CHAPTER 27

Drama Series 15767

Zarief iman memerhatikan maklumat tentang keluarga dudanya yang baru sahaja dihantar oleh Omey. Dia minta rakannya itu mencari punca sebenar syarikat dudanya muflis⎯dan sangkaannya tepat.

Ada pengkhianat. Dan yang paling tak disangka⎯pengkhianat tu adalah kekasih nur Aliya iaitu Razif.

Macam mana dia tahu? kawan-kawan dia lah yang cari. Mula- mula mereka tidak setuju sebab taknak ambil tahu pasal Luth mikael⎯tapi bila dia tujukan perkara sebenar, baru mereka setuju.

Siap baling baling kusyen lagi kat dia sebab marah bila minta tolong carikan maklumat keluarga Luth mikael. Last last⎯kena marah dengan dia baru nak ikut.

Aduhai kawan!

"Macam mana aku nak tolong ni? Aku taknak jumpa Luth⎯tapi aku nak tolong dia." gumam Zarief iman. What? Salah ke nak tolong duda dia?

Dia nak buat baik ok! Tak salah pun nak tolong bekas mertua dan dudanya.

"Haih. Susah betul. Fikir benda ni pun buat aku stress."

Klak!

"Rief, boleh aku masuk?" soal Rabi meminta izin. Zarief iman mengangguk sebelum tersenyum sinis.

"Aih⎯sebelum ni tak pernah pernah minta izin aku nak masuk. Ni⎯dah kenapa tiba tiba?" soal Zarief iman sinis. Rabi tersengih.

Alaa saja je minta izin kawan. Sekali sekala jadi baik.

"Sekali sekala jadi baik. Nanti jadi setan balik." jawab Rabi selamba sambil berjalan ke arah kerusi di depan meja sahabatnya. Zarief iman menggeleng. Ada ada jela budak ni.

"Kau nak apa datang sini?" soal Zarief iman tanpa berbasa basi. Rabi mengukir senyuman nipis.

"Actually⎯aku sebenarnya kena pergi ke Malaysia. Syarikat aku ni ada problem sikit. Tak banyak pun⎯just nak check apa yang salah. Kau nak ikut tak?" ujar Rabi. Kening kanan dijongketkan. Zarief iman menggumam.

Dia nak ikut. Tapi⎯

Kerja dia banyak kat sini. Dengan syarikatnya yang tak terurus. Aduhai. Pening betul kepala dibuatnya.

"Sorry Rabi. Aku tak boleh nak ikut. Tapi⎯boleh tak aku nak minta tolong kau?" Rabi mengerutkan keningnya. Zarief iman tersenyum nipis.

"Boleh tak minta tolong Omey untuk sediakan satu villa khas dekat area chalet dia untuk keluarga bekas mertua aku. Boleh?"

••••••••••••••••

Luth mikael termenung. Sudah 6 bulan⎯tapi dia masih tak boleh terima kenyataan. Bukan sebab dia ceraikan nur Aliya. Tapi sebab Zarief iman tak buat semua tu.

Haih⎯nak undur semula masa, memang tak boleh. Hadap jela.

"Along."

Luth mikael hanya menggumam. Luth uqael yang sudah duduk di sebelahnya dipandang sekilas sebelum menghalakan pandangan ke hadapan semula. Melihatkan pemandangan waktu malam yang ada di depan matanya.

Menenangkan hati.

"Along, kau tak makan ke? Dah malam ni. Tak sejuk?" ujar Luth uqael mengajak abangnya berbual.

Luth mikael hanya diam. Tidak membalas pertanyaan adiknya. He is sad now. He's hurt. His heart was broken.

Luth uqael mengeluh. Rambutnya disebak sekilas sebelum matanya dihalakan ke arah abangnya. Bibir bawah dijilat sekilas.

Tengoklah abangnya ni. Dah serupa patung. Terkaku je macam tu. Rambut berserabai. Dengan jambang tak terurus. Nasib tak lebat.

Dah macam orang mati bini. Padahal tak pun. Tapi satu je dia nak mengaku. Abangnya masih nampak kacak.

"Along, janganlah macam ni. Aku tau kau rindu Iman. Kau menyesal ceraikan dia. Tapi janganlah sampai kesihatan kau terjejas, diri sendiri tak terjaga." nasihat Luth uqael.

"Kau tak faham, Qael. Aku menyesal yang tak terkata tau tak. Apa yang kau cakap dulu tu⎯sekarang dah terjadi. It's all my fault." kata Luth mikael perlahan.

"You know i love her very much right? " Luth uqael terdiam. Memang benar⎯abangnya sangat cintakan Zarief iman. Tapi disebabkan nur Aliya menyebarkan fitnah, abangnya kecewa dan mula beralih hati ke nur Aliya.

"I know. Aku faham. Jangan risau abang. Kalau betul dia jodoh kau, larilah ke mana pun⎯dia tetap akan jumpa kau. Korang tetap akan bersama." kata Luth uqael.

Luth mikael terdiam. Tidak lama kemudian, dia tersenyum nipis.

"She is my real angel. My real happiness. But, i ruined everything. I broke her. I divorced her. She will hate me so much. If she can give me a second chance to fix everything⎯i'm the person who will be happy. I will make her happy with me and love me so much. Like i love her. I will protect her until my last breath. Just for her, My Nurul Zarief Iman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience