Terkejut? Semestinya!
Tak sangka rupanya dia bekerja di syarikat milik crushnya sendiri. Macam tak percaya sahaja⎯crushnya ialah bos dia sendiri.
Oh Tuhan⎯dia rasa nak pengsan buat kali yang ke 120 kali.
Dan yang paling menggembirakan⎯sejak daripada dia tahu yang gadis itu ialah bosnya, hubungan mereka menjadi lebih rapat. Gadia itu sangat happy go-lucky dan gila-gila. Sama sahaja sepertinya. Cuma masa bekerja sahaja gadis itu akan serius. Dan dia paling suka lihat wajah gadis itu ketika sedang bekerja dan serius.
Sexy and hot as hell!
"Keith⎯kenapa kau tak kerja dekat syarikat ayah kau? Kau kan anak orang kaya⎯why pilih untuk jadi pekerja?" soal Rabi hairan. Aneh betul mamat depan dia ni. Orang lain jadi CEO, COO, tapi mamat ni jadi pekerja biasa.
Keith aryan menggaru keningnya sambil tersengih. "Aku malas la. Asyik jadi CEO je⎯so aku pilih jadi pekerja biasa. Cuma tak lama la, sebab lambat laun aku tetap akan ambil tempat ayah aku. Jadi aku jadi pekerja ni tak lama." terang Keith aryan jelas. Rabi hanya mengangguk faham. Hidup dia⎯lantak dia lah. Asalkan tak ada kaitan dengan aku.
Kan?
"Keith, jom lunch? Kita lunch kat luar. Aku rasa kita tak pernah lunch sama-sama. Sementara aku masih ada lagi dekat sini⎯nanti minggu depan aku dah kena pergi luar negara semula. Sini pun dah tak ada masalah. So⎯shall we?" ujar Rabi. Keith aryan mengangguk laju. Mesti dia akan rindukan gadis ini nanti.
Memandangkan terdapat sebuah restoran yang berdekatan dengan syarikat Rabi, jadi mereka hanya makan di situ sahaja. Ketika mereka sedang ingin melintas, terdapat sebuah kereta yang laju dari arah kanan ingin merempuh Keith aryan. Rabi yang ternampak akan hal itu terus menarik jejaka itu kebelakang manakala dia berada di tempat Keith aryan berdiri sebentar tadi.
BAM!
Badan Rabi melantun jauh hingga ke bahu jalan. Hentakan kedengaran begitu kuat hingga menarik perhatian orang ramai disitu. Keith aryan terkaku sebelum dia dengan lajunya berlari ke arah gadis itu.
"RABIII!!"
Keith aryan memangku kepala gadis itu di atas pehanya. Darah yang mengalir dari mulut gadis itu dilap perlahan, walaupun darah masih lagi keluar dengan banyaknya.
Badan Rabi tersentak-sentak. Dahinya berkerut menahan kesakitan yang teramat. Badannya tidak boleh bergerak akibat terhentak di jalan dengan terlalu kuat. Matanya memandang ke arah Keith aryan. Kelihatan wajah lelaki itu amat risau dan sedih. Sempat Rabi menghadiahkan senyuman nipis sebelum perlahan matanya tertutup.
Keith aryan yang melihatnya terpempan. No! No!
"Rabi⎯open your eyes please!! Rabiiii!!! Ya Allah!!!! Sesiapa tolong panggil ambulans!!! CEPATTTTT!!!" jerit Keith aryan kuat. Tangannya menepuk perlahan pipi gadis itu.
Tuhan⎯tolong selamatkan dia!
"Bertahan Rabi."
•••••••••••••••
Zarief iman yang seperti tergesa-gesa itu dipandang pelik oleh Omey dan Qila.
Laa, dah kenapa minah ni?
"Rief, are you okay? Kau nampak tergesa-gesa. Kenapa ni?" soal Qila hairan. Zarief iman memandang mereka sebelum keluhan dilepaskan. Rambut hitam pekatnya disebak kebelakang sebelum diikat menjadi messy bun.
"Rabi⎯she's accident."
Omey dan Qila membulatkan mata mereka. Kawan mereka⎯kemalangan?
"Ya Allah, macam mana Rabi boleh accident? Mana kau tau ni, Rief?" Zarief iman menghela nafas lemah.
"Nanti aku cerita. Now aku nak bersiap. Korang nak ikut tak? Kalau nak⎯cepat bersiap. Kita naik private jet aku." Omey dan Qila terus mengangguk. Mestilah mereka nak ikut⎯kawan mereka tu!
••••••••••••••••
"Keith!!!"
Keith aryan yang sedang termenung tersentak apabila namanya dilaung dari jauh. Kelihatan Harraz zariel dan kawannya yang lain sedang berlari ke arahnya.
"Keith⎯kau ok? What happen? Macam mana kau boleh masuk hospital ni?" soal Harraz zariel bertubi-tubi. Luth mikael dan Luth uqael hanya mengangguk. Mana taknya⎯tengah sedap main game dekat fon, tiba-tiba mamat ni call. Baru nak mengamuk tapi bila dengar suara cemas Keith aryan yang katanya dekat hospital sebab kemalangan terus sahaja membatalkan niat jejaka itu.
Apalagi⎯bergegas dia ke rumah Luth mikael. Tak banyak bunyi, diangkut dua-dua mamat ni datang hospital.
"Aku okay. Cuma⎯Rabi je yang ada kat dalam. Dia yang kena langgar. Semuanya sebab aku." kata Keith aryan sayu. Mereka mengerutkan kening.
"Sebab kau? Kenapa? Kau ada buat apa-apa kat dia ke, Keith?"
"Dia selamatkan aku dari kena langgar. Patutnya aku yang kena, bukan dia. Now⎯dia yang ada kat dalam sekarang ni." Matanya mula berkaca sebelum air mata menitis turun ke pipi. Entahlah⎯dia rasa serba salah. Sepatutnya dia yang dilanggar, bukan gadis itu.
Luth uqael menepuk perlahan bahu Keith aryan. Menyalurkan semangat buat kawannya.
"Don't worry, bro. InshaAllah⎯everything will be fine. Kau berdoa sahaja pada Allah. Allah itu Maha Pendengar. Titipkan kesihatan dan keselamatan untuk Rabi dalam doa kau." kata Luth uqael. Dia kemudian memandang baju Keith aryan yang sudah berwarna merah. Mungkin kerana terkena darah gadis itu.
"Nah, pergi tukar baju. Aku ada bawa baju lebih. Aku tahu kau tak sempat nak tukar. Lagipun⎯tak selesa pakai baju yang dah kotor. Pasal Rabi⎯aku dengan yang lain akan settlekan." paperbag yang berisi baju yang dihulur Luth uqael disambut Keith aryan dengan lemah. Dia kemudian bergerak ke tandas berdekatan untuk menukar pakaian.
Setelah 5 minit pemergian Keith aryan, kelihatan lampu wad yang ditempatkan Rabi bertukar warna hijau. Tanda doktor sudah siap membuat rawatan.
Seorang doktor keluar daripada wad tersebut dengan wajah yang agak kelat. Luth mikael dan kawan-kawannya bangun mendekati doktor itu.
"Doktor, how's my friend? Is she okay?" soal Luth mikael pada doktor itu. Doktor itu memandang mereka bertiga dengan pandangan hairan.
Aik⎯tadi orang lain. Ni orang lain. Siapa pula dah ni⎯
"Sebelum tu saya nak tanya, awak semua siapa?" soal doktor itu. Mereka berpandangan sebelum Luth uqael menjawab.
"I'm her brother. How's my sister now?" soal Luth uqael serius. Doktor itu mengangguk faham. Walaupun sukar untuk dia percaya⎯tapi bila melihat pandangan maut daripada jejaka-jejaka di hadapan ini padanya, terus dibatalkan sahaja fikirannya.
"Alhamdulillah. Dengan izin Allah⎯adik awak selamat. Cuma saya perlu tahan dia untuk beberapa minggu, kerana terdapat beberapa tulang yang patah di bahagian belakang badannya kerana hentakan yang agak kuat. Kepalanya juga terdapat sedikit koyakan dan retak, namun Allah masih melindunginya, otaknya tidak terjejas. Pendarahan di kepala agak banyak⎯tapi tidak menjejaskan apa-apa. Saya telah masukkan sedikit darah dalam badannya akibat kekurangan darah. Apa-apa pun, kami akan pantau dia dari semasa ke semasa. Apa-apa perkembangan saya akan beritahu awak semua. Kalau awak semua nak melawat, tunggu esok sahaja. Kami tak benarkan sesiapa melawat pesakit hari ini. Saya akan pindahkan dia ke wad privasi." terang doktor itu jelas. Mereka mengangguk faham sebelum mengucapkan terima kasih.Doktor itu mengangguk lalu berlalu pergi. Penat-penat dia bercakap panjang lebar⎯last last mamat mamat tu cakap terima kasih je.
Tak apalah. Itu pun sudah memadai⎯
"Keith mesti gembira sikit sebab kesayangan dia ni dapat diselamatkan." ujar Harraz zariel. Mereka berdua mengangguk tanda benar. Bukan mereka tak tahu⎯kawan mereka sorang tu crush dekat Rabi. Tapi mereka diam sahaja.
Tiba-tiba je dapat berita ni. Tercabut jantung dibuatnya.
Share this novel