Keith aryan memerhati gadis di hadapannya ini dengan pandangan sayu. Separuh hatinya bersyukur kerana gadis itu selamat. Separuh lagi hatinya sedih dan menangis kerana menganggap dirinya adalah punca gadis itu terlantar di hospital. Keith aryan melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan katil Rabi.
"Rabi⎯aku ucapkan terima kasih sebab kau dah selamatkan aku. Tapi disebabkan aku juga, kau yang kena langgar. Aku minta maaf, Rabi. Sepatutnya aku yang ada ditempat kau sekarang ni." Keith aryan memandang seluruh wajah milik Rabi.
Cantik. Masih cantik walaupun terdapat beberapa kesan calar di wajah gadis itu. Tapi masih tidak mencacatkan kecantikannya.
"Rabi⎯aku tahu terlalu awal aku cakap benda ni. Aku sukakan kau. Aku cintakan kau. Aku tahu pengenalan kita terlalu singkat. Tapi still⎯aku cintakan kau. Aku ikhlas nak jadikan kau suri hati aku. Tapi, mungkin aku tak layak untuk kau. Kau layak untuk lelaki yang lain. Lelaki yang lagi bagus daripada aku." ujar Keith aryan meluahkan isi hatinya.
Benar⎯dia ikhlas mencintai gadis itu. Sejak pertama kali dia melihat gadis itu, hatinya mula terpaut. Apatah lagi mereka sebagai pekerja dan bos yang sentiasa bersama⎯lagi membuakkan rasa cinta dia pada gadis itu.
Walaupun dia kaya, dia mampu untuk menanggung gadis di hadapannya ini, tapi dia masih rasa yang gadis ini layak mendapat lelaki lain.
"Thanks, Rabi. Sebab sudi berkawan dengan aku. Sudi berbual dan berborak dengan aku. Layan perangai aku yang tak matang ni. Sejujurnya⎯aku selesa dengan kau. Kau perempuan bukan mahram aku yang pertama buat hati aku tenang. Thanks for everything, Rabi." Keith aryan tersenyum manis, walaupun dia tahu gadis itu tidak nampak.
"Where is she?"
Kedengaran suara seorang perempuan yang berdekatan dengan pintu wad Rabi. Kemudian⎯pintu itu terbuka sebelum muncul tiga orang gadis di hadapan pintu itu.
"Ya Allah! Rabiiii!"
Omey dan Qila berlari mendapatkan kawannya. Dua orang gadis itu berdiri di sebelah katil Rabi, berhadapan dengan Keith aryan.
"Ya Allah Rabi. Macam mana boleh jadi macam ni?" ujar Qila sayu. Matanya mula berkaca melihat kawannya terbaring di atas katil.
Omey memandang jejaka di hadapan mereka. Dia mengerutkan kening.
Ini bukan ke⎯kawan Luth mikael?
Dia buat apa kat sini?
"Hey, kau kawan Luth kan? kau buat apa kat sini?" soal Omey serius. Kalau apa-apa yang berkaitan dengan Luth mikael, dia agak serius. Sebab dia menyampah dengan mamat tu.
Terus terang⎯dia masih tak dapat nak maafkan Luth mikael. Apa yang mamat tu buat dekat kawan dia memang tak dapat dimaafkan.
Keith aryan meneguk air liur kesat. Aduu⎯apasal la dia rasa bilik ni dipenuhi aura gelap ea.
"Yes. Aku teman Rabi. Sebab⎯"
"Apa kaitan kau dengan dia? Kau tak ada hubungan apa pun dengan kitorang." potong Qila. Mukanya mula serius. Iris hazelnya memanah tajam anak mata Keith aryan.
Keith aryan terasa nak menangis.
boleh tak sesiapa tolong dia sekarang ni? please laaa!
"A...a...aku pun..ca"
"AKU APA?!" jerkah Omey. tergagap-gagap. Dia paling pantang orang tergagap-gagap. Kau fikir kau budak 3 tahun yang baru nak belajar cakap ke?
"Aku punca dia masuk hospital. Dia selamatkan aku daripada kena langgar. But at the end⎯dia yang kena. I'm sorry. I'm sorry. Patutnya aku yang kena langgar. Bukan dia." jawab Keith aryan laju. Dia menekur memandang pehanya sambil kedua tangan memegang erat seluar jean. Matanya mula berkaca, tinggal tunggu tumpah saja.
Omey dan Qila terdiam. Kena langgar? Tapi siapa?
"Don't worry, Keith. Kau tak salah. Apa yang Rabi buat tu betul." sampuk seorang gadis dari belakang. Ketiga-tiga orang di dalam wad itu menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Keith aryan membulatkan mata.
"Za-zarief?"
Zarief iman mengukir senyuman tipis. Alahai, janganlah pandang dia macam nampak hantu.
"Jangan risau, niat Rabi baik. Dia tak nak kau kena langgar. Jadi, dia korbankan diri dia. But⎯alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur dia." tangannya yang penuh dengan tatu mengusap lembut wajah rakannya. Dia tersenyum nipis.
Lalu memandang dua orang wajah rakannya yang seperti sedang menahan amarah. Dia menggelengkan kepala.
'Not his fault.'
Omey dan Qila yang dapat membaca gerak bibir zarief iman menarik nafas lalu menghembusnya perlahan. Betul⎯bukan salah lelaki tu.
"Ta-tapi. Aku tetap rasa semua ni salah aku."
"Stop salahkan diri kau. Ini semua takdir. Ini juga mungkin ujian buat Rabi. Kita sebagai hamba Allah⎯kena yakin dan percaya dengan apa yang berlaku. Jangan pernah mengeluh. Jangan pernah merungut. Setiap ujian yang Allah beri tu tak akan melebihi kemampuan kita. Maksudnya kat sini ⎯apa yang Rabi hadap sekarang ni, masih lagi dalam kemampuan dia. Kita sebagai kawan dia, kena berdoa pada Allah supaya dia diberikan kesembuhan dan kesihatan. Got it?" terang Zarief iman dengan jelas.
Keith aryan mengangguk.
Ye⎯semua ni ujian. Allah nak uji takat mana kesabaran dan ketabahan hambanya dalam menempuhi sesuatu ujian dan cabaran. Allah itu Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang. Dia tak akan memberi ujian melebihi kemampuan kita.
Klak!
"Keith! Aku ada bawa makanan ni. Kau makanlah. Ni semua fav-"
ayat Harraz zariel tergantung apabila ternampak tiga orang gadis di dalam wad itu. Luth mikael dan Luth uqael mengerutkan dahi apabila rakannya tercegat depan pintu.
Ini apa pasal?
"Harraz? Kau kenapa ni? tercegat dekat situ. masuk cepat boleh tak? mesti keith dah lapar⎯"
Luth mikae menoleh ke dalam wad lalu dia terkesima. Jantungnya berdebar laju bersama dengan nafas yang tersekat.
Tak-tak mungkin. Adakah ini mimpi?
"I-iman?"
Hehe sorry kalau mengarut..saya pun taktahu apa yang saya tulis..harap awak semua stay membaca..walaupun agak membosankan huhuuu..tq pada yang sudi baca..sayang korang muah
Share this novel