Zarief iman yang sedang membaca Al-Quran ditenung Hana alisya. Sejuk hati dia tengok adik ipar dia ni. Tak pernah cari pasal. Sentiasa ambil berat dengan mereka, walaupun hubungan mereka sekadar kakak dan adik ipar, tapi seakan adik beradik kandung saja.
Zarief iman memang sangat rapat dengan dia dan Aina arissa. Adik ipar dia jugalah yang sentiasa sokong dia dari dulu hingga sekarang. Selalu ada masa senang dan susah. Selalu ada bila dia dan suami dalam masalah. Mana tak dia dan Aina sayang si Zarief ni.
"Iman, boleh akak masuk?"
Zarief iman memandang wajah Hana alisya. Senyuman tipis diberi sambil kepala dianggukkan. Hana alisya terus bergerak lalu mengambil tempat di sebelah adik iparnya. Dia memandang sekilas Al-Quran yang berada di tangan Zarief iman sebelum memandang wajah ayu itu. Pucat saja muka adiknya.
"Kenapa akak tenung Iman macamtu?"soal Zarief iman. Al-Quran ditutup lalu diletakkan di atas meja. Perhatian sepenuhnya diberi kepada kakak iparnya.
Hana hanya menguntum senyum. Lawa betul adik ipar dia ni.
"Iman, iman taknak buat pembedahan ke?"soal Hana lembut.
Zarief iman tersenyum nipis. Ibu jari kiri mengusap kekura tangan kanan. Mata menunduk memandang jarinya.
"Iman kadang rasa nak buat. Tapi kadang rasa taknak buat. Iman pun tak tahu"jawab Zarief iman. Hana diam. Dia merenung anak mata hijau cantik gadis itu.
"Sayang, buatlah pembedahan. Akak nak Iman sembuh macam dulu. Tak perlu makan ubat-ubat sakit ni semua. Benda ni menyeksa diri Iman je. Iman buatlah pembedahan ye?"pinta Hana. Zarief iman perlahan-lahan memandang wajah akak iparnya. Matanya hanya merenung wajah wanita itu dengan renungan kosong. Hana terdiam.
Renungan itu....
Kosong.
Tiada perasaan.
Kenapa dengan Iman...?
"Iman, are you okay? Akak ada salah cakap ke? Kalau ada akak minta maaf--"
"Kalau Iman hidup pun, apa guna?"
Terdiam. Kelu.
Hana membulatkan sedikit matanya. Terkejut dengan ujaran Zarief iman.
"Kenapa Iman fikir macamtu?"
"Why Iman fikir macam tu? Iman rasa betul juga apa yang Luth cakap. Iman ni tak ada gunanya hidup. Hidup pun menyusahkan orang. Seolah-olah macam minta simpati orang je. Sebab Iman sakit, semua nak beri perhatian kat Iman. Seolah-olah Iman terlalu lemah sangat. Seolah-olah Iman ni macam attention seeker."pintas Zarief iman laju
Hana menggeleng.
"Tak sayang, Iman tak menyusahkan--"
"Tapi kenapa Luth cakap macam tu? Ye Iman tahu dia tak suka Iman, tapi perlu ke cakap macam tu. Perlu ke dia kata Iman ni attention seeker? Sedangkan Iman tak harapkan pun semua ni. Iman tak minta pun semua benda ni." matanya mula berkaca.
"Iman cuma nak kasih sayang dan cinta je dari dia. Tapi--" dia mengemam bibirnya.
"Tapi--dia langsung tak pandang Iman. Walaupun benda ni dah 2 tahun berlalu, Iman masih tak dapat lupa. Penyakit yang Iman ada ni pun, berpunca dari kesan dia asyik dera Iman."
"Salah ke akak..."
Zarief iman memandang wajah akak iparnya. Air mata mula menurun, menghias di pipi gebunya.
"Salah ke Iman minta dia cintakan Iman? Am i selfish?"ujar Zarief iman bergetar.
"Am i selfish? Mengharapkan dia cintakan Iman seorang je. Mengharapkan dia pandang Iman seorang je, sebagai isteri."
Hana memeluk erat adik iparnya. Matanya juga mula bergenang.
"Tak Iman. Tak salah seorang isteri dambakan kasih sayang dan cinta suami. Tak salah sayang. Memang kita sebagai isteri sangat-sangat inginkan perhatian suami hanya untuk kita saja."
Zarief iman teresak. Dia memeluk erat badan wanita itu. Menghamburkan tangisan di bahu wanita itu.
"Tak apa sayang. Perkara yang lepas jangan dikenang lagi. Iman kene cuba untuk lupakan segala kesakitan yang Luth bagi pada Iman. Iman ada kami. Kami sentiasa dengan Iman." ujar Hana. Dia meleraikan pelukan. Memandang wajah adik iparnya dengan redup. Tangan naik mengusap pipi adiknya. Mengelap air mata yang tidak henti mengalir.
"Akak bukan minta Iman terus lupakan semua. Akak tahu, Luth cinta pertama Iman. Tapi--sampai bila Iman nak hidup dalam gelumang macam ni?"
Zarief iman menunduk. "Iman tak tahu. Setiap kali Iman tengok parut pada badan Iman, mesti Iman akan teringat Luth."
"Iman tak boleh lupakan kak Hana. Susah. Sakit."
"Sakit....."
Air mata Hana mengalir. Ya Tuhan, kau angkatlah segala kesakitan yang ada pada Iman.
"Iman, Iman kene lawan trauma Iman tu. Iman kena lupakan. Cuba Iman. Kalau Iman rasa tak boleh, akak ada. Akak dan kak Aina ada untuk Iman." ujar Hana bersungguh-sungguh.
"Betul tu."
Hana dan Zarief iman menoleh memandang pintu. Aina arissa yang berdiri di pintu itu dipandang dengan wajah terkejut.
"K-kak Aina?"
Aina arissa tersenyum nipis. Dia dengar segala luahan adik iparnya. Perlahan-lahan dia bergerak pergi ke dua orang itu. Kemudian mengambil tempat duduk di sebelah kiri Zarief iman. Tangannya mengambil tangan kiri adiknya, mengusap penuh lembut kekura tangan itu.
"Kami sentiasa ada dengan Iman. Iman kami tak anggap sebagai adik ipar, tapi sebagai adik kandung. Adik yang sangat kami sayang. Kan Hana?" Aina memandang Hana. Hana mengangguk laju. Setuju dengan ujaran birasnya.
"Yep. Kami sentiasa ada dengan Iman. Kalau Iman rasa malu nak luahkan masalah dekat ibu dengan ayah, Iman boleh luahkan dekat kami. Kami sentiasa bersedia dengar luahan Iman."ujar Hana.
Aina arissa menggosok lembut kepala adik iparnya yang masih memakai telekung.
"Jangan nangis. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Iman jangan cepat putus asa ye. Kami ada di belakang Iman. Sentiasa sokong Iman."
"Iman buat pembedahan ye sayang?" pujuk Aina lembut. Zarief iman yang tersedu sedan itu mengangguk perlahan. Hana dan Aina tersenyum lebar lantas berpelukan antara satu sama lain, dengan Zarief iman berada di tengah-tengah.
"We always love you Iman. Always." ujar Hana dan Aina serentak. Sambil mengeratkan pelukan. Zarief iman membalas pelukan mereka sambil menangis.
"Iman sayangkan kak Hana dan kak Aina juga."
Zarith irfan dan Zaquan ilham hanya melihat dari luar. Mereka juga turut bersedih dengan nasib yang adik mereka hadapi. Sudahlah ada penyakit, kena jaga mereka dari bahaya. Setiap hari kena menghadap bahaya daripada musuh-musuh.
"Aku nak adik aku kembali sihat macam dulu. Gembira selalu. Aku rindu dia yang zaman tu. Bukan sekarang." ujar Zarith irfan perlahan. Zaquan ilham mengangguk perlahan.
"Yeah. We miss our old sister so much. Dia seperti patung dah sekarang. Reaksi muka tak ada. Hanya kekosongan dalam diri dia."
•••••••••••••••••••••••••
"Assalamualaikum."
Rabi yang sedang membaca memandang pintu wad nya. Terlihat Keith menjenguk kepalanya sedikit.
"Boleh aku masuk?" soal Keith. Rabi tersenyum nipis.
"Masuklah." pelawa Rabi. Dia menutup buku lalu diletakkan di meja sebelahnya. Keith duduk di sisi katil gadis itu. Dia memandang wajah gadis itu lama sebelum menghadiahkan senyuman manis.
"Sihat dah?"
"Alhamdulillah makin sembuh. Terima kasih ye Keith, sebab tolong aku."
Keith menunduk. Kenapa pula perlu berterima kasih pada dia?
"Aku yang patut berterima kasih. Sebab kau selamatkan aku. Kalau tak, mesti aku yang ada kat tempat kau sekarang kan?"
Rabi tersenyum nipis. "Tak ada apa hal. Jangan la rasa bersalah sangat. Yang penting kau selamat." Keith tersenyum manis. Baru sahaja ingin membuka mulut, terdengar pintu wad gadis itu dibuka dari luar.
"Eh Omey?"
Omey hanya menayangkan muka kosong sahaja. Matanya menjeling Keith sekilas sebelum bergerak ke sebelah Rabi. Makanan yang dibawa diletakkan di atas meja bersebelahan katil.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Omey datar. Keith mengemam bibir.
Adu-- salah apa pula aku buat ni.....
"A--aku...aku"
Omey menjongketkan keningnya.
"Aku apa?"
"Dia saja la datang melawat aku. Ish kau ni pun. Agak agak la nak tanya. Macam nak marah je. Menggigil lutut budak ni." potong Rabi cepat. Tengok jela air muka si Omey ni. Ketat macam nak ajak gaduh. Muka minah ni jarang sangat nak senyum. Cubalah senyum sikit macam dia ni ha. Menayangkan gigi putih seputih gigi Fazura kerana memakai colgate optic white.
Pakailah colgate optic white. Wink !
Omey menjeling Rabi sesaat sebelum mengeluh. "Yela yela. Dah berapa lama kat sini?"
"10 minit."
Omey mengangguk. Dia kemudian mengambil makanan tadi lalu satu bekas diberikan kepada Keith. Keith terpinga-pinga. Dia tunjuk pada dirinya seolah-olah bertanya 'untuk aku ke?'
Omey mengeluh. Ala mamat ni. Ada juga aku lempang kasi cepat tangkap nanti. Omey mengangguk.
"Ye Keith. Untuk kau. Alang-alang aku ada beli lebih ni. Kau pun ada, aku bagi jela. Ingatkan nak bagi kat Qila, tapi dia nanti aku belikan yang lain." kata Omey. Tangan masih setia menghulur makanan. Keith tersengih. Huluran Omey disambut. Sempat ucapan terima kasih diberi sebelum dia membuka bekas tu.
Waaa-- nasi goreng Pattaya. Sedap sedap !
Rabi hanya tersenyum. Omey kemudian duduk di sisi katil Rabi sambil berborak kosong dengan gadis itu. Keith pula makan nasi goreng Pattaya itu dengan diam di kerusinya. Sambil-sambil itu dia mengerling wajah Rabi yang dihiasi senyuman yang manis milik gadis itu.
Senyuman kegemaran dia.
Keith menyimpan senyum. Tak apalah, nanti aku confess kat dia satu hari nanti.
Omey yang sedang berborak dengan Rabi kadangkala mengerling sekilas wajah jejaka di depannya. Macam lah dia tak perasan, yang si Keith ni asyik lihat Rabi dalam diam. Tapi dia tak tegur.
Hmm...ada bau-bau nasi minyak ni. Tak sabar nak makan.
"Haih-- sendu aku macam ni. Apalah nasib jadi seketul Omey yang cantik jelita meletops ni."
Share this novel