan padanya⎯tapi ditolak olehnya. Yela, dah tak suka. Nak buat macam mana? Lagipun lelaki itu playboy.
She's really hate playboy.
"Haikal? Hm. Alright. Kau bebas." jawab Zarief iman selamba. Lelaki dan dua sahabatnya tercenggang.
Seriously? What the he⎯
"Rief? Kau biar betul? Kau lepaskan dia?" soal Omey tidak percaya. Suaranya juga agak meninggi. Qila disebelah menutup telinga.
Perempuan ni kalau aku tembak kang⎯naya je. Pergi jerit jerit buat apa? Bukannya jauh sangat pun jarak diorang dengan si Zarief iman. Setakat tiga langkah je dah sampai.
"Yes. Kau bebas. Aku cuma fikirkan soal adik kau. Mulai hari ini⎯aku nak kau jangan cuba mengkhianat lagi. Sejujurnya kau pekerja aku yang aku banggakan. Sebab kerja kau sangat bagus. Aku respect⎯but tak sangka kau pengkhianat. Lepasni, kalau berlaku lagi kejadian macam ni, maklumkan pada aku. Kau pekerja aku, jadi aku berhak tau apa yang jadi pada kau. Faham?" kata Zarief iman panjang lebar. Lelaki itu menganggukkan kepalanya sambil menahan sebak.
Bos dia, sangat baik. Bosnya sangat mengambil berat tentangnya, memandangkan dia dan adik perempuannya anak yatim piatu. Walaupun dia dah khianat bosnya⎯tapi dia dapat peluang kedua. Kalaulah bosnya menembaknya, tak tahu apa akan jadi pada adik perempuannya.
"Te-terima kasih bos. Saya mi-minta maaf. Saya betul betul minta maaf. Saya tak sengaja. Saya lupa segala kebaikan yang bos buat pada saya. Saya minta maaf." ujar lelaki itu teresak. Zarief iman mengeluh. Bibir bawahnya dijilat sekilas, sebelum mata hijau miliknya merenung wajah lelaki itu. Dia tersenyum nipis. Dia mencangkung di depan lelaki itu.
Alahai pekerjanya ini. Sekejap aku, kau. Sekejap saya, awak. Pening dia.
"Haris, kau abang yang bertanggungjawab sebenarnya. Kau sanggup buat macam ni demi adik kau. Tapi cuma cara kau je yang salah. Tak apa, aku maafkan kau. Cuma⎯kalau kau buat lagi, aku tak akan bagi muka pada kau. This is first and last you did it. Jangan buat lagi. Kau pekerja kesayangan aku. " ujar Zarief iman ikhlas. Lelaki itu mengangguk. Dia terharu.
"Saya janji puan. Saya minta maaf." ujar Haris perlahan. Zarief iman mengangguk sebelum bangun dari cangkungan.
Iris hijaunya merenung pintu rumah yang sudah pecah itu. Maklumlah⎯rumah ini hanya rumah kayu saja. Jadi tidak berapa kukuh.
"Omey⎯carikan rumah baru untuk Haris. Aku yakin, mesti Haikal akan cari dia untuk buat onar lagi kat syarikat aku. Sediakan rumah yang agak jauh dari sini. Area rumah kita pun boleh." ujar Zarief iman. Omey mengangguk faham. Sempat mata birunya melihat sekilas Haris yang sedang bersandar di dinding sambil melihat mereka.
Aduhai⎯lelaki tu kacak. Cuma tulah, buat masalah pula. Hm.
"Jom keluar. Before that, tolong call adik dia, cakap ada emergency case. Suruh orang aku ambil adik dia kat sekolah. Qila, kau tolonglah papah dia masuk dalam kereta. Bawa dia ke rumah kita dulu. Aku nak kau rawat dia." Qila mengangguk faham. Tanpa membuang masa dia bergerak ke arah sang jejaka itu.
"Haris, dont worry. You'll be fine. Lain kali jangan buat lagi tau." pesan Qila lembut. Haris mengangguk sambil tersenyum nipis.
Boleh dikatakan⎯antara keempat-empat gadis yang dia kenal, gadis di depannya ini yang agak lembut. Cuma, jangan dibuat main. Lembutnya ada masa⎯datang devil dia, kau sendiri tak percaya betul ke tak tu dia.
Qila mengusap rambut lelaki itu perlahan. Aduhai, lelaki ini dah macam adiknya. Comel betul.
"Come, aku tolong. Kau boleh bangun kejap kan? Jalan sikit sikit." Qila membantu jejaka itu bangun dari duduknya lalu berjalan ke arah kereta Lamborghini miliknya. Sempat dikerling sekilas jejaka di sebelahnya.
Berkerut kerut muka menahan sakit. Tulah⎯buat onar lagi. Dah kena tempias.
"Tulah, lain kali buat lagi. Kan dah kena. Nasib la kau dipanjangkan umur, kalau tak aku mampu buka surah yasin je tau. Lain kali ada otak fikir betul betul. Ini tak, serupa-" bebel Qila tak henti henti pada jejaka itu. Haris dan Omey yang mendengarnya memutarkan mata keatas.
Dah mula dah.
Zarief iman yang melihatnya tersenyum nipis. Alahai⎯Qila kalau dah bebel memang sampai dia dah anak cicit pun tak habis.
Seketika dia termenung. Keluhan dilepaskan sebelum senyuman tipis diukir.
"Luth, saya harap awak terima pemberian saya. Anggaplah itu sebagai tanda sayang saya pada awak masa kita kahwin dulu."
Share this novel