Tibalah hari perkahwinan yang dinantikan oleh pasangan setan - eh sejoli..naik berjoli ini.. Luth mikael akhirnya tersenyum gembira kerana hasratnya untuk memperisterikan Nur aliya telah tercapai. Tangan Nur aliya dicapai lalu dicium di kekura tangan tersebut. Wajahnya tersenyum manis saat melihat wajah sang isteri kesayangan.
Cantik sangat ! Terpukau hati ni.
Nur aliya hanya membiarkan sambil membalas senyuman , walhal dalam hatinya berapa kutukan dan cacian diberi pada Luth mikael. Sabar , sikit je lagi Aliya. Lepastu kau bla , dia mampos ke lantak dia la. Asalkan duit aku dapat.
Manakala di satu sudut yang lain , ahli keluarga Luth mikael hanya diam sahaja , orang yang mahu pulang saja hanya disapa dan dibawa sehingga ke luar rumah . Mereka langsung tak suka dengan perkahwinan ni . Mereka tak akan terima langsung Nur aliya jadi menantu dan ahli keluarga mereka.
Never !
"Sekarang , dipersilakan , pasangan pengantin untuk pergi ke meja makan menikmati makanan yang telah disediakan. " ucap pengacara yang bertugas . Muzik romantik dan lagu kahwin mula dimainkan. Luth mikael dan Nur aliya makan sambil menyuap antara satu sama lain.
Baru sahaja Nur aliya mahu menyuap untuk suapan kali ke 133 pada Luth mikael , datang suara merdu dan lembut dari arah depan mereka.
"Abang . " panggil Zarief iman dengan lembut. Luth mikael mendongakkan kepalanya . Terpampang sahaja muka isterinya , mukanya mula berubah bengis.
"KAU ! APA KAU BUAT DEKAT SINI ?! AKU DAH KATA JANGAN DATANG KAN ! TAK FAHAM BAHASA KE ?! " jerkahan kuat Luth mikael kedengaran sehingga ke dalam rumah. Ahli keluarga Luth mikael terkejut lalu mereka berpusu pusu keluar mahu melihat apa yang terjadi.
"Abang , Iman cuma nak hantar kek yang iman buat ni je. Mungkin ini kek terakhir dari iman - sebagai tanda selamat bernikah. Abang cubalah rasa sikit . " masih lembut suara yang digunakan Zarief iman . walaupun dimalukan di khalayak orang ramai.
Luth mikael berdecit sinis. Kek yang berada di tangan isterinya dipandang. Kemudian dia tertawa sinis.
Nak rasa sangat ? bole je -
"Kau nak sangat kan ? ok - saba jap " Luth mikael bangun lalu berjalan menghampiri Zarief iman. Sampai sahaja di depan isterinya , kek itu dihancurkan lalu disapukan pada muka isterinya. Orang ramai mula terkedu melihat aksi itu di depan mata.
Kasihan gadis itu.
Zarief iman redha diperlakukan begitu. Tidak cukup lagi , kek yang baru sahaja hancur itu dipijak Luth mikael tanpa belas kasihan. Sedikit sebanyak hatinya mula kecewa dan tawar dengan Luth mikael.
Baru sahaja Luth mikael mahu membaling kek yang dipijaknya pada Zarief iman , kedengaran suara seseorang menjerit memanggil namanya.
"TENGKU LUTH MIKAEL BIN TENGKU LUTH MICHAEL "
Baru kepala Luth mikael mahu toleh ke belakang , pipinya ditampar kuat .
PANGG !!
terkedu Luth mikael melihat orang di hadapannya. Malah Luth uqael yang berdiri jauh dari sana juga mula terpaku.
"Budak baju hoodie ? "
Share this novel