"Now , kita nak pergi mana ? " soal Qila. Dia sudah siap berpakaian. Singlet hitam dipadankan dengan jacket kulit hitam dan seluar legging hitam serta kasut boot . Rambutnya dibiarkan lepas begitu sahaja. Menampakkan aura ye disitu.
Aura gelap and menawan. Tidak lupa dengan cermin matanya . Aura gelap sudah datang. Black today !
"Hm , cer tanya Rabi . " kata Omey sambil menghalakan pandangannya terhadap Rabi. Pakaiannya pula hanya memakai hoodie berwarna hitam dipadankan dengan seluar slack hitam. Kasut jenama Nike menjadi pilihannya.Rambut purplenya diambil separuh lalu diikat menjadi bun kecil. manakala rambutnya yang lain dibiar lepas.
"Tah aku pun tak tahu. Cer tanya Rief. " dan Rabi pun menghalakan pandangannya ke arah Zarief iman. Rabi hanya memakai inner putih dipadankan dengan overall jeans berwarna biru dan di kepalanya ada cap ballet scarf. Kasut Nike berwarna putih menjadi pilihannya.Rambut birunya diikat tocang.
Sekali sekala warna putih. Baru nampak macam suci sikit.
Manakala Zarief iman memakai hoodie berwarna putih yang dipadankan dengan skirt putih dan shawl putih. Kasut Air Jordan putih elok tersarung di kakinya. Dia memakai cermin mata bulat biasa.Masing masing memakai beg yang sama jenis dan warnanya , iaitu hitam.
Baru lah besto frendo foreverdo.
Zarief iman mengangkat keningnya sebelah. Memandangkan suaminya ada kerja di office dan balik lambat , jadi dia keluar dengan kawan kawan dia. Dan dia sudah maklumkan pada suaminya , seperti biasa balasan dari suami menyakitkan hatinya.
Dah biasa. Releks jela.
" Apa kata kita pergi mall ? Beli novel nak ? Atau barang barang lain ? Sebelum kita nak pergi luar negara tiga minggu lagi. Baik prepare barang awal awal . Nak ? " soal Zarief iman minta pendapat rakan rakannya. Manakala yang lain mengangguk teruja.Tak sabar nak pergi luar negara !
"Jom jom ! Aku dah lama tak pergi shopping. Al maklumlah wa busy ma jaga itu syarikat. Wa banyak stress ! Itu kepala banyak sakit bagai mau letup ."
PAK !
"Aduh ! Ish , ape ni Omey ? Main tampar tampar kepala ni ? " kata Rabi sambil mengusap kepalanya. Apa tampar kat situ. Biul nanti aku jadinya. Nasib ada cap. Kalau tak - wa lempar lu ke reban ayam.
"Dah tak reti menyabar ke ? Naik kereta pun belum. Gerak pun belum . Dah membebel. Masuk sekarang . " kata Omey dengan datar. Pe kesah dia , masuk la dulu kalau nak bebel. Dah la penat berdiri sekarang ni. Berlecak ketiak dia tau tak.
Rabi menggulingkan biji matanya ke atas. Dia dan Omey masuk ke dalam kereta Buggati miliknya berwarna hitam.
Kau kene faham , Rabi ni peminat warna hitam. Kalau boleh semua nak hitam. Suami pun nak hitam juga agaknya.
Manakala Qila dan Zarief iman menaiki kereta McLaren 720S berwarna merah milik Zarief iman. Kedua dua kereta mewah ini bergerak meninggalkan perumahan banglo tiga tingkat milik mereka.
*
"Now , nak pergi mana dulu ? " soal Rabi sambil terlompat kecik dengan teruja. Ketiga tiga rakannya hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Rabi. Sekarang ramai yang tengah memandang mereka. Ada yang tersengih dan tertawa kecil melihat gelagat Rabi , ada yang terpukau melihat mereka berempat. Maklumlah , semua lawa.
Menjadi pusat pemerhatian orang kejap. Uhuks !
"Kita pergi beli baju dulu . Then , pergi beli novel , sebab aku nak beli novel fav aku . Qila , kau nak ikut ? " kata Zarief iman dengan senyuman kecil. Kemudian toleh memandang Qila disebelahnya. Qila dan dia sama , suka baca novel. Lagi dua orang tu pun sama , tapi suka novel cinta , aksi..Kiranya diorang sama jela , cuma Zarief iman dan Qila lebih suka membaca banyak dari dua orang tu.
Qila hanya mengangguk. Dia pun nak cari novel fav dia gak . Rasanya dah dua bulan tak baca novel . Sibuk sangat dia sekarang ni.
"Okey , kita berpecah. Aku ngan Rabi pergi beli baju , korang beli novel. Its okay , baju korang aku belanja. Sekali sekala kan ? lagipun kau dah banyak belanja kitorang Rief. Now , my turn pulak. " kata Omey dengan senyuman kecil. Zarief iman hanya mengangguk. Sukati la , asalkan pakaian elok elok.
"Omey , belikan aku kasut boot . Warna hitam. " Omey membuat simbol ok lalu menarik tangan Rabi meninggalkan Zarief iman dan Qila. Baru berapa jarak dengan Zarief , tengok tengok Omey dan Rabi dah berlari masuk dalam gedung baju. Nasib lari comel.
"Jom qila. Banyak novel nak beli ni ." bersinar sinar mata hijau milik Zarief iman membayangkan novel yang akan dibelinya. Huaaaaaaaaaa !!!!!!
Qila hanya tertawa kecil. Jarang nak tengok Zarief iman happy macam ni. Selalu muram je. Qila tersenyum kelat.
" Tabah Zarief . Aku harap kau kuat. Kitorang akan selalu dengan kau. " bisik hati kecil Qila.
" NOWWW !!! JOM BELI NOVELLLLL !!! " ,jerit Qila riang sambil menarik tangan kiri Zarief iman. Hampir tersadung gadis tu , nasib sempat imbang. Kemudian mereka berlari pergi ke arah kedai buku. Orang yang lalu lalang hanya menggelengkan kepala melihat mereka berempat. Ada yang ketawa dan ada yang rakam . Diorang nampak comel sangat ! Gaya macam budak sekolah.
Tanpa sedar , diperhatikan oleh 4 orang jejaka dari jauh.
Share this novel