CHAPTER 38

Drama Series 15767

OMEY bergerak menuju ke sebuah cafe berdekatan dengan rumah mereka. Masuk sahaja ke dalam kafe itu, semua orang memberi perhatian kepadanya. Mungkin terpegun dengan kecantikan gadis itu. Ataupun menganalisis pemakaian gadis itu.

Mana taknya- dia hanya memakai baju tidur berwarna putih yang bercorak mickey mouse, dengan rambut disanggul tinggi, menyerlahkan leher putih jinjangnya yang dihiasi dengan rantai berloket ros.

"Maafkan saya. Saya nak ambil order boleh?" soal Omey di kaunter tersedia. Cashier lelaki yang ada di situ tersenyum melihatnya.

Cantiknya. Baru bangun tidur pun nampak lawa.

"Ye, boleh. Nak order apa ye?" soalnya lembut. Omey mengetuk dagunya, memikirkan apa yang nak diminumnya.

Hmm, pagi pagi ni sedap minum air panas. Cuaca sejuk je sekarang ni. Sedap nak membongkang atas katil.

Eh-

"Bagi saya satu nescafe panas ye. Dan saya nak sepotong kek red velvet and puding caramel. Tolong bungkus ye. Dalam pukul 8 saya datang ambil." Cashier itu mengangguk lalu mencatat pesanan itu. Senyuman diberi sebelum dia bergerak menuju ke dapur.

Omey melangkah keluar dari kafe tersebut. Tanpa disedari, Luth Uqael setia memerhatinya dari tadi.

"Seksi." ujarnya nakal. Langkah gadis itu diikut sambil mata tidak lepas menilik gadis itu atas bawah. Damn it! So pretty.

Omey kemudian masuk ke salah sebuah lorong yang gelap. Luth uqael yang pelik hanya mengikut saja. Namun sampai saja di sana, kelibat gadis itu langsung tiada.

Kepala yang tidak gatal digaru. Mana pula pergi budak ni.

Baru saja mahu toleh kebelakang, kelibat Omey muncul di hadapan retinanya.

"ARGHHHHHHHHHHHH!!!!!! HANTUUUU--"

PAK!

"Bodoh! Takyah jerit la sengal. Aku tak pekak. Aku bukan hantu. Setan betul." ujar Omey geram. Ada ke kata aku yang lawa macam Kendall ni hantu?

Luth uqael mendengus. Pipi yang baru saja ditampar diusapnya. Haih- apela nasib kene lempang dengan minah ni.

"Apahal kau ikut aku?"

"Bila masa aku ikut kau?"

Omey menjulingkan matanya. Tch. Acah pula mamat ni. Sebat dengan batang buluh kang.

"Kau fikir aku tak tahu ke? Fikir aku bodoh? Aku tanya lagi sekali, apahal kau ikut aku?" soalnya serius dan datar. Iris birunya merenung biasa wajah tampan Luth uqael.

Tampan ke? Macam muka abang Tesla tu je. Eh cakap pasal abang tesla ni, teringat pula kes dia kahwin dua. Lahanat betul. Kalau aku dapat dia, aku potong dia punya ehem ehem tu. Kahwin lagi satu sebab nak anak. Pale otak dia.

Eh, tibe je abang tesla muncul. Nyah kau mamat taguna.

Luth uqael mengusap tengkuknya.

"Aku nak cakap pasal haritu. About my brother and you friend, Iman--"

"Oh please la. Speak in Malay jela. Aku ni orang melayu juga. Bukannya aku tak faham bahasa melayu. Kau ni, elok elok lahir kat Malaysia, tiba tiba cakap mat saleh pula. Aku tahu la yang masa zaman sekolah dulu ada belajar english, tapi tak payah nak cakap sekarang. Tendang punggung kau kang, tercampak kau kat negara Afrika sana." potong Omey.

Acah pula mamat ni.

Luth uqael mendengus. "Ye ye. Pasal abang aku dengan kawan kau." ujarnya dengan nada pasrah.

"Haa kenapa?"

"Kau taknak diorang bersama semula?"

Omey diam. Bersama semula? Dengan mamat tu?

"Ikutkan hati aku ni, aku langsung tak nak diorang bersama. Abang kau tu layan Zarief macam haiwan tahu tak. Aku tak tahulah apa salah si Zarief sampai dia dilayan dengan teruk. Kalau rasa dah memang tak nak, boleh je pulangkan dengan cara baik. Bukan mendera dia macam binatang." ujar Omey datar. Luth uqael menggigit bibir bawahnya.

"Tapi--aku tak tahulah Zarief macam mana. Entah nak beri peluang kedua atau tak. Tapi aku sebagai kawan dia, aku dapat rasa yang dia pun tak nak hidup bersama lagi dengan abang kau. Jadi rasanya, kau boleh kot suruh abang kau tu move on. Daripada termenung dan berharap Zarief kembali pada dia. Serupa orang gila dia waktu dulu kan. Betul tak?"

Luth uqael membulatkan matanya. Macam mana gadis ni tahu?

"Macam mana kau tahu?"

Omey gelak sinis. Dia melangkah selangkah ke hadapan jejaka itu. Mata bertembung, namun mata Omey lebih tajam menikam mata hitam Luth uqael.

"Semua yang berkaitan dengan Zarief, memang aku dan kawan aku yang lain akan ambil berat. Dia umpama puteri kitorang. Dan berkaitan abang kau tu--semuanya dalam genggaman aku. Tak perlu nak tahu. Sebab kau tak penting dan bukan sesiapa untuk tahu." ujarnya sinis. Luth uqael mengerutkan dahinya.

"Berlagak betul kau kan perempuan. Abang aku buat salah dekat Iman, tapi kenapa kau yang lebih lebih?"

"Berapa kali aku nak ulang? Aku kata Zarief tu puteri kitorang. Kalau dia dalam keadaan sakit, kitorang semua rasa sakitnya juga. Dia gembira, kitorang pun gembira. Dia sedih, kitorang pun sedih. Semua yang berkaitan dengan dia, kitorang memang akan ambil tahu. Bukan macam abang kau. Layan dia macam binatang. Sakitkan hati dan perasaan dia. Aku rasa mak ayah kau dah berjaya didik dia dengan sempurna. Tapi sayangnya, perangai tetap sama macam syaitan. Dia dengan syaitan tak ada beza. Aku rasa abang kau tu ada masalah mental lah. Kau pergi jela hantar kat hospital mental, sebelum jadi lagi teruk. Tak pasal-pasal dia dera orang lain pula. Entah-entah perkahwinan kedua tu pun dia dera bini dia juga. Patutlah tak tahan lama. Kesiannya." Omey mengelap air mata palsunya. Berpura-pura seperti sedih dengan Luth mikael.

Ni dah boleh masuk Anugerah Bintang Popular dah ni. Bagus Omey. Teruskan lakonan mu.

"Kau jangan melampau Omey!" jerkah Luth uqael. Tidak terima abangnya dihina sedemikian.

Omey tergelak kuat. Dia melangkah beberapa tapak ke belakang.

"Marah? Kau fikir aku kisah ke?" ujarnya sambil ketawa. Namun dalam sesaat, riak wajah itu berubah bengis.

"Aku bagi amaran. Kalau abang kau cuba apa-apakan Zarief, kau berdoalah semoga dia selamat daripada aku. Sebab aku tak akan lepaskan dia dalam keadaan baik. Semat dalam kepala otak kau." ujarnya lalu terus berlalu pergi.

Luth uqael meramas rambutnya. Dia mengeluh perlahan.

"Omey, kenapa keras sangat hati kau ni? Yang kene tu Iman, bukan kau. Tak fahamlah aku dengan perempuan ni. Orang lain yang kene, orang lain yang emo lebih."

ah saya rasa makin mengarut da story ni HAHAHA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience