CHAPTER 43

Drama Series 15767

"Arghh!! Kenapa makin banyak kerja ni?! Eeeeeee gerammmmmmm!!!"

Omey mengusutkan rambutnya. Adu stres la dia macam ni. Apahal semua kerja ni macam aku tak pernah belajar. Erhhhhh.

Mukanya diraup kasar. Tangan menekup muka dengan siku ditahan di atas meja. Dia kemudian memandang sebelah kanannya, terlihat banyak fail yang menimbun. Omey merengus perlahan.

Aku rasa nak bakar semua fail ni.

Nafas ditarik lalu dihembus. Perbuatan itu diulang banyak kali sehingga berasa tenang. Istighfar juga dia banyak kali dalam hati. Omey kemudian menutup mata sekejap. Merehatkan matanya yang mula sakit dan pedih kerana tidak tidur semalaman. Kepala mula berdenyut. Minyak angin yang berada di dalam laci meja diambil lalu disapukan di sisi kepala.

"Biasanya macam ni aku kena minum air bersusu. Haih--aku rasa aku kena mc 2 hari ni. Penat tak terhingga~"

Omey mengikat rambutnya denga gaya rambut diikat bentuk bulat. Messy bun. Dia bangun dari kerusinya lalu keluar dari bilik. Sempat bilik Zarief iman disebelah dilihat sekilas. Hm dah pergi kerja la ni agaknya. Memandangkan sunyi semacam rumah tu, Omey dapat agak kawannya sudah keluar. Qila pula melawat Rabi di hospital. Kawannya itu pun hari ini sudah boleh keluar.

"Pabila mengungkap kata cinta. Manis bicara oh semanis bunga."

Mulut mula bernyanyi kecil sambil mengacau air susu di dalam gelas. Sambil-sambil itu, Omey juga mengambil sebungkus ramen di dalam laci. Perut sudah mula berdendang sayang.

Sabarlah wahai perut. Tuanmu ini akan segera melayanimu.

Sesudah memasak ramen, dia membawa makanan dan minuman yang dibancuh tadi ke ruang tamu. Mahu merehatkan fikiran daripada kusut memikirkan tentang kerja.

Bayangkan, 2 hari dia tak tidur lena. Tidur pun dua hingga tiga jam sebab kerja banyak sangat. Insomnia aku tak lama lagi nanti.

Sambil makan, sambil itu matanya melihat cerita yang ditonton. Kadang keningnya berkerut, kadang ketawa melihat adegan kelakar.

Tanpa disedari Omey, segala kelakuan dilihat seseorang melalui tingkap.

Bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Hm, bahagia tanpa aku ye kau. Aku ni macam orang nanar rindukan kau. Kau tunggu." gumam orang tersebut. Dia kemudian pergi dari situ sebelum jiran-jiran di kawasan ini perasan dengan kehadirannya. Kang tak pasal-pasal di cop pencuri.

"Omey omey. Kau buat aku gila."

Omey yang sedang leka makan terasa seperti diperhatikan. Dia kemudian memandang tingkap di sebelah kirinya. Keningnya berkerut.

"Kenapa aku rasa macam ada orang perhatikan aku ea?" Omey menggaru keningnya. Dia menjongketkan bahu. Tidak ambil kisah. Air di atas meja diambil lalu diminum perlahan.

Apa kisah dia. Kalau pencuri yang masuk, jangan tanya kenapa masuk sifatnya sempurna tapi keluar terus jadi autisme.

Tak lama kemudian, kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Omey mengerutkan kening. Siapa pula ni? Biasanya kalau kawan-kawan dia , terus je buka pintu sebab masing-masing ada kunci.

Omey mengintai pada tingkap. Tak ada orang. Pintu dibuka , kepala dijengahkan keluar. Kiri kanan dilihat sebelum seluruh tubuh badannya dikeluarkan. Saat ingin menapak keluar, Omey ternampak ada sejambak bunga daisy di atas lantai. Diambil bunga itu lalu dibelek. Kad yang ada di situ diambil.

' Miss you already, sayang. Tak nak gaduh dengan aku lagi ke?'

-secret-

Omey menggaru kepala. Siapa pula ni. Ke salah orang dia bagi? Tapi ada nama aku dekat kad ni. Adu pagi pagi dah buat otak aku stres.

Bawa jela masuk. Apa masalah.

Sempat bunga itu dihidu. Hm wangi. Senyuman tipis diukir sebelum masuk ke dalam rumah.

'Dia' hanya melihat dari jauh. Senyuman manis diukir.

"Hope you like it sayang. Nanti aku beli banyak-banyak untuk kau."

•••••••••••••

"Awak dah check benda ni banyak kali? Betul?"

"Betul Puan Zarief. Saya dah check perkara ni banyak kali. Memang betul mereka adalah orang yang sama." lelaki itu menyerahkan pendrive kepada Zarief iman.

"Dalam ni, semua maklumat berkaitan dengan dia saya dah masukkan. Segala data ada dalam ni. Dari nama penuh sehingga atok nenek moyang segala cucu cicit." ujar lelaki itu panjang lebar. Tersengih dia apabila Zarief iman menjeling. Hehe takut kita.

Zarief iman mengangguk kan kepala. Bagus. Tak sia sia dia upah budak ni siasat perkara ni. "Thanks a lot, akhmal. You may go. Nanti saya akan transfer pada akaun awak ye." Lelaki itu mengangguk. Ucapan terima kasih diucap sebelum kaki melangkah keluar dari pejabat mewah itu.

Zarief iman mengetuk dagunya. Bibir mengukir senyuman tipis.

"Aliya Aliya. Aku dah agak dah. Semua ni ada kaitan dengan kau. What a smart woman. Tapi sayang-- bodoh juga." gumam Zarief iman. Mata kemudian memandang langit yang mendung. Menunjukkan hari mahu hujan.

Deringan telefon menarik perhatian gadis itu. Tertera nama bekas ibu mertuanya di skrin telefon. Ditolak ikon berwarna hijau sebelum telefon itu diletakkan di telinga kirinya.

"Assalamualaikum ibu. Ye kenapa?"

"Iman-- ibu nak jumpa Iman boleh? Ibu ada perkara nak dibincangkan sedikit."

Terjongket kening gadis itu. "Ibu nak jumpa bila?"

"Kalau pukul 12 tengah hari boleh? "

Zarief iman berfikir sejenak. Jadual kerjanya dilihat. Memandangkan masa itu dia tidak ada terlibat dengan sebarang mesyuarat, gadis itu akhirnya bersetuju.

"Boleh ibu. Nak jumpa kat mana? Ke nak Iman tentukan tempat?"

"Boleh jumpa ibu dekat kedai yang selalu ibu bawa Iman tu? Kita jumpa situ boleh? Lagipun ibu rindu juga nak keluar sama-sama dengan Iman."

Zarief iman tersenyum. "Boleh ibu. Nanti kalau Iman lambat-- ibu tunggu dulu ye. Ibu order je dulu makanan. Sementara tunggu Iman, takut Iman lambat."

"Okey sayang. Terima kasih. Nanti kita jumpa ye. Assalamualaikum "

Salam dijawab sebelum panggilan dimatikan. Kepala diurut perlahan. Haih--dia ni kalau boleh dah tak nak ada kaitan dengan keluarga Luth. Tapi takdir seolah-olah mendekatkan lagi dia dengan Luth.

"Tak apalah Iman. Jumpa ibu dia je. Bukan jumpa mamat tu."gumam hati Zarief iman.

••••••••••••

"Assalamualaikum"

Tengku julia yang sedang menyediakan makan malam tersenyum mendengar suara bekas menantunya. Dia kemudian berjalan ke pintu rumah. Terhias di pandangan matanya Zarief iman di hadapan dia. Tanpa sebarang kata, tubuh itu dipeluk erat.

"Waalaikumussalam. Imannnn. Ibu rindu Iman. Akhirnya ibu dapat jumpa Iman." Tengku julia mengeratkan lagi pelukan itu. Zarief iman tersenyum nipis. Pelukan wanita berumur itu dibalas.

"Iman pun rindu ibu juga. Maaf ye kalau Iman dah lama tak jenguk ibu." ujar Zarief iman lembut. Tengku julia melepaskan pelukan. Dia menggelengkan kepala, sambil tangan menekup muka gadis itu. Redup matanya memandang wajah gadis cantik di hadapannya ini.

"Tak apa sayang. Ibu faham Iman sibuk. Ni Iman dah habis kerja ye? Mama tahu tak Iman datang sini?" gadis itu mengangguk.

"Jom masuk. Ibu dah sediakan banyak makanan harini. Special sebab ada Iman." Tengku julia menarik tangan Zarief iman masuk ke dalam rumah. Jelas air mukanya teruja. Zarief iman hanya mengikut saja tarikan Tengku julia. Sampai saja di dapur, terdapat banyak juadah makanan yang terhidang di atas meja makan. Zarief iman menjongketkan kening.

'Banyak betul. Ni macam nak suruh aku melantak habis je.'

"Sinilah sayang." gamit Tengku julia. Tangannya menepuk-nepuk kerusi di sebelah, menyuruh gadis manis itu duduk di sebelahnya.

Mereka kemudian makan sambil berbual kosong. Gelak ketawa juga menghiasi ruang makan itu. Seketika terdengar bunyi pintu rumah dibuka, memperlihatkan kedatangan suaminya,Tengku michael.

"Eh-- Iman? Bila sampai?" soal Tengku michael. Riak wajahnya terus bertukar teruja. Rindu dengan bekas menantunya ini. Menantu yang banyak membantu mereka. Yang suka menyenangkan hati mereka.

"Adalah dalam 20 minit tadi. Borak-borak dengan ibu. Ayah dari mana ni? Sihat?"

"Sihat je. Ayah baru balik dari kedai. Itulah sayang ayah tu craving nak makan ayam golek. Nak kata mengandung tak. Tapi dia punya mengidam mengalahkan orang mengandung." usik Tengku michael. Tengku julia membulatkan matanya.

"Abang ! Apani cakap macam tu. Malu lah saya." memerah pipi wanita separuh usia itu. Tengku michael tergelak. Haih--isterinya memang comel betul. Dan itulah salah satu sebab kenapa dia berkali-kali jatuh cinta dengan isterinya.

"Gurau sayang. Ni abang dah beli. Jom makan. Alang-alang ada Iman ni, abang pun dah lama tak borak-borak dengan dia."

"Erm sedap. Iman pun dah lama tak makan ayam golek. Kali terakhir makan masa tu sambut hari jadi anak buah Iman. Si Rais tu." kata Zarief iman. Peha ayam digigit lagi. Ya Allah sedapnya.

Tiba-tiba rasa bagus juga datang sini. Makan free woo !

Tengku michael tersenyum." Iye? Dah lama betul tu. Tengok Iman makan pun ayah dah faham. Hahaha. Tak apalah-- ada rezeki lebih ni, ayah kongsi." Zarief iman mengangguk.

Tengku julia memegang sebelah tangan gadis itu. Zarief iman mendongak. Pandangan diberikan dengan bermaksud 'kenapa'.

"Iman--ayah dan ibu nak ucapkan terima kasih. Sebab beri kami tempat berteduh. Bukan kecil tapi besar pula tu. Ibu tak tahu nak cakap apa sayang. Ibu terharu tapi dalam masa yang sama ibu malu. Seolah-olah ibu ambil kesempatan atas Iman. Terima kasih sayang." kata Tengku julia. Matanya mula berkaca. Tak sangka-- Allah hadirkan seorang hamba yang membantu mereka. Dan orangnya ialah bekas menantu mereka.

Zarief iman menggeleng. Pegangan dibalas. "Tak ada apalah ibu, ayah. Iman tolong mana yang mampu je. Selebihnya berserah pada Allah. Lagipun-- ibu dan ayah tetap keluarga Iman,walaupun kita dah tak ada kaitan. Tapi Iman tetap sayang korang." Tengku michael dan isterinya terharu. Sungguh kasih sayang mereka pada Iman sangat tinggi. Sifatnya sama seperti ayahnya, lemah lembut seperti ibunya. Bertuah sungguh kawan dia dapat anak solehah macam Zarief iman.

"Terima kasih sayang. Ayah terharu juga. Semoga rezeki Iman meluas. Iman tahu-- sejak duduk sini, rezeki kami bertambah. Luth dengan Qael dapat kerja dah. Walaupun kerja biasa-- tapi dapatlah tampung kami."

"Hm--tak apa. Asalkan duit halal, kerja diberkati. InshaAllah rezeki tak akan putus. Kalau rasa ada masalah-- boleh roger Iman. Iman sentiasa akan tolong setakat mana yang mampu."

Aik-- dulu kemain kata dah tak nak ada kaitan. Sekarang lain jadinya.

Chill Zarief. Benda dah lepas biarkan lepas. Life must go on. Hidup kena move on. Lagipun mereka tiada kaitan dengan masalah dia dan Luth mikael.

"Sayang?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience