"Biy , i nak keluar kejap.Nak shopping barang sikit. "ujar nur Aliya tanpa memandang ke arah Luth mikael. Matanya sibuk memakai gincu merah di bibir nipisnya. Dia kemudian tersenyum melihat kecantikan diri dia di hadapan cermin.
Oh my , lawanya dia.
Luth mikael mengerutkan dahi."Awak ni dah rajin sangat keluar shopping, sayang . Saya tengok satu hari tu hampir RM5000 awak belanja. Awak beli apa? " soal Luth mikael. Tangannya ligat membetulkan tie leher berwarna biru yang dipakainya bersama kemeja hitam.
nur Aliya mendengus. "Alaa, macam lah biy tak tahu. I kan shopping baju, handbag semua. Takkan biy tak kenal lagi I macam mana ?" tutur nur Aliya selamba. Luth mikael mendengus. Dia mencekak pinggang sambil tangan kanannya mengurut pelipis.
Pening dengan sikap isterinya.
"Awak ni tak boleh ke berjimat sikit ? Jangan melabur sesuka hati⎯syarikat saya ada masalah sekarang ni. Awak pula belanja duit tak ingat dunia. Tolong fikir masak-masak boleh tak? Apa lagi tak cukup? Saya rasa semua barang dah ada dekat dalam rumah ni."
"Eh, pagi-pagi lagi you dah membebel. Kalau kedekut nak keluar duit cakap jela. Takkan dengan isteri sendiri nak berkira?! Dah tak sayang I ke? Masalah syarikat tu you punya pasal, bukan I. So⎯jangan larang I nak guna duit.Kalau tak I tidur bilik lain." ugut nur Aliya dengan tidak matang. Macam budak-budak umur 4 tahun.
Childish.
Nur aliya kemudian terus keluar dari biliknya menuju ke bawah. Tanpa menunggu Luth mikael yang jelas terkaku berdiri tegak di dalam bilik. Sempat dia menghempas kuat pintu bilik tersebut. Dia tersenyum sinis.
"Cepatlah kau miskin.Aku nak berambus dari sini. Senang hidup aku."
Luth mikael di dalam bilik hanya mengeluh perlahan. Dulu perangai Nur aliya tak macam ni, tapi sekarang⎯dah lain. Dah mula melawan dia.
Dia dah lah stress dengan masalah syarikat dia yang mula hampir muflis. Entah siapa yang khianat dia⎯sampai duit syarikat habis lesap. Dia betul-betul tertekan sekarang ni.
"Sampai bila aku nak hadap macam ni hari-hari."
Luth mikael terus turun ke bawah. Kelihatan Tengku julia sedang sarap seorang diri di meja makan. Sejak Nur aliya menjadi ahli keluarga ini⎯hubungan dia dan ibunya sedikit renggang. Pernah ibunya menghalau mereka keluar dari rumah gara-gara sebab dia menceraikan Iman. Nasib ayahnya tolong redakan kemarahan ibunya.
"Hah, yang kamu termenung situ buat apa? Bini kamu tu dah keluar. Ingat ni hotel dia ke keluar masuk sesuka hati? " tegur Tengku julia sambil menyuap mi hun ke dalam mulutnya.
Luth mikael tersenyum nipis. Tak sedar dah turun bawah. Tu lah, mengelamun lagi. Nasib tak jatuh.
"Tak adalah ibu. Luth tengah fikir pasal syarikat." jawab Luth mikael lembut. Dia mengambil tempat duduk berhadapan ibunya. Tengku julia mengerutkan dahi. Dia berhenti menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Matanya fokus kepada wajah anak sulungnya.
Nampak letih.
"Luth⎯kamu kenapa ? Apa yang jadi kat syarikat tu? Muka kamu pun makin letih ibu tengok." ujar Tengku julia risau. Memang lah dia masih marah dengan anak dia⎯tapi tak lama. Luth mikael masih anaknya. Mana ada ibu yang sanggup marah dengan anaknya lama.
Luth mikael mengeluh. "Entahlah ibu. Makin hari syarikat Luth hampir muflis. Duit syarikat pula boleh lesap. Macam mana Luth nak buat projek kalau tak ada duit? Bukan sikit yang lesap, semua duit syarikat entah hilang ke mana." ujar Luth mikael lemah. Hilang selera makannya pagi ini.
"Qael tak tolong ke ? Dia kan kerja dengan kamu⎯takkan dia tak tahu ?" pelik Tengku julia. Luth mikael mengangguk.
"Qael tahu. Dia pun tengah pening sekarang ni. Bila-bila masa je syarikat Luth akan muflis. Sudahlah ayah dah penat bangunkan syarikat tu." jawab Luth mikael. Tengku julia melihat anaknya sayu.
"Luth, berusaha lagi sayang. Ibu yakin syarikat kamu akan pulih semula. Jangan pernah putus berdoa pada Allah. Dia Maha Mendengar. " nasihat Tengku julia pada anaknya. Luth mikael hanya mengangguk. Tidak semena-mena bayangan Zarief iman muncul.
"How I wish you will be here with me."
Share this novel