"I-iman?"
Zarief iman melorekkan senyuman tipis. Alahai⎯macam mana lah boleh terserempak ni. Kalau dia tau benda ni akan berlaku⎯dia lebih rela datang malam buta.
Haih.
"Ok, Keith. I think you should eat. Diorang dah bawa makanan untuk kau tu. Anyway, thanks sebab jagakan kawan aku. I'm appreciate it. Thanks a lot." ujar Zarief iman senada. Keith aryan tersenyum nipis. Bukan satu masalah besar bagi dia.
"The pleasure is mine. Aku makan dulu. Nanti aku datang balik. Aku makan dekat tempat rehat ye."
Ketiga orang gadis itu menghantar pandangan pada Keith aryan sebelum menoleh ke arah tiga jejaka yang masih terkaku itu. Aik? Nak jadi patung ke kat situ. Diorang nampak macam hantu kak limah ke sampai mamat-mamat ni terkedu?
Luth uqael berdehem. Menghilangkan rasa canggung dan sunyi sekarang ni. Haih⎯terpaksa la dia mula dulu.
"Korang dah lama sampai?" soal Luth uqael. Mata memandang ke arah ketiga-tiga gadis di hadapannya ini sebelum tertumpu kepada seorang gadis yang memakai hoodie biru dan hitam. She's cute.
"Yep. Dan apa korang buat kat sini?" soal Omey senada. Mata tajam memerhatikan jejaka-jejaka di hadapan mereka ini. Dia memang langsung tak percayakan semua. Kalau dah berkawan dengan seketul Luth mikael⎯mesti perangai pun macam sial. Harap muka kacak⎯tapi otak cetek.
Fck!
Luth uqael mengusap belakang tengkuknya sekilas. Mata memandang wajah abang dan rakannya. Dalam hati menyumpah serana dua lelaki itu. Bodohlah! Tak akan dia seorang je yang kena bercakap. Dia bawa dua orang yang bisu ke? Memang macam hanat perangai dua ekor ni!
Harraz zariel yang mendapat jelingan daripada Luth uqael mula berdehem. kesian member dia sorang ni.
"Kitorang datang nak teman Keith. Tu je. Korang jangan salah faham." mereka mengangguk faham. Lagipun⎯mamat-mamat ni bukannya musuh mereka. So⎯faham jela.
"Emm, Omey. Qila. Aku nak pergi tandas kejap. Nanti aku singgah kantin beli makanan, ok?" ujar Zarief iman. Apabila mendapat anggukan daripada dua orang rakannya, Zarief iman terus keluar, sempat matanya melihat sekilas wajah milik Luth mikael yang setia memandang dirinya. Ini dah kenapa tengok dia macam nak makan?
Zarief iman berjalan santai sambil tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar. Mulutnya bernyanyi kecil sambil mata memerhati persekitaran hospital itu. Tanpa disedari, Luth mikael setia mengekorinya dari belakang. Luth mikael berhenti di satu sudut ketika Zarief iman masuk ke dalam tandas perempuan. Setelah Luth mikael memastikan tiada wanita yang masuk kedalam tandas, Luth mikael berjalan ke arah tandas.
Zarief iman yang sedang leka membasuh tangan dipandang oleh Luth mikael dengan perasaan rindu yang membuak-buak. Ingin saja dia memeluk gadis di hadapannya ini sekarang⎯mengungkapkan kata maaf dan cinta. Namun semuanya disimpan di dalam hati.
Zarief iman memandang cermin lalu terkejut apabila mendapati Luth mikael berada di dalam tandas perempuan. Laju kepalanya menoleh ke arah belakang hingga iris kehijauan miliknya bertemu dengan iris hitam milik Luth mikael.
"Luth? Awak buat apa dekat sini? Sini tandas perempuan⎯bukan lelaki. Awak reti baca tak signboard yang da tertulis?" soal Zarief iman senada. Nafas dihela perlahan, dah kenapa la mamat ni. Tak akan taktahu tandas lelaki dengan perempuan mana satu.
Luth mikael galak merenung wajah Zarief iman. Perasaan rindu yang semakin membuak-buak tidak dapat dibendung. Lalu dengan sepantas kilat tubuh langsing milik Zarief iman dibawa kedalam pelukannya⎯hingga dia dapat merasai setiap lekuk badan milik gadis itu. Matanya dipejam erat apabila merasai kehangatan dari tubuh badan gadis itu. Zarief iman tersentak.
W-w-what the heck⎯ Woi!! Haram!! Dah taktahu ke apa mamat ni.
"Luth! Lepaskan saya! Kita bukan mahram lagi. Ingat⎯saya bukan isteri awak lagi." ujar Zarief iman sambil tangan berusaha melepaskan tangan sasa lelaki itu yang berada di pinggangnya. Ikutkan hati jahat dia⎯patah tangan ni dia kerjakan. Baik dia guna cara baik dulu.
"I miss you, Iman."
•
Senyap
•
Zarief iman terkebil-kebil. Haa? Rindu? Dia? Buat apa rindu dia, sedangkan lelaki di hadapan ini yang membuangnya, yang menceraikannya, yang tidak pernah hargai cintanya. Tiba-tiba kata rindu?
The heck!
Zarief iman menolak kuat tubuh badan tegap itu. Iris hijaunya memandang seraut wajah Luth mikael yang nampak agak sedikit serabai. Jambang yang agak sedikit tebal.
Oh my Allah! Ini Tengku Luth Mikael ke?
"Sedar, Luth. Awak dan saya tak ada apa-apa kaitan lagi. We are not husband and wife anymore. Jadi⎯tolong jangan sentuh saya. Jaga kelakuan awak, Luth." ujar Zarief iman tegas. Luth mikael hanya membuat muka tidak bersalah. Memang dia tau, mereka bukan lagi suami isteri. Dan ianya haram jika mereka bersentuhan seperti tadi. Tapi⎯dia tak kisah. Dia dah tak mampu nak tahan lagi perasaan rindu dia pada Zarief iman.
"Iman, aku rindukan kau. Kau pergi mana? Kau tak kesian ke dekat aku yang cari kau selama beberapa bulan ni? Kau pergi mana?! Kau lari dari aku ke?! Haa?!" suara Luth mikael semakin kuat di akhir ayat. Zarief iman menjongketkan keningnya. Cari dia? lepastu kata dia lari dari Luth? Apa benda mamat ni merepek!
"Luth, bila masa saya lari dari awak? Saya cuma selesaikan kerja saya. Lagi satu, yang awak cari saya⎯dah kenapa? Kan saya pernah kata yang saya tak akan lagi muncul depan awak dan keluarga awak. Takkan dah lupa?" ujar Zarief iman tenang. Sebelah tangan kanannya dicekak kepinggang manakala tangan kirinya memicit pelipisnya. Haih⎯penatlah dia macam ni. Dulu kemain lagi kata yang takkan rindu dia lah, tak hamak la, apa la. Macam-macam lagi hinaan yang dia dapat dari seketul Luth mikael ni. Now⎯kata dia lari? Nonsense!
Luth mikael semakin mendekatkan jaraknya dengan Zarief iman. Kenapa selama ni dia tak perasan⎯yang Zarief iman lagi cantik daripada nur Aliya? Lagi-lagi iris kehijauan milik gadis di hadapannya ini. Dia yang tengok pun dah boleh tergoda⎯apatah lagi lelaki lain.
Macam mana kalau ada lelaki lain nakkan gadis ni? No! Dia tak akan benarkan! Gadis ini hak milik dia. Selamanya hak milik dia!
"Iman, aku menyesal ceraikan kau. Aku menyesal hina kau. Aku baru sedar aku cintakan kau selama ni. Tolong balik semula pada aku." rayu Luth mikael. Kalau suruh dia melutut pun dia sanggup. Asalkan Zarief iman jadi milik dia. Zarief iman tercenggang. Huh? Cintakan dia? Jadi milik lelaki di hadapannya ini? Wah wah! Memang taklah!
Zarief iman menggeleng."Sorry, Luth. Saya taknak.You deserve someone better than me. Remember,saya tak layak untuk awak ,bukan? Saya ni kan⎯kotor? Bertatu pula tu. Awak sendiri pun geli dengan tatu yang ada dekat badan saya." Zarief iman tersenyum nipis. Bila diingatkan balik, hatinya memang sakit. Tapi disebabkan cinta, dia abaikan semua tu.
Luth mikael terdiam. Ye, salah dia. Salah dia menghina gadis ini. Salah dia pernah berkata yang gadis ini tidak layak untuk dia. Tapi itu semua dulu kan?
"Sayang, kau dengar sini. Yes dulu aku cakap macam tu, sebab aku taknak jatuh cinta pada kau. Aku rasa kau tak layak untuk aku. But , sekarang tak lagi. Aku mula cintakan kau, sayangkan kau. Aku nakkan kau semula. Please, balik pada aku? Aku janji aku akan layan kau dengan baik. " ujar Luth mikael sayu. Badannya semakin didekatkan pada Zarief iman. Zarief iman menggeleng. Tangannya menahan dada Luth mikael yang dekat dengan dia. Apahal ni dekat dekat ni?
"No Luth. Maaf, saya tetap dengan keputusan saya. Muktamad." Luth mikael mula mendengus kasar. Dia mencengkam kasar rahang Zarief iman seraya mendongakkan wajah itu menghadapnya.
"Kau tetap akan jadi milik aku. Kau tunggu jela nanti, sayang. Aku akan dapatkan kau tak kira apa pun. Kau milik aku, selamanya milik aku." hidung mancung milik Zarief iman dicium sekilas sebelum dilepaskan. Dia berlalu pergi meninggalkan gadis itu yang terpinga-pinga. Zarief iman menyentuh hidungnya yang baru sahaja dicium.
Wh-what the⎯
"milik dia? pastu cium aku? memang minta mampus mamat ni!"
Share this novel
klu hg nk blk dkt si luth tu hg ajar dia cukup2 dulu