"Rief , kau nak beli buku apa ? " soal Qila ,memandang Zarief iman yang sedang menelek buku berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu.
Sape nak lafazkan cinta kat dia ? Lafaz 'go die' ada la ! Haih - sedihnya hati ini.
Hiks.
"Emm ni lah. Lagi satu aku nak cari novel berkaitan Islamik kejap . " Qila hanya mengangguk lalu pergi ke tempat lain , meninggalkan Zarief iman yang masih berdiri di situ.
Zarief iman bergerak ke rak yang berjudul 'Islamik '. Ya , dia tahu dia jahat . Tapi dia masih menunaikan tanggungjawab dia sebagai hamba Allah. Walaupun sering membunuh , tapi bukan sengaja. Semuanya di bawah pihak berkuasa.
Membunuh ? I will tell you , love.
Di saat mata melilau mencari novel islamik kesukaannya , matanya tertumpu pada sebuah buku yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Dia kemudian mengambil buku itu lalu dibeleknya depan belakang. Sesaat kemudian , dia mengangguk lalu diambil buku itu.
Sedang mencari bayangan Qila , matanya tertancap pada seorang lelaki yang berdiri di hujung rak , nampak gaya seperti suaminya. Namun , mungkin hanya bayangan. Lalu dibiarkan sahaja dan meneruskan pencariannya .
Jumpa sahaja Qila , dia terus menuju ke arah gadis itu. Kelihatan gadis bermata hazel sedang membelek buku bertajuk ' Cara Menjadi Wanita Solehah '. Tahulah Zarief iman yang gadis itu nak berubah , cuma mungkin belum tiba masanya.
Baby steps .
"Qila , kalau kau nak , kau boleh ambil. Tak salahpun kan ? Asalkan ada keinginan nak berubah. Mahal - jangan risau. Buku ni semua aku belanja. Ok ? " kata Zarief iman dengan lembut. Qila hanya mengangguk lalu mengambil buku tersebut. Mereka kemudian bergerak ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran.
Selesai membeli , mereka kemudian keluar dari situ lalu singgah di sebuah kedai makan yang berdekatan. Tanpa disedari , mereka diperhatikan.
*****
Luth mikael memandang isterinya dari jauh. Nak datang dekat - nampak sangat mengintai. Baik jauh jauh.
Dia akui Zarief iman kelihatan seperti remaja sekolah . Tidak nampak seperti berumur 25 tahun. Mungkin kerana badannya yang agak kecil , tapi nampak seperti model pun ada. Tubuh langsing itu tidak terlihat jelas - mungkin disebabkan saiz baju yang besar.
Isterinya nampak comel. Eh , apa ni , Luth ? Kau dah jatuh cinta ke ?
Dia memang cintakan isterinya , namun dalam masa yang sama dia jijik dengan isterinya , benci .
Kelihatan isterinya mula bergerak ke rak lain. Luth mikael mula bergerak mengikuti isterinya. Dia berada di hujung rak yang diduduki isterinya sekarang ini.
Apabila isterinya menoleh ke arah sini , Luth mikael terus sahaja memandang ke tempat lain. Acah acah belek buku. Taknak kantoi. Buat malu je !
Setelah merasakan dirinya tidak diperhatikan , dia menoleh semula. Kelibat Zarief iman dan rakan isterinya tidak kelihatan lagi. Mungkin sudah keluar.
"Bro , kau mengintai macam ni pun , tak dapat apa apa . " sampuk Harraz zariel dari belakang. Terhinjut bahu Luth mikael.
Datang mana kawannya ini ? Jatuh dari langit ke ?
"Kau apesal ni tibe tibe terjah orang . Muncul dari mana kau ni ? Nak kata jatuh dari langit , tak rasa pula bumi ni bergegar. Maklumlah , kau kan macam hulk . " ujar Luth mikael selamba. Ternganga Harraz zariel.
What the - aku taulah badan aku ni tegap , ada tenpacks , tapi takyahlah samakan dengan hulk. Dasar jantan minta kene tendang sampai ke langit ayah pin !
"Aku taulah aku sado , tenpacks pun ada. Bukan macam kau. Ni , aku cakap . Kau ngintai ni takda dapat apa apa pun. Aku taulah kau nak tengok isteri kau buat apa , cuma bukan macam ni . Lagak kau macam penculik nak cari mangsa tau tak ? "
Luth mikael mendengus kasar. Dia taulah apa dia buat. Dia nak tengok isteri dia buat apa . Mana tau masuk club lagi kan - senang dia ceraikan terus. Takdelah semak semak kat rumah.
"Eh , kau jangan bising boleh tak ? Taulah dah puas tengok kawan isteri aku. Huh , cakap dengan kau ni memang sampai tua pun tak habis. Dah , aku nak keluar . " Harraz zariel hanya tersengih sahaja. Haih - kawan isteri dia tu lawa sia. Dengan mata hazel tu , mengancam tau tak !
Gila bayang aku dibuatnya .
"Kau tau , aku rasa aku dah fall in love dengan dia. Dan aku rasa aku nak jadikan dia pasangan hidup aku. By hook or by crook , she will be mine."
Share this novel