PANG !
Terteleng kepala Luth mikael ke kanan apabila mendapat tamparan daripada Tengku julia.Entah harini berapa kali dia kene tampar pun tak tahu la.
"Puas hati Luth sekarang ? Puas ke tak ?! Ibu kecewa dengan Luth ! Sanggup malukan Iman depan orang ramai , ceraikan dia tanpa belas kasihan ! Mana pergi sifat kasihan Luth ni ?! Luth hina dia depan orang ramai semata mata untuk perempuan ni ?! " tengking Tengku julia seraya menunjuk ke arah Nur aliya yang duduk tidak jauh dari mereka.
Luth uqael , Harraz zariel dan Keith aryan hanya mampu melihat. Kang tak pepasal diorang kene tampar sekali.
Mana nak letak muka handsome diorang nanti ?
"Ibu , Aliya tu isteri Luth ! memang patut Luth pertahankan dia. Iman tu memang jijik pun ! Badan penuh tatu . Luth memang taknak kahwin dengan dia pun ! Tapi ibu dengan ayah yang paksa Luth. Luth sendiri pernah kata Luth tak akan layan dia sebagai isteri ! " kata Luth mikael dengan nada suara yang tertahan. Walaupun dilanda amarah , wanita di hadapannya ini ialah ibunya.
Tengku julia tersenyum sinis . " Dengar sini , Luth. Ibu dan ayah kahwinkan kamu dengan Iman ada sebab , dan sebabnya ialah nak jauhkan kamu dari perempuan tak sedar diri ni ! Kami ingatkan bila kamu kahwin dengan Iman , kamu berubah. Rupanya tak. Kamu seksa Iman tak ubah macam hamba ! Ibu kecewa dengan kamu , Luth. Dan kamu menuduh Iman tanpa sebarang bukti. Tatu dekat badan dia tu pun ada cerita di sebaliknya. Kamu ada tanya ? Tak ada kan ? "
"Kamu ego , Luth. Ibu tau kamu pernah cintakan dia . Tapi disebabkan ego kamu yang meninggi macam langit , kamu ketepikan perasaan kamu. Ibu kecewa dengan kamu . "
"Luth ada bukti Iman tu perempuan murah ! Tak percaya ? Nak Luth tunjukkan ? "
Luth mengambil telefonnya lalu membuka galerinya dan memperlihatkan sebuah gambar Zarief iman yang sedang masuk ke dalam club .
Tengku julia merampas telefon itu lalu melihat dengan tajam. Dia kemudian tertawa sinis.
"Tak sangka kamu ni bodoh , Luth. Ini bukan Iman ! Ibu tau sebab orang dalam gambar ni badan dia agak sedikit gemuk dan orangnya pendek ! Iman tu badan dia langsing , agak tinggi sikit ! Badan isteri kamu sendiri pun tak reti nak beza ke ? Siapa bagi kamu gambar ni ?! Cakap ! " marah Tengku julia.
"Saya , ibu . Tapi , Aliya dapat gambar tu betul -"
"Eh , kau jangan berani panggil aku ibu. Aku bukan ibu kau . Dengar sini , loya. Kau edit gambar ni kan ? Kau sengaja nak jatuhkan maruah menantu aku supaya kau dapat Luth , bukan ? Hei , dengar sini ! Sejauh mana penipuan kau , ianya tak akan kekal lama. Dan aku berdoa pada Allah supaya segalanya terbongkar. Masa tu , aku sendiri akan seret kau keluar dari rumah. Bukan Luth , bukan sesiapa. Tapi aku ! Kau faham ?! " Tengku julia terus sahaja memberi semula telefon pada Luth lalu naik ke tingkat atas . Dengan perasaan yang sangat marah , dia menghempas pintu. Tengku Luth michael hanya mampu melihat.
"Luth dah besar . Dah pandai fikir. Ayah tak tahu nak buat apa lagi. Lepasni , pandai pandai Luth la buat keputusan. " Tengku Luth michael terus mengikut langkah isterinya naik ke atas bilik.
Nur aliya memutarkan matanya ke atas. Tch , orang tua tak sedar diri ! Dah nak mampus pun . Fikir aku nak sangat ke dekat anak dia ni. Tak hamak langsung !
Kini , tinggal lah Luth mikael , Nur aliya , Luth uqael , Harraz zariel dan Keith aryan di ruang tamu. Masing -masing menyepi.
Harraz zariel berdehem menghilangkan rasa sunyi. " Luth , kitorang marah juga dengan kau. Tapi benda dah berlaku. Tak boleh diundur semula. Sekarang , pandai pandai lah kau fikir masa depan kau. Aku sebagai kawan akan tolong kau mana yang aku mampu. "
Kemudian mata Harraz zariel memandang ke arah Nur aliya. Direnungnya gadis itu sehingga tak senang duduk Nur aliya dibuatnya.
"Tapi , aku akan cari pasal isteri kau ni. Dia ni ada muslihat sendiri. Percaya atau tak , aku sendiri akan buktikan Iman tak bersalah. Kau perempuan , jangan rasa gembira sangat lah. Now , happy lah dulu. Sebab lepasni , kau akan sengsara.
Itu janji aku ." Harraz zariel bangkit dari duduknya lalu keluar dari ruang tamu diikuti Keith aryan. Keith aryan tak mampu nak cakap apa-apa. Dia tengah marah ni.Dah lah menyampah tengok muka tak seberapa cantik Aloya tu. Loya tekak dia.
Baik dia cau - silap silap kalau dia tengok lagi , tak memasal harini ada kenduri lagi satu.
Kenduri tahlil arwah Aliya.
Luth mikael termenung. Luth uqael yang melihat abangnya termenung mula bersuara. " Kau tak payah nak termenung sangatlah. Kau yang nak ceraikan dia sangat kan ? Dan ianya dah berlaku. Kau bahagia jela dengan si aliya ni. Tapi kau kene ingat . Sampai mati pun aku tak akan anggap aliya ni kakak ipar aku. "
Luth uqael meninggalkan pasangan pengantin itu. Luth mikael termenung . Dia masih terfikir akan apa yang dikatakan ibunya.
Ibu dia ada rahsiakan sesuatu ke pada dia ?Kalau ada kenapa tak bagitahu.
Nak bagitahu macam mana - kau yang taknak dengar. Bodoh gak Luth mikael ni. Ada yang kene pelengkung dengan aku ni kang.
Nur aliya mengambil kesempatan memujuk suaminya. Dia mengusap lengan suaminya dengan lembut. Muka dibuat sayu sehabis baik.
"Biy , macam mana ni ? Diorang tak suka i." rengek Nur aliya manja sambil memeluk kemas lengan sasa suaminya.
Amende ni - i u i u. Elok elok lahir kat Malaysia , dah besar cakap bi pulak. Ini yang kau dapat ea ? Dasar lupa bahasa ibunda . eh -
Luth mikael tersedar dari termenungnya. Dia menoleh memandang Nur aliya lalu mengukir senyuman nipis. Dia mengusap lembut kekura tangan isterinya yang berada di lengannya.
"Its okay. Nanti lama-lama diorang terimalah awak. " pujuk Luth mikael lembut. Nur aliya mengangguk perlahan.
Dia tersenyum sinis.
"Sikit je lagi. Tak lama lagi - semua ni akan habis, Aliya."
Share this novel