"Aku nak kahwin dengan Aliya. Kekasih aku. Jadi aku taknak kau ada dekat majlis perkahwinan aku. " Zarief iman yang sedang melipat kain terhenti apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut suaminya. Dia menoleh ke arah suaminya yang merenung kosong ke arahnya.
"Kenapa saya tak boleh pergi ? Saya pun nak tengok suami saya naik atas pelamin dengan orang yang dia cinta. " kata Zarief Iman lembut. Luth mikael mendengus kasar dan merenung isterinya tajam. Dia pergi ke arah isterinya dengan wajah yang membengis lalu menarik kasar rambut isterinya hingga terdongak memandang ke arahnya.
"Aku taknak kau datang ke majlis perkahwinan aku sebab aku taknak majlis aku ada orang jijik macam kau ! Kau tu tak layak tengok kebahagiaan aku ! KAU TU BUAT SEMAK TAHU TAK ?! JIJIK AKU TENGOK KAU ! BADAN DAH LA PENUH TATU ! GELI BODOH !! DASAR PEREMPUAN TAK ADA AGAMA !! TAHU TATU HARAM TAPI PERGI BUAT KENAPA SIAL !! KAU DENGAR SINI , AKU TAKNAK KAU DATANG KE PERKAHWINAN AKU DENGAN ALIYA. AKU NAMPAK KAU ADA NANTI , AKU BUNUH KAU !!! FAHAMMM ?! " tengking Luth mikael seraya melepas kasar cengkamannya dari rambut Zarief Iman sehingga terhentak kepala gadis itu di bucu sofa. Dia kemudian menendang kain dan baju yang dilipat oleh isterinya lalu terus menaiki tangga untuk pergi ke dalam bilik.
Menyampah cakap dengan orang tak ada agama ni ! Semak ! Menyebalkan ! Jijik !
Walaupun dalam hati ada sedikit rasa bersalah , namun egonya lebih disanjung tinggi berbanding perasaan cintanya pada Zarief iman.
Zarief iman memegang kepalanya yang mula ada sedikit benjol. Dia tersentak apabila terdengar bunyi pintu bilik tidur ditutup kuat. Iris hijau miliknya mula berkaca sebelum setitis air mata mula mengalir ke pipi putih kemerah merahan dan gebu miliknya. hingga menjadi esakan kecil. Baju yang sudah berterabur diambil lalu dilipat semula.
Kenapa suaminya selalu menghinanya ? macam mana dia nak bagitau perkara sebenar kalau hari hari dah macam ni . dia dah tak tahan. dia tak mampu. dia tak kuat. ingin sahaja dia balik ke rumah ibu bapanya sekarang , namun takut disoal siasat - dipendamkan sahaja niatnya.
Zarief iman kemudian tersenyum hambar. Memikirkan yang dia bakal bermadu . sungguh mematahkan hatinya. Cuba cakap , isteri mana yang nak bermadu , walaupun dilayan teruk. dia cintakan Luth mikael sangat sangat - walaupun cintanya dipijak dan dihina selalu.
dan - dia nampak kebahagiaan bila suaminya bersama dengan bakal madunya . ya dia tahu siapa bakal madunya. dan dia terima dengan hati yang terbuka , walaupun perit untuk diterima .
" sekurang kurangnya dia dah ada pengganti kalau aku dah tak ada nanti. Congrats husband , you finally found your happiness. saya tumpang happy , walaupun derita yang akan saya lalui."
****
"Iman , taknak halang Luth kahwin lain ke ? " soal Tengku julia kepada menantunya. Sekarang Zarief iman berada di rumahnya memandangkan menantunya kata bosan duduk rumah sorang sorang. Luth dah kerja. Dia pun bosan kat rumah , setakat dengan bibik je.
Takpela , boleh bual bual ngan menantu bucuk intan payung ni. Hehe.
Zarief iman hanya tersenyum. " Kalau itu yang buat abang bahagia , iman terima. Dan iman izinkan dia kahwin lain , ibu. " kata Zarief iman dengan tenang . langsung tiada nada marah atau geram , sebaliknya tenang dan seperti -
gembira ?
"Iman , kenapa iman nampak macam happy ye Luth kahwin lain ? Iman tak cintakan Luth ke ? " soal Tengku julia hairan seraya memegang tangan menantunya yang penuh dengan tatu. Mula mula dia pun seram jugak , yela macam samseng. Tapi bila dah tahu cerita sebenar , dia sendiri tumpang kasihan.
Sayangnya pada Zarief iman ni terlalu tinggi dan banyak.
" Sebab iman cintakan dia lah iman bagi dia kahwin lagi ,ibu. Iman nampak sinar gembira dalam mata dia . Kebahagiaan dia ialah kebahagiaan Iman juga. Kesedihan dia merupakan kesedihan Iman juga. Apa yang Iman buat ni semua untuk dia. Walaupun cinta Iman tak terbalas , sekurang kurangnya Iman dapat buat apa yang boleh buat dia bahagia. " mata Tengku julia mula berkaca .
kenapa hati menantunya sangat mulia ? kenapa Luth tak pernah nampak sisi mulia menantunya ini ?
jarang ada isteri beri izin pada suami kahwin lain. Tapi Iman - demi kebahagiaan suaminya , dia sanggup. Sungguh dia beruntung memiliki menantu seperti Iman.
" Kenapa kamu baik sangat , Iman ? Kamu bahagia dengan Luth ? " soalan yang diberikan Tengku julia membuatkan Zarief iman terdiam sebelum tersenyum nipis.
" Sebab cinta. Cinta Iman pada abang takkan pernah pudar. Ibu sendiri tahukan macam mana cinta Iman pada abang. Dan , Iman bahagia dengan abang. Bahagia sangat , walaupun dia benci Iman - Iman faham . Mungkin dia masih belum tahu perkara sebenar. Lagipun , masa Iman dah tak banyak sangat. Iman bersyukur abang cari pengganti buat Iman. He finally found his real happiness and angel , maybe. Iman mampu doa saja , Ibu. Ibu pun doakan ye ? Ibu pergi masuk meminang Aliya. Demi Iman , dan kebahagiaan Luth sendiri. Boleh ibu ? "
Share this novel