Luth Mikael berbaring di atas katilnya sambil termenung. Teringat semula bagaimana dia berkahwin dengan Zarief Iman.
Flashback
"Luth , sini duduk dengan kami . Ada benda ayah nak cakap. " kata Tengku Luth Michael yang sedang duduk di ruang tamu bersama si isteri dan ibu bapa kepada Zarief Iman.
Luth Mikael tanpa banyak soal terus duduk di sofa bersebelahan Zarief Iman . Dia menjarakkan sedikit dirinya daripada Zarief Iman . Kelihatan muka masing masing menunjukkan riak wajah serius.
"Ada apa ayah suruh Luth duduk sini ? Ada hal penting ke ? " kata Luth dengan pelik. Dia menoleh memandang Zarief Iman yang kelihatan tenang. Kemudian memandang semula wajah ayahnya yang kelihatan serius.
"Ayah nak kamu kahwin dengan Zarief. " satu baris ayat yang menyentakkan hati Luth Mikael. Dia merenung wajah ayahnya tidak percaya , lalu memandang ibunya yang berada di sebelahnya , meminta kepastian. Namun , ibunya mengangguk. Maknanya , ianya benar.
"But why ? Luth tak suka dia ! Luth dah ada kekasih Luth sendiri ! Ye Luth mengaku dulu Luth suka dia , but now i dont have any feeling at her. She's not my love anymore. I have my girlfriend ! " kata Luth Mikael dengan tidak puas hati. Dia merenung tajam wajah ayahnya , namun ayahnya hanya tenang membalas renungannya. Shit ! Dia taknak kahwin dengan perempuan ni !
"Ini untuk kebaikan Luth. Ayah nak dia tolong ubah kamu jadi lebih baik . Kamu dah tak boleh dikawal lagi . Asyik pergi kelab saja dengan girlfriend kamu . Ingat Luth , ikut apa yang ayah cakap. Ayah yakin satu hari nanti kamu akan cintakan semula Iman. " kata Tengku Luth Michael dengan tegas dan dingin. Luth merengus kasar sebelum bangun dari duduknya.Dia merenung tajam wajah ayahnya.
"LUTH TAK AKAN KAHWIN DENGAN DIA !! LUTH JIJIK DENGAN DIAA !! SUDAHLAH BERTATU MALAH SELALU PERGI CLUB !! EH PEREMPUAN ! KAU INGAT AKU TAKTAU KAU SELALU PERGI CLUB ?! AKU NAMPAK LA !! AKU TAK BUTA !! KAU TU MENJIJIKKAN TAU TAK ?! BERTATU !! TAH TAH KAFIR - "
"ENOUGHHH TENGKU LUTH MIKAEL !!! JANGAN MELAMPAUI BATASSS !!! KAMU AKAN TETAP BERKAHWIN DENGAN NURUL ZARIEF IMAN !! KEPUTUSAN AYAH MUKTAMADDD !!! KALAU BERANI KAMU BANTAH , SEGALA HARTA BENDA KAMU AYAH AKAN RAMPAS !!! FAHAMMM ?!! " tengking Tengku Luth Michael dengan kuat sehingga ruang tamu itu menjadi senyap. Dia merenung wajah anaknya dengan penuh amarah. Tidak sangka yang anaknya akan berkata sebegitu. Malah menghina gadis itu di hadapan ibu bapanya. Sangat memalukan !
Luth Mikael merengus kasar. Dia memandang wajah ibu dan ayahnya lalu memandang wajah gadis di sebelahnya , riak wajah gadis itu sungguh tenang . Langsung tiada apa perasaan .
Entah entah gadis ini menyihir ibu bapanya .
"Fine , Luth akan kahwin dengan dia. Tapi Luth tak janji dia akan bahagia dengan Luth. Sampai mati Luth akan benci dia . " sejurus berkata begitu dia terus berlalu keluar dari ruang tamu. Dia menuju ke motosikalnya lalu menghidupkan enjin dan terus keluar dari kawasan perumahannya. Stress ! Baik dia lepak dengan member dia di club.
End flashback
Beberapa minggu kemudian , perkahwinan mereka berlangsung. Dia terpaksa ok , dia taknak harta dia dirampas. Dia taknak miskin . Boleh imagine ke lelaki kacak tetapi miskin ? Oh please , dia taknak.
Namun dia tak boleh menipu bahawa semasa mereka berkahwin , Zarief Iman sangat cantik. Makeup tidak tebal kerana dia natural beauty. Dia pun terkaku melihat kecantikan isterinya , namun kerana ego dia menidakkan perasaan tersebut.
Dan dia perasan , sepanjang perkahwinan mereka , sepanjang mereka menjadi pasangan suami dan isteri , isterinya langsung tidak melawannya , malah hanya menurut arahannya. Sedangkan gadis itu berhak memarahinya . Yelah , hari hari kene marah , kene pukul , sebab benci akan gadis itu , walhal isterinya tidak berbuat salah pun.
Luth Mikael mengaku , dia masih lagi mencintai isterinya , namun apabila mengetahui isterinya selalu masuk ke dalam club , dia terus berhenti mencintai isterinya. Dan perkara yang paling tak boleh dia terima , badan isterinya bertatu. Sangat menjijikkan , dan menakutkan.
Tapi dia akui , tatu itu membuatkan isterinya semakin seksi . Macam mana dia tahu ? Dia suami kan , mestilah kadang kadang isterinya menukar pakaian di hadapannya. Jadi masa itu dia tengok. Kadang kadang tergoda juga , namun dikawal. Riak wajah isterinya juga bersahaja. Langsung tiada senyum , namun bila bercakap dengannya sangatlah lembut.
Isterinya tiada perasaan ke ?Selalu kot kene pukul , masih lagi berlembut dengannya.
Luth Mikael menghembus nafas perlahan. Dia mencintai isterinya , namun dalam masa yang sama dia membenci isterinya hanya disebabkan perkara yang diceritakan oleh kekasihnya tentang perangai sebenar isterinya.
Dia kemudian bangun dari perbaringannya lalu berjalan menuju ke balkoni . Badannya yang tegap terdedah tanpa sebarang pakaian ditampar angin. Dia kemudian memejamkan mata menghayati angin . Seketika terdengar bunyi pintu biliknya dibuka , dia menoleh memandang belakang.
Kelihatan isterinya baru sahaja masuk ke dalam biliknya. Mungkin tidak perasaan akan dirinya yang berada di luar balkoni. Dia memerhati sahaja perbuatan isterinya. Isterinya selamba sahaja menukar baju sehingga menampakkan tatu yang berada di badan dan tangan sang isteri. Bukan lagi menakutkan , namun semakin seksi. Isterinya kemudian mengambil tuala yang disangkut lalu masuk ke dalam bilik mandi. Dengar sahaja bunyi pintu ditutup , Luth Mikael memandang semula keluar. Dia menghela nafas perlahan.
" Aku cintakan kau , Iman. Tapi aku juga benci kau. Kau tak layak untuk aku . Menjijikkan. "
Share this novel