CHAPTER 25

Drama Series 15767

2 tahun kemudian.....

Zarief iman yang sedang leka membaca buku di halaman rumah direnung Rabi. Memandangkan harini Zarief iman cuti, jadi gadis itu banyak menghabiskan masanya dengan membaca buku.

Lebih ringkas, novel.

"Rief."

"Hm?" Zarief iman menoleh ke sebelah kanannya. Rabi yang sedang duduk sambil merenungnya dipandang. Kening sebelahnya dijongketkan. Novelnya ditutup lalu diletakkan di meja kopi. Tumpuan diberikan sepenuhnya pada sahabatnya.

"Ada apa, Rabi? Kau nak tanya apa?" soal Zarief iman. Rabi menjilat bibirnya seraya menghela nafas perlahan.

"Kau dah tau pasal Luth?" tanya Rabi teragak-agak. Zarief iman mengangguk⎯dudanya itu baru sahaja bercerai setahun yang lepas. Macam mana dia tahu? Luth mikael seorang usahawan yang terkenal, semestinya perkara itu tersebar di serata dunia. Dia tau pun dekat media sosial.Cumanya⎯dia pelik. Kenapa bercerai? Bukan ke cinta mati.

"Aku tahu. Kenapa? Kau nak dekat dia ke?" usik Zarief iman. Rabi menjeling. Eh eh, takde masa ea nak kat jantan tu. Dah lah buat member dia terseksa, tak memasal dia pula yang terseksa.

"Ish, jauh betul tu. Not my taste la. Ni aku nak cakap, Luth tu bukan je dah bercerai, tapi diorang sekeluarga jatuh miskin terus. Syarikat diorang kene jual sebab dah tak laku." jawab Rabi tenang. Zarief iman mengerutkan keningnya.

Miskin? Eh⎯

"Kenapa? Asal tiba-tiba je ni?" soal Zarief iman hairan. Bukan nak menyibuk, cuma syarikat Luth mikael bukan senang hendak jatuh. Syarikat dudanya selalu berada di ranking nombor 2. Susah nak jatuhkan.

Tapi ni⎯kenapa tiba-tiba?

Rabi menghela nafas perlahan." Isteri dia, aloya tu dengan pakwe bini dia kebas. Macam mana tu⎯aku tak tahulah. Ada la tu rancangan diorang. Bila Luth tau je, terus diceraikannya bini dia tu. Now, diorang dah tak ada pape.Maksud aku, diorang dah tak ada harta. Semuanya lesap. Diorang buat kerja tu memang clean la. Satu sen pun tak tinggal.Kau bayangkan dia kebas macam mana. " panjang lebar Rabi ceritakan pada Zarief iman.

Zarief iman terkaku. Maknanya⎯keluarga Luth mikael langsung tak ada harta. Dahtu tinggal kat mana?

"Diorang tinggal kat mana?" Rabi hanya mengangkat bahunya. Dia pun tak tahu. Buat apa dia nak ambil kisah pasal jantan tu.

"Kau taknak buat apa-apa ke?" soal Rabi sengaja. Sahabatnya hanya ada masalah dengan Luth mikael, bukan dengan family lelaki tu sekali.

Lagipun diorang rapat.

Zarief iman menggumam. Dia sedang memikirkan tentang keluarga bekas mertuanya. Tak nak tolong, diorang dah layan dia dengan baik. Masalah dia cuma dengan Luth mikael je. So⎯

"Nanti aku fikirkan."

•••••••••••••••

Luth mikael merenung gambar Zarief iman di dalam telefonnya. Air mata galak mengalir keluar dari mata. Badan yang dibaringkan di atas tilam lusuh itu dingiringkan ke kanan. Sejak tadi matanya tidak lepas menatap gambar Zarief iman yang tersenyum manis.

"Abang minta maaf sayang."

"Abang minta maaf.Balik lah semula, Iman. Abang minta maaf."

Hanya kalimat-kalimat ini yang keluar dari bibirnya.Semuanya sudah jelas pada 3 bulan yang lepas. Akhirnya dia tahu kisah benar, dia tahu siapa sebenarnya yang jadi punca rumahtangga mereka hancur. Dia berterima kasih pada Harraz zariel dan Keith aryan kerana tolong dia cari bukti yang betul-betul kukuh.

"Abang minta maaf sayang. Abang minta maaf. Abang nak Iman. Abang nak Iman balik. Mana Iman?" lirih suara Luth mikael. Kedengaran sangat rapuh. Bahunya terhinjut akibat menahan esakan. Dia memeluk telefonnya seperti memeluk badan Zarief iman.

Dia menyesal. Kalau lah dia tak dengar cakap nur Aliya, kalau lah dia tak siasat betul-betul gambar yang dia dapat. Kalaulah dia beri peluang pada Zarief iman untuk cakap perkara betul.

Tapi semuanya dah terlambat. Jandanya sudah tiada. Sudah tinggalkan dia. Mungkin untuk sementara.

Atau selamanya.

Sungguh⎯kalau diberi peluang untuk dia jumpa dengan jandanya itu semula⎯dia akan dapatkan semula Zarief iman. Walaupun terpaksa menggunakan cara kotor.

"Kalau Tuhan pertemukan kita semula⎯abang janji akan dapatkan semula Iman. Abang janji akan masukkan semula Iman ke dalam dakapan abang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience