TERIKAT NAFSU, TERTAWAN CINTA

ATIQAH~15

Romance Series 8723
0
(0 ratings)

Synopsis

Arin, si gadis kota yang manja, angkuh dan terbiasa dimanjakan dengan kemewahan, dihantar ke sebuah kampung terpencil oleh ayahnya sebagai hukuman atas kedegilannya. Terpaksa tinggal bersama keluarga sahabat lama ayahnya. Di sana, Arin berdepan kejutan budaya yang mengejutkan, termasuk bertemu Ariyan, doktor kampung yang dingin, tegas, dan juga ketua kampung termuda yang baru menggantikan ayahnya. Bagi Ariyan, Arin adalah simbol segalanya yang dia benci, kemewahan palsu, sikap tidak peduli, dan mulut celupar. Namun, di sebalik pertelingkahan demi pertelingkahan, Ariyan mula tertarik. Obsesi itu tumbuh perlahan, tanpa disedarinya bukan sekadar mahu menundukkan Arin, tapi juga memilikinya, sepenuhnya. Namun, Arin bukan sekadar gadis manja yang dihukum. Dia menyembunyikan sebuah rahsia besar yang jika terbongkar, bukan sahaja akan memusnahkan hidupnya, bahkan menggugat kepercayaan Ariyan padanya. Mampukah Ariyan mengawal obsesinya sebelum ia berubah menjadi racun?. Dan bila rahsia Arin mula terbongkar satu demi satu, adakah cinta masih punya ruang untuk bertapak di antara dua jiwa yang terperangkap dalam kebenaran dan kebencian?.


Share this novel

Rate this story


Comments

Ms Queen
2025-10-10 

I think Arin ada simpan rahsia sebab tu dia memilih untuk jadi liar macam tu. Harap, Arin berubahlah dan berani cakap, dan harap juga Ariyan setia membantu Arin walaupun tahu kebenarannya. Bestnya nak lagi

Ms Queen
2025-10-10 

Aw ariyan garang tapi ambil berat, sweet sangat

Nora S
2025-10-09  1 Replies

Donated 200 ncoins.

ATIQAH~15

2468 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience