CHAPTER 21

Drama Series 15767

Luth mikael memerhati Zarief iman yang ayu mengenakan baju kurung hitam. Penceraian mereka sudah selesai di mahkamah.

Yang peliknya , tiada reaksi sedih langsung yang terpapar pada wajah jandanya.Mahkamah juga sudah memberikan bukti bahawa Zarief iman masih berdara !

Tapi , tak mungkin ! Zarief iman seorang yang rajin pergi club. Gadis secantik Zarief iman tentu akan jadi perhatian para kaum Adam di sana .

"Luth"

Luth mikael tersentak apabila Zarief iman sudah berada di depan matanya. Jandanya itu menayangkan riak wajah datar .

"Urusan kita dah selesai. Mulai sekarang , kita akan buat haluan masing-masing . Apa-apa pun , semoga bahagia hingga ke jannah . Saya doakan yang terbaik buat awak sekeluarga. " ikhlas Zarief iman menuturkan ayat yang keluar dari bibir comelnya.

"Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

Zarief iman berjalan menuju ke arah keluarga dan rakan - rakannya berada. Matanya terhenti pada wajah Zaquan Ilham dan Zarith Irfan. Wajah kedua dua abangnya itu sangat tegang dan serius.

Masih marah lagaknya.

Aina Arissa dan Hana Alisya mengusap lembut dada suami mereka. Mereka juga marah kerana sanggup adik ipar mereka sakitkan Zarief iman.

Tapi - mereka tahu. Itu bukan urusan mereka.Masing-masing dah besar. Cuma - kalau melampau sangat , mereka sendiri akan turun tangan.

"Abang , dah lah. Rief okey la. Jangan la risau." pujuk Zarief iman lembut.

"Mana tak risau ? Dia tuduh adik macam macam tau tak ?! kata adik pelacur la , perempuan tak guna la. Ingat diri tu suci sangat ke ? tak sedar fitnah tu dosa dia lebih besar dari membunuh. " sinis Zarith Irfan berkata. Suaranya sengaja dikuatkan sehingga sampai ke pendengaran Luth.

Biar dia rasa ! Nak belasah lagi - cukuplah semalam dia dengan Zaquan dah belasah bekas adik ipar dia tu. Maaflah ye - diorang minta izin Tengku Luth michael dengan Tengku julia dulu untuk 'ajar' Luth mikael. Parents dia bagi - diorang on jela.

Zarief iman mengeluh perlahan. Apa masalah lah abang dia sorang ni ?

Nasib abang - kalau tak dah lama tembak.

"Dah , jom-jom. Kita dah nak gerak dah ni. " tutur Puan Raisa lembut. Namun , belum sempat mereka ingin pergi , kedengaran suara Tengku julia memanggil mereka.Tengku julia dan Tengku Luth michael berjalan ke arah mereka.

"Raisa , saya minta maaf bagi pihak anak saya . Saya betul-betul minta maaf . Ampunkan saya dan anak saya. " Tengku julia menangis teresak-esak sambil membongkokkan badannya memohon maaf. Puan Raisa menggeleng seraya menepuk lembut bahu Tengku julia menyuruhnya bangun.

Tak elok macam ni . Dia ni manusia biasa - tak perlu tunduk bagai ni.

"Julia , saya maafkan . Walaupun saya dan suami saya marah sebab Luth tuduh anak kami bukan- bukan , tapi kami maafkan dia. Mungkin jodoh mereka tak panjang. Kami doakan kebahagiaan buat keluarga awak . Jangan marah sangat dengan Luth , apa pun salah dia - dia tetap anak awak berdua. " tutur Puan Raisa lembut.

Tengku julia teresak perlahan."Kenapa awak baik sangat , Raisa ? Anak saya buat salah besar , bukan kecil."

"Bukan kah memaafkan itu lebih baik daripada simpan dendam dan marah di hati ? lagipun - Allah sayang akan hambanya yang pemaaf . Kami ni manusia juga - semua orang tak pernah lari dari buat silap. Siapa kami untuk tak maafkan dia - sedangkan Allah boleh mengampunkan hambanya walau sebesar mana dosa yang dilakukan hambanya. "

Terdiam Tengku julia dan Tengku Luth michael apabila Tuan Ishak berkata begitu. Tuhan , mulia sungguh hati keluarga ini. Kenapa anaknya mensia siakan anak kepada pasangan ini ?

"Saya betul betul minta maaf . Maafkan anak saya sekali lagi." Tengku julia memeluk erat bekas besannya.Puan Raisa membalas pelukan Tengku julia lalu mengusap lembut belakang badan bekas besannya.

Tengku julia meleraikan pelukan. Dia mengucapkan selamat tinggal pada mereka sebelum Zarief iman dan keluarganya meninggalkan mahkamah itu.

Keluarga Luth mikael hanya melihat mereka dari belakang. Dahi mereka berkerut apabila terdapat banyak kereta Alphard di halaman mahkamah itu. Setahu mereka , hanya ada dua buah kereta Alphard sahaja.

Malah , ramai juga bodyguard yang berdiri tegak menjaga ahli keluarga Zarief iman. Tidak lupa juga dengan ahli keluarga rakan rakan Zarief iman.

Siapa sebenarnya diorang ni ?

Semua kereta hitam itu bergerak keluar dari perkarangan mahkamah. Keluarga Luth mikael masih dilanda hairan . Setahu mereka , keluarga Zarief iman ni biasa - biasa je orangnya. Rumah mereka pun biasa saja - tak macam rumah mereka.

Bukan berlagak , cuma pelik.

"Siapa diorang sebenarnya ? "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience