CHAPTER 22

Drama Series 15767

Zarief iman merebahkan badannya di atas katil yang empuk.Mereka masih berada di atas kapal terbang memandangkan mereka guna private jet milik keluarga Zarief iman.

Zarief iman meregangkan badannya hingga terdengar bunyi lekuk lekuk tulang . Maklumlah - penat mengangkat barang.Yang Rabi dengan Qila boleh pula main kejar -kejar dekat lapangan terbang , alkisahnya si Rabi ni pergi curi gula-gula Qila , yang Qila pun tak puas hati dikejarnya Rabi sampai dua ekor tu penat.

Barang diorang yang angkatnya Omey dengan Zarief iman. Nak mengamuk dua orang ni jadinya , tapi sabar jela.

Zarief iman mengambil telefonnya lalu memeriksa mesejnya . Terdapat 4000 mesej yang belum dibaca. Zarief iman mengeluh perlahan. Penat betul bila ada dua kerja ni.

Baik dia lelap sekejap.Tapi tak sampai seminit matanya terbuka semula. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Ergh , macam ni la nak berak . Penat la macam ni . Ni mesti kes makan masakan Omey ni. Kata sambal nasi lemak tapi serupa sambal untuk nasi ayam. "

****

Harraz zariel yang sedang membelek instagram di telefonnya terhenti apabila terpapar nama ig sahabat Zarief iman a.k.a crush dia.

Omejiii ! His crush -

Harraz zariel terus membuka akaun itu sebelum di stalker satu persatu. Seketika matanya membulat .

"What the - model terkenal kat Mexico rupanya. Patutlah pandai bergaya." gumam Harraz zariel perlahan. Matanya setia melihat skrin telefonnya.Kadang-kadang Harraz zariel terkaku kerana hanya sekeping gambar sahaja - sudah melebihi 700,000 like.

Ini kalah Mira Filzah !

Namun , satu gambar milik gadis itu membuatnya tertarik. Dalam gambar itu memaparkan gadis itu memakai telekung berwarna putih bersama-sama dengan Al-Quran di dalam pelukannya. Wajahnya tersenyum melihat kamera. Serta - merta jantung Harraz zariel berdegup laju.

Jantung , jangan buat hal ! Jangan terkeluar dulu . Nanti aku tak dapat kahwin dengan dia.

Caption yang terpapar di bawah dibaca Harraz zariel.

"Sejahat apapun diri kau , jangan pernah putus asa untuk berubah . Solat lah meskipun kau sentiasa berbuat jahat , solatlah meskipun kau sentiasa melakukan maksiat. Jangan pernah tinggalkan solat . Kerana masa itulah kau memohon dan meluahkan segala-galanya pada yang Maha Esa. Jangan berasa diri tu tak layak jadi penghuni syurga , sedangkan kau ada peluang untuk menjadi penghuni syurga."

♡ : Nafisah Aqilah

Harraz zariel tersentuh dengan ayat gadis itu. Hatinya berasa tenang saat membaca ucapan itu. Seolah - olah ditujukan untuknya sahaja.

"Nafisah Aqilah."

Hati Harraz zariel mula memberontak mahukan gadis itu. Walaupun tidak pernah bersua muka dan bertegur , namun Harraz zariel berusaha untuk mendekati gadis itu. Lagi senang kerjanya apabila gadis itu merupakan sahabat kepada janda Luth mikael.

"Aku tak tahu apa yang kau dah buat pada aku , Nafisah. Tapi , hati aku memberontak nak kan kau. Start from now - you will be mine. Mine only ."

Qila yang sedang menghadap komputer tersentak apabila telefonnya menerima banyak notifikasi.Iphone 14 pro max bewarna ungu diambilnya lalu di on kan .

Seketika dahinya berkerut apabila satu akaun di ig menyukai semua gambarnya.

Eh , dah sape pulak ni ? stalker ke -

Meremang pulak bulu roma ni.

Ting !

"I've seen you in front of my eyes. You really beautifull. Like an angel. I hope we can meet again , and i will trying to take your heart . "

Berkerut kening Qila. Amende mamat ni ? seram sia. Tibe je.

Rasa nak buang pulak akaun ig ni. Huaa -

"Siapa orang ni ? buat seram je. Dah lah malas nak layan. Baik aku buat kerja ." telefonnya terus ditutupkan. Aku nak fokus ni. Jangan kacau.

Nyah kau !

"Kau tunggu , aku cari pasal kau nanti. Nak ambik hati aku konon . Silap silap belum amik hati aku - peluru kau dapat. Heh ."

••••••••••••••

Harraz zariel tersengih apabila si gadis tidak membalas chatnya.

Heh ! Tak kisah.

Dia nak ganggu gak. Saja kacau crush .

Ting !

"Kau ni sape ? Aku pernah nampak ke ? "

Yess !! Crush balas !

Laju jari jemari Harraz zariel membalas. Excited punya pasal .

"Macam mana nak nampak kalau saya dah duduk dekat hati awak. " dan -

SEND !

Harraz zariel ketawa halus . Hatinya melompat keriangan. Tiba tiba rasa diri ni macam budak budak.

Ting !

Harraz zariel terus membuka chatnya dengan si gadis.

"Lelaki gila ! "

Berderai ketawa Harraz zariel. Aduhai - lelaki gila pun gila la. Asalkan dapat chat dengan crush.

Aduhai bahagia betul .

"Kau buat aku makin rasa nakkan kau , Nafisah. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience