"Guys , jom pergi mall nak ? aku nak beli barang la.. jom nak ? jom la jom laaa .. " rengek Keith aryan dengan nada manja. Harraz zariel membuat memek muka jijik terhadap rakannya itu.
euww - pondan ke jantan ni ?
PAP !
"Tolong jangan buat macam ni la. Geli siaa. Rasa macam yang kau ni perempuan tau tak ? Perempuan pun tak macam ni . " ujar Harraz zariel dengan mata menjeling Keith aryan.
Keith aryan mengusap kepalanya. Aduh , bodoh lah dia macam ni nanti . Nanti takde sape nak dia. Muka dah lah hensem macam Cristiano Ronaldo , tapi otak jadi senget sebelah sebab kene tampar dengan Keith.
Luth mikael hanya menggeleng manakala Luth uqael hanya diam memerhati dua orang sahabatnya. Sejak dia bergaduh dengan abangnya haritu , mereka langsung tak bertegur sapa. sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Amarahnya masih ada.
"Dah lah , jom. Aku pun nak usha - usha gak baju apa yang ada. Kita naik satu kereta jelah. " kata Luth mikael seraya berdiri lalu berjalan keluar dari bilik pejabatnya. Tiga orang sahabatnya itu mula mengekor dari belakang sebelum masing masing mula menaiki kereta Alphard berwarna hitam. Perlahan lahan kereta itu bergerak meninggalkan syarikatnya.
**
"Widihh...Rambang sia mata aku . Semua lawa lawa. " bersinar sinar mata Keith aryan melihat barang barang yang ada di situ. Kedai baju ada , kasut ada , buku ada . Kedai jual perempuan -
ehhh .. jual perempuan takde ye . Tendang dalam loji taik kang .
Harraz zariel menggeleng melihat telatah Keith aryan yang serupa seperti beruk yang sedang terlompat lompat sambil garu ketiak. Mata pula bersinar dan bercahaya seperti baru mendapat hidayah dan cahaya nur.
Excited lebih. Heh .
"Tapi , sebelum kita pergi beli barang , boleh tak kita singgah cafe atau restoran dulu yang ada kat sini ? Aku dari tadi tak makan. Boleh ? " kata Luth mikael sambil memegang perutnya yang mula bermain drum dengan hebat. Harraz zariel dan Keith aryan hanya mengangguk.Luth uqael hanya diam memerhati abangnya.
Sebenarnya dia agak perasan sedikit beberapa hari ni , air muka abangnya seperti tiada seri. Takkan tak bahagia dengan nur Aliya kot ?
Mereka kemudian bergerak menuju ke sebuah restoran yang berdekatan di situ. Luth uqael mengangkat tangannya memanggil waiter lalu memesan beberapa makanan dan minuman sebelum waiter itu berlalu pergi . Mereka kemudian bermain dengan gajet masing masing. Sampai sahaja makanan , mereka terus membaca doa makan lalu makan dengan senyap. Sesekali mendengar celoteh Keith aryan.
Dengan tersembur sembur dia punya mee tu , sampai termasuk dalam air Luth uqael. Member pula tak perasan -
"Wehh , comel dho diorang . "
"Haah , macam budak budak sekolah. Paling comel yang pakai seluar jeans overall dengan hoodie putih tu. Aishh geramnyaa . "
"Hot sia yang jacket hitam tu. Kau rasa diorang single tak ? Aku nak usha . Mana tau sangkut sorang . "
" Aku cop hoodie hitam tu. "
Suara suara yang sedang bercakap itu sampai ke pendengaran 4 jejaka jejaka itu. Mereka mendongak memandang orang ramai. Dahi masing masing berkerut.
"Diorang cakap pasal siapa ni ? Comel ? Hot ? Aku ke tu ? " mula dah perasan si Harraz zariel ni. Ketiga jejaka itu menjeling Harraz zariel. Jantan ni lelebih pulak.Comel amendenya . Muka macam minta tendangan kuda je.
"Jap jap , guys cuba tengok hujung sana . " mereka memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Keith aryan. Kelihatan 4 orang gadis sedang berjalan bersama. Masing masing nampak hot dan comel.
Dan yang agak mengejutkan mereka , Zarief iman ada di situ. Dan pada pandangan diorang , Zarief iman nampak sangat comel. Terlalu comel dan cantik. Rakan rakannya yang lain lawa dan bergaya. Masing masing nampak seperti budak sekolah. Comel semua.
Mata Luth mikael tidak lepas memandang ke arah Zarief iman. Tak tahu mengapa jantungnya berdegup kencang melihat muka manis isterinya. Seperti bidadari sahaja.
"Weh , yang hoodie putih tu lawa. Aku nak minta nombor dia la. Kejap aku pergi sana. " ujar seorang jejaka bersebelahan meja Luth mikael dan 3 orang sahabatnya.
Berdesing telinga Luth mikael mendengarnya. Gelas airnya dipegang kuat sehingga sedikit retak. Tidak tahu mengapa hatinya mula membara dan cemburu mendengar ujaran lelaki tadi. Tanpa membuang masa dia bangun dari duduknya lalu menuju ke arah lelaki itu.
" Maafkan saya , tapi gadis yang awak maksudkan itu ialah isteri saya . Jadi saya mohon jangan minta nombor telefon dia . Faham ? " ujar Luth mikael dengan dingin dan datar. 3 sahabatnya agak terkejut dengan Luth mikael. Lebih lebih lagi Luth uqael.
Lelaki itu meminta maaf kepada Luth mikael. Luth mikael terus duduk semula di tempat duduknya sambil mata tidak lepas merenung Zarief iman yang mula mempamirkan senyuman manis kepada sahabat isterinya .
"Lawa sia yang pakai overall tu. Haih , aku nak jumpa bini kau lah , Luth. Nak minta nombor kawan dia. " ujar Keith aryan selamba. Luth uqael mengangkat sebelah keningnya. Playboy betul .
Mata Luth uqael terpandang akan gadis berbaju hoodie hitam itu. Sepertinya gadis itu agak diam dan dingin sikit. Tak lama selepas itu kelibat 4 orang gadis itu mula menghilang .
" Haih , aku tak puas tengok muka diorang. Dah hilang . " kata Harraz zariel dengan sayu. Baru nak tengok gadis jacket hitam tu dengan lama.
Hiks . Sedihnya hati ini. Menahan keperitan dan kesedihan.
" Kita ikut diorang. "
Tercengang Harraz zariel dan Keith aryan mendengar kata kata Luth mikael. Siyes la ?
"Kau biar betul ? "
"Yes , betul. Jom ikut diorang. Aku nak tengok bini aku dari jauh . Korang nak ikut , ikut. Tanak ikut , angkat kaki , pergi balik. Jom . "
"Jap bagi aku habiskan air dulu. Nasib dah habis makan. " ujar Harraz zariel.Luth uqael yang minum airnya mula tersembur semula. Terkejut 3 orang jejaka itu.
"Kau kenapa ni ,Qael ? " tanya Keith aryan.
" Woii ! Apesal ada mee dalam ni ? Memang siot betul . Mee sape dalam ni ??? Oren oren da ni .. Sial betul sape yang letak mee dalam air aku. Kalau aku dapat orang tu memang teruk aku kejekan . "
Share this novel