CHAPTER 1

Drama Series 15767

"Kau ni dah tak reti ke nak masakkan untuk aku ? Takkan tu pun nak kene cakap ?! " tengking Luth Mikael pada sang isteri. Perempuan ni memang minta kene pukul hari - hari ke ?

"Abang , saya bukan taknak masak. Tapi setiap kali masak abang mesti tak makan. Tak ke membazir ? " kata Zarief Iman dengan lembut. Luth Mikael merenung isterinya dengan tajam sebelum mencengkam rahang isterinya dengan kuat. Iman Zarief mendesis sakit. Dia memegang tangan suaminya yang mencengkam rahangnya dengan kuat.

Allah , nak patah tulang rahang aku.

"Aku makan ke , tak makan ke , kau masak jela ! Menyusahkan la kau ni !! Apahal la ibu dengan ayah aku suruh kahwin dengan kau ?! Tak sedar agaknya kau ni perempuan jijik. Dah lah badan bertatu . Jijik aku tengok !! " sinis Luth Mikael berkata. Dia melepas kasar rahang isterinya. Lalu berjalan pergi ke bilik meninggalkan sang isteri. Hilang mood mahu makan.

Zarief Iman hanya memandang pemergian sang suami. Dia menghela nafas perlahan. Apalah nasibnya ini. Dia tak tahan , hari hari kene pukul , kene marah. Tapi demi taknak hati mertua sakit , dia sanggup bertahan. Walaupun diri sendiri tersakiti.

"Haih , sabar jelah. Jangan mengeluh. Syurga di bawah tapak kaki suami. Nasib dia suami aku , kalau tak dah lama aku bunuh. " ngomel Zarief Iman perlahan. Kemudian dia pergi ke dapur ingin memasak makan tengah hari. Nanti tak pasal pasal kene pukul lagi. Tahap kesabaran dia pun ada limit , silap silap suami dia mati dia kerjakan.

"Saya sayang awak , Luth. Tapi awak layan sama tak ubah macam seorang hamba. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience