"APAA?!!! KAMU BIAR BETUL LUTH?! JANGAN MAIN-MAIN DENGAN IBU!!"
bergema ruang tamu yang luas itu dengan suara Tengku julia. Terkejut dengan berita yang disampaikan oleh anak sulungnya itu. Matanya tajam memerhati wajah Luth mikael yang diserikan dengan senyuman kacak.
Luth mikael mengangguk. "Iye, ibu. Tadi Luth jumpa dengan Iman. Dekat hospital, masa nak melawat Rabi. Masa tu kitorang nampak dia dengan kawan-kawan dia." terangnya dengan jelas.
Tengku julia tersengih. Teruja mendengarnya. Setelah sekian lama dia tidak mendengar berita bekas menantunya, dan harini dia mendapat berita gembira. Hatinya mula berteriak teruja dengan wajah yang gembira.
Punggung dilabuhkan di sebelah suaminya. Mata bersinar-sinar memandang wajah tampan anaknya yang agak berserabai.
"Macam mana dia sekarang? Dia ok ke tak? Sihat?"
"She's good. Sihat alhamdulillah. And you know what, Iman makin cantik sekarang. Dah serupa model dah. Sampai Luth toleh dua kali betul ke tak orangnya. And yep, she is." ujar Luth mikael tenang.
Mula-mula tu hampir saja dia nak peluk gadis itu. Semakin lawa dan comel. Cantiknya gadis itu buat dia rasa tak puas nak pandang banyak kali. Dan perkara ini menyebabkan dia dilanda cemburu dan risau. Cemburu kerana gadis itu pasti menjadi tarikan lelaki. Tengok sajalah dekat hospital hari tu. Ramai betul tengok gadis dia macam taknak beri budak tu keluar hospital. Risau sekiranya ada yang berjaya menangi hati Zarief iman, dan akhirnya dia akan kalah.
Tak, tak! Zarief iman milik dia seutuhnya! Lelaki lain tak boleh sentuh dan miliki gadis itu!
"Ibu nak jumpa dia. Ibu rindu Iman. Kamu dah tahu ke dia duduk mana sekarang ni?"
"Not yet. Luth tak tahu lagi. Kita orang jumpa pun sekejap, itu pun dia macam dah tak sudi nak tengok muka Luth." tawar senyuman Luth mikael di mukanya kini.
Tengku Luth michael tersenyum nipis. "Its okay, Luth. Ayah faham. Perlahan-lahan ambil hati dia. Who knows, dia akan jatuh cinta semula dekat Luth. Kalau ditakdirkan korang berdua jodoh sehingga ke syurga, maka memang itulah yang ditetapkan."
Tengku Luth michael bangun lalu mendekati anak sulungnya. Ditepuk perlahan bahu anaknya, memberi semangat.
"Kalau kamu betul-betul nak kan dia, bawa dia semula dalam keluarga ni."
Luth mikael tersenyum manis. Namun terselit sedikit sinisnya.
"I will, ayah. I will."
•••••••••••
"Tch! Lelaki tak guna tu! Dia buat apa dekat situ?! Buat semak mata cantik aku je!!"
Qila merengus kegeraman. Memikirkan semula wajah tak tampan lagi minta tendangan si Luth mikael tu, hatinya tiba-tiba panas menggelegak. Macam air tengah mendidih sekarang ni!
Omey mengangkat bahunya. Dia pun tak tahu. Buat apa nak ambil tahu? bukan laki dia pun!
Matanya mengerling Zarief iman. Wajah gadis itu selamba sahaja. Mata hijau miliknya memandang semula wajah Qila yang sedang mengamuk macam mak langsuir.
"Dah dah la tu. Tak penat ke membebel je dari tadi? Aku yang dengar pun dah sakit telinga, apatah lagi si Rief yang dari tadi dok tengok kau." terhenti Qila yang sedang membebel itu bila melihat Zarief iman merenungnya tajam. Qila tersengih menampakkan gigi putihnya.
Nak buat iklan gigi kot!
Macam fazura tu.
"Sorry, Rief. Aku yang mengamuk lebih. Macam aku pula yang kat tempat kau." ujar Qila dengan sengihan. Zarief iman tersenyum seraya menggiling.
"Nah, it's okay. Tak kisah pun. By the way, esok siapa yang nak jaga Rabi? Tak boleh ramai-ramai. Kita kena gilir-gilir." kata Zarief iman senada. Omey mengetuk jari telunjuknya di meja yang ada di depan mereka.
"Aku jela yang pergi esok. Lusa siapa siapa jela. Asalkan nak jaga." Rambut disebak kebelakang sebelum dikumpulkan di sebelah tangannya. Sebelah lagi memegang pengikat rambut miliknya sebelum diikat gaya rambut menjadi messy bun. Rambut di hadapan di biarkan terjuntai di depan. Menampakkan leher putih yang dihiasi dengan rantai berloket ros.
Tak ingin berlama-lama di situ, Omey bangkit dari duduknya lalu berjalan ke dapur. Nak buat makanan tengah hari. Kalau nak harapkan si Qila lah, balik dari Sepanyol pastu patah balik pun belum tentu masak.
Silap silap aku nampak dia dah tercongok kat luar. Rupanya dapur dah meletop.
Qila memerhatikan Omey sebelum memandang Zarief iman. Dia tahu sebab apa Omey diam macam tu. Dia tahu.
"Rief, aku naik dulu tau. Nak rehat. Nanti kalau Omey dah siap masak kejut aku. Bye."
Zarief iman hanya mengangguk. Kemudian termenung. Memikirkan pasal Luth mikael.
Zarief iman mengeluh.
'Kenapa awak kena datang semula, Luth? You should find your happiness now. Bukan cari saya.'
ah saya rasa makin mengarut da story ni HAHAHA
Share this novel