Bahagia dengan Aliya ?
Luth mikael tidak dapat menafikan yang dia agak bahagia bila dapat bersama dengan Nur aliya. Cuma dia pelik, setiap kali dia minta untuk 'bersama' dengan Aliya , mesti Nur aliya akan mengelak. Bermacam-macam alasan yang dia bagi.
Sakit perut lah.
Period la.
Tak sihat lah.
Takde mood lah.
Luth mikael termenung jauh.Tiba-tiba teringatkan Zarief iman.Sudah dua minggu lamanya mereka tidak berjumpa.Entah mengapa⎯dia rindu dengan jandanya itu.Biasanya, bangun pagi je akan ada sarapan dah tersedia atas meja.Jandanya itu akan duduk menunggunya di situ.Jandanya juga pandai mengemas rumah⎯boleh dikatakan semua kerja di rumah ini jandanya akan uruskan.Dia balik je dari kerja berkilat rumah ni macam baru pindah.
Tapi tidak pada isterinya yang sekarang⎯
Memasak, basuh baju atau lagi senang cerita semua kerja rumah ni, semuanya bergantung pada maid.Kata isterinya, taknak tangan kotor.Dia pun turutkan saja⎯kalau tak nur aliya akan tidur bilik berasingan dengan dia.
Dia bukan nak cakap apa⎯tapi dia lebih senang dengan sikap jandanya berbanding nur aliya.
"Iman, kalau diberi peluang kedua⎯kau akan terima aku balik ke ?",gumam Luth mikael perlahan.Dia menghela nafas perlahan.Luth mikael tersentak apabila sepasang tangan menjalar di pinggangnya.Serentak dia menoleh memandang nur Aliya yang sedang mamai .
"Biy , you tak tidur ke ?", soal nur Aliya perlahan.Matanya tertutup seraya menguap besar.Rambutnya serupa hantu kak limah.Serabut !
"Saya dah nak tidur ni.Awak sambunglah tidur.", lembut suara Luth mikael berkata.nur Aliya terus tidur tanpa menunggu Luth mikael.
Penat bershopping sakan siang tadi dengan 'pakwe' dia.
"Aku tak tahulah Iman⎯tapi entah kenapa aku rasa apa yang aku nampak selama ni adalah salah faham.Aku akan cari tahu sendiri."
••••••••••••••••••
Zarief iman yang sedang duduk menghadap komputer dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu biliknya.
"Masuk", laung Zarief iman sambil mata tidak lepas memandang komputer.Zaquan ilham masuk ke dalam bilik adiknya setelah mendapat keizinan.Dia merapatkan sedikit pintu bilik tersebut,tidak menutup sepenuhnya. Dia melangkah ke arah adiknya yang khusyuk menghadap komputer di meja dalam bilik tersebut.
"Adik, adik tak tidur lagi ?", soal Zaquan ilham sambil duduk di hujung birai katil.Zarief iman melihat abangnya lalu menggeleng perlahan sambil tersenyum nipis.Dia kemudian melihat semula komputer di hadapannya.
"Adik tak ngantuk lagi.Along tu⎯tak tidur lagi ?"
"Along tak ngantuk lagi.Baru lepas tidurkan Aisyah.",ujar Zaquan ilham.Dia merenung wajah adiknya.Tiada seri.
Hanya kosong.Seperti dulu.
"Adik." , seru Zaquan ilham perlahan.Zarief iman memandang abangnya dengan kening dijongketkan sedikit tanda apa.
"Adik⎯tak sedih ke ? Sebab bercerai ? He's your first love , you love him very much, aren't you ?",soal Zaquan ilham.Zarief iman tersenyum nipis.Dia mengangguk.
Betul.Luth cinta pertamanya.Dia jatuh cinta kerana layanan lelaki itu padanya sangat baik. Layan bukan seperti seorang adik⎯tapi layanan seperti orang terpenting dalam hidup lelaki itu. Tapi⎯semuanya berubah bila Luth mula tuduh dan benci dia. Mereka dah tak berjumpa⎯nampak je buat bodoh.Tapi cinta dia masih utuh.
Tapi apakan daya⎯jodoh tak panjang. Sedih tu memang sedih , tapi taklah sampai meroyan meraung. Ini takdir dia , bahagian dia⎯dia kene terima dengan redha dan rela.
Perancangan Allah itu baik.Ada hikmah disebalik semua ni.
"Yes , dia cinta pertama adik. Tapi mungkin dia bukanlah cinta terakhir hingga akhir nafas adik. Jodoh kami tak panjang⎯dia dah ditakdirkan dengan orang lain , sementara adik masih lagi menunggu siapa jodoh adik yang sebenar.Takpelah along, adik redha.Ini bahagian adik , mungkin Allah dah tetapkan orang yang lagi baik untuk adik⎯yang boleh terima diri adik sepenuhnya. "ujar Zarief iman tenang.Zaquan ilham terdiam.
Entah kenapa⎯dia rasakan jodoh adiknya masih kuat dengan Luth mikael.Hati dia kuat mengatakan hal itu.
"Adik⎯kalau adik ditakdirkan untuk bersama dengan Luth balik, adik terima tak ?"
Zarief iman tersentak mendengar soalan tersebut, namun riak wajahnya dibuat tenang.
"Kalau dia jodoh adik, adik terima.Tapi⎯layanan adik dengan dia mungkin tak sama macam dulu.Ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri dengan dia."ujar Zarief iman tenang.
Yelah⎯takkan lah dah gaduh semua, dah cerai pastu bila kahwin balik terus berbaik.Erk⎯mungkin orang lain boleh la tapi bukan dia.Rasa pelik. Akwward. Dah lah hina-hina dia, tiba-tiba berbaik terus.
Kau pelik tak ?
Tak ? kau bukan manusia. Pergi planet pluto sana⎯
Zaquan ilham mengangguk tanda faham. Dia kemudian bangun lalu berjalan ke arah adiknya.Kepala adiknya diusap lembut.
"Along doakan semoga adik dapat lelaki yang terima diri adik seadanya⎯yang boleh terima kisah silam adik. Yang boleh jaga adik dengan baik⎯sama macam along, angah dengan ayah jaga adik. Yang boleh sayang adik macam mana kami sayang adik.Kalau boleh lebih dari kami. Kalau kitorang dah tak ada pun⎯dia boleh jaga adik." kata Zaquan ilham lembut. Zarief iman mula terasa sebak.
Tidak semena-mena peristiwa lalu terimbau kembali. Di mana abang-abangnya sanggup korbankan diri demi selamatkan dia dan kawan-kawan dia. Hampir luruh jantung dia bila Zaquan ilham berada dalam keadaan kritikal. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan dia masa itu.
Sangat takut.
"Abang, tolong jangan cakap macam ni.Kalau adik dalam bahaya pun⎯tolong jangan buat macam dulu.Adik tak sanggup nak hilang sesiapa. Cukuplah along dengan angah korbankan diri sebab adik. Kalau bukan sebab adik⎯abang hampir mati. Tolong jangan buat macam tu lagi. "lirih suara Zarief iman berkata. Empangan air matanya pecah jua. Dia menangis sambil mengemam bibir, menahan esakan yang akan keluar.
Zaquan ilham terus memeluk adiknya erat.Emosi adiknya mula tidak stabil.Salahnya juga cakap macam tu lagi⎯
"Hey, jangan cakap macam tu. Adik tu puteri kitorang⎯mestilah kitorang sanggup korbankan diri kami.Malah nyawa kitorang sekalipun. Kalau adik tak ada, siapa nak layan perangai tak semenggah along dengan angah? Kitorang tak sanggup hilang adik. 3 bulan tanpa adik buat hidup kitorang tak ada hala tuju. Along dengan angah ada untuk adik. Apa-apa masalah tolong cakap dengan kami. Jangan pendam. Kalau ada orang cari pasal⎯bagitahu along atau angah. Jangan biarkan.Along taknak kes dulu berulang semula. Along risau, sayang. Rief satu-satunya adik perempuan along. Tolong ye, jangan rahsiakan apa-apa dari along. Janji ?" ,pujuk Zaquan ilham sambil mengusap badan belakang adiknya.
Zarief iman menyembamkan mukanya di dada tegap abangnya.Dia teresak perlahan di situ.Dia tak janji⎯dia taknak berjanji. Dalam keadaan hidupnya macam ini, dia tak boleh berjanji hidupnya boleh bertahan.Nyawanya bila-bila masa terancam.Sama ada musuhnya, atau penyakitnya.
Tapi dia berjanji untuk lindungi keluarga dia selagi dia mampu.Itu yang dia janji.
"Sudah lah tu menangis.Dah tak comel dah adik along sorang ni. Busuk ! Rief mandi ke tak ni ? Busuk je along bau." usik Zaquan ilham. Sengaja ingin menceriakan suasana⎯taknak adik dia tenggelam dalam masa lalu.
Zarief iman mencebik.Dia memukul lembut bahu abangnya."Orang dah mandi lah.Wangi tau." rengek Zarief iman manja. Zaquan ilham ketawa lalu menggomol wajah adiknya. Zarief iman cuba mengelak sambil ketawa terbahak-bahak.
Zarith irfan yang mengintai dari luar hanya tersenyum.Air matanya yang mula keluar sedikit dilap perlahan. Dia bahagia jika adiknya bahagia.
"We'll always be with you , our little princess. My strong girl."
Share this novel