"No! Aku tak setuju ! " bangkang Omey habis-habisan.
Kahwin semula dengan Luth? Memang tak la dia benarkan. Cukuplah kawan dia terseksa dulu dengan lelaki tu. Takkan dia biarkan berlaku untuk kali kedua.
Zarief iman mengeluh. "Ye. Aku pun masih tak boleh terima dia lagi. Cukuplah aku maafkan saja. Untuk terima semula, aku tak mampu. Tapi aku akan buat solat istikharah, minta petunjuk Allah. Semoga jawapannya terbaik untuk aku."
Omey menepuk bahu kawannya. Dia faham perasaan Zarief iman. Sukar nak lupakan trauma lalu. Walaupun dah dua tahun berlalu. Dah nak masuk tiga tahun dah sekarang. Siapa je yang boleh lupa kesakitan yang dihadapi?
"Jangan risau Rief. Kau ada kami. Kami sentiasa sokong dari belakang. Don't worry okay?" ujar Omey lembut. Zarief iman mengangguk.
Tatu di tangannya dibelek. Kadang rasa insecure bila tengok semua wanita cantik, bersih dari sebarang tatu. Walaupun ini bukannya keinginan dia---tapi tetap dia rasa rendah diri dan malu. Zarief iman mengeluh. Apalah nasib diri ni.
Omey hanya melihat tingkah laku kawannya. Tahu sedang tengok tangan yang dipenuhi tatu itu. Dia pun tak boleh buat apa.
Kalau nak dibandingkan dengan diorang, tatu di badan Zarief iman paling banyak. Memandang sepanjang mereka berada di 'sana' lama, dan Zarief iman ni paling kuat melawan---jadinya dia lah yang paling teruk kena sekali.
Loket bunga ros dipegang. Senyuman tipis terukir. Bila teringat semula, dari situ lah bermulanya persahabatan mereka. Zarief iman dan keluarga paling banyak membantu.
PRAK !
Tersentak gadis itu. Kepala diangkat memandang Zarief iman yang sudah berdiri. Mata gadis itu mula melilau di sekeliling rumah mereka. Omey juga turut bangun.
"Omey. Dapur."
Omey hanya mengangguk. Dia bergerak ke dapur dengan perlahan sambil mata memerhati sekeliling. Risau jika ada seseorang yang telah masuk ke dalam rumah memandangkan mereka terdengar bunyi tingkap rumah dipecahkan.
Tangan perlahan-lahan memegang pisau yang tersedia di atas dapur. Matanya sekali sekala memerhatikan kelibat Zarief iman yang sedang memegang pistol di tangan. Mata dihalakan ke arah tingkap yang telah dipecahkan dengan batu bata. Isyarat mata diberi gadis itu kepadanya. Omey bergerak perlahan sebelum membuka pintu dapur dari belakang. Manakala Zarief iman sudah berdiri di sebelah berhadapan Omey. Kepala dianggukkan.
Pintu dibuka cepat. Secara tiba-tiba kelibat tiga orang lelaki terus masuk ke dalam dapurnya. Zarief iman terus menembak kaki salah seorang yang berada di belakang sekali. Mengerang lelaki tersebut. Seorang lagi lelaki menyerang Zarief iman dengan pisau. Zarief iman mengelak secepat mungkin.
Diangkat kakinya lalu ditendang pisau itu. Tangan lelaki itu ditarik lalu dipulas hingga terdengar bunyi tulang patah. Tumbukan di lepaskan tepat di batang hidung. Terduduk lelaki itu di lantai.
Zarief iman kemudian menumbuk lagi di bahagian muka dan perut. Lelaki yang ditembak di kakinya mula memeluk lehernya dari belakang. Zarief iman memijak kaki lelaki itu sehingga terlepas pelukannya. Cekap gadis itu berpusing lalu sepakan diberikan di kepala lelaki itu.
Omey mengelak daripada diacu pisau oleh lelaki itu. Tch, setakat pisau ni takat pisau ibu aku buat potong kacang panjang je. Rambut diikat sebelum tangan lelaki itu dikilas. Kaki diangkat lalu dihentak banyak kali tangan yang masih dipegang itu. Mulut yang menjerit nyaring itu ditutup lalu kepala lelaki itu dihentak ke sinki.
"Eh jangan jeritlah bengap. Busuk mulut kau tau tak !" bebel Omey. Kepala lelaki itu dihentak tiga kali. Akhirnya terkulai lelaki itu ke bawah. Tidak sedarkan diri.
"Argh !"
Berpusing kepala Omey. Zarief iman yang ditikam di bahu kanan direnung terkedu. Matanya mula memerah sebelum dia berlari ke arah lelaki yang sedang menikam bahu gadis itu sekali lagi.
"RIEF !"
"SIAL KAU !"
Omey menendang perut lelaki itu sehingga terlepas pisau di tangannya. Dia kemudian menumbuk hidung lelaki itu sehingga patah. Tidak cukup dengan itu, Omey mengambil pisau di sinki kemudian menikam bahu kiri lelaki itu. Ditarik pisau itu hingga ke tengah lengan lelaki itu. Anak matanya mula menggelap.
Omey kemudian duduk di atas perut lelaki itu. Tumbukan dilepaskan berkali-kali. Hingga terkulai layu lelaki itu. Omey bernafas laju. Dia kemudian bergegas ke arah Zarief iman yang tersandar lemah di meja pulau.
"Rief ! Rief ! Allahuakbar Rief !" Omey mengoyakkan kain yang dipakainya lalu ditekap pada bahu yang mengeluarkan banyak darah itu. Omey melihat muka gadis itu sekilas. Kelihatan pucat sekali.
"Rief macam mana boleh jadi macam ni?" soal Omey. Zarief iman mengerutkan dahi menahan sakit.
"Penglihatan aku tiba-tiba hitam. Kepala aku berpinar. Sakit. Aku tak tahan. Tu yang kene ni." jawabnya lemah. Omey berlari ke ruang tamu mengambil telefonnya. Nombor Zarith irfan didail.
"Hello abang Irfan ! Please datang sini cepat ! Iman luka teruk ni .. Now abang Irfan! "
Ktak !
Omey berpusing. Lelaki yang pengsan tadi sudah bangun berlari keluar dari dapur. Omey mengejar lelaki itu hingga ke luar rumah. Kelihatan sebuah kereta putih bergerak laju dari hadapan rumahnya.
Omey mengetap gigi.
"Kau fikir kau akan terlepas? Harini hari kau, esok lusa hari kami."
Dia masuk ke dalam rumah, memandang dua lagi lelaki yang masih tak sedarkan diri. Diseret lelaki itu hingga ke tepi ruang tamu, lalu mengambil tali.
"Siap korang."
••••••••••••••••••
Gadis yang sedang lena di atas katil itu dipandang lama. Tangan mengusap kepala itu dengan lembut.
"Macam mana boleh jadi macam ni , Omey?"
Omey menghela nafas lemah. Satu persatu kejadian diceritakan. Zaquan ilham mengeluh. Kepala dipicit perlahan. Mata kemudian beralih memandang Zarith irfan yang duduk di sebelah adiknya.
"Nak tak nak, kita kene buat pembedahan dengan cepat Rith. Ini demi kebaikan dia juga." ujar Zaquan ilham. Zarith irfan mengalihkan pandangannya. Kepala dianggukkan perlahan. Dia tak sanggup tengok adik dia dalam keadaan sakit macamni.
"Bawa dia ke hospital cepat. Lagi cepat buat pembedahan lagi bagus." ujar Zarith . Zaquan hanya mengangguk. Dia mengerling ke arah Omey. Kelihatan sugul wajah itu. Dengan baju yang sudah comot. Rambut kusut masai.
"Omey. Pergi bersihkan diri. Kami tunggu luar. " arah Zaquan. Omey hanya akur. Dia bergerak ke biliknya. Zarith memandang wajah abangnya.
"She looks sad." ujarnya perlahan. Zaquan mengangguk. Omey paling rapat dengan Zarief, jadi memang dia salah seorang rakan yang paling terasa jika apa-apa jadi pada Zarief.
"Kau jaga adik kejap. Aku nak tengok dua jantan kat bawah tu."
Zarith bergerak ke ruang tamu. Dua lelaki yang diikat pada kerusi masih lagi pengsan dikerjakan dengan teruk. Zarith menjongketkan kening. Dia berlutut di hadapan lelaki yang telah menikam adiknya.
Zarith mengerutkan kening.
"Bukan ke dia ni salah seorang pekerja Iman?" gumam Zarith pelik. Dia mencuit dagu lelaki itu lalu didongakkan.
"Huh . Dah agak dah." kata Zarith perlahan.
"Abang Irfan?"
Zarith mendongak. Kelihatan Omey telah bersiap. Beg adiknya juga telah berada di tepi gadis itu. Pantas buat kerja.
"Dah siap? Jom. Panggil abang Zaquan sekali. Kita gerak sekarang."
"Tapi abang Irfan, dua orang ni macam mana?"
Omey mengerling ke arah dua lelaki itu. Zarith terdiam.
"Tak apa. Itu biar aku settle. Aku dah suruh kawan aku tengokkan diorang kejap. Don't worry. Diorang perempuan." celah Zaquan yang sedang menuruni tangga sambil mendukung adiknya.
"Dah jom. Jangan buang masa."
sorry kalau hambar..idea takde sangat..but dont worry kita buat sehabis baik yeee
Share this novel