CHAPTER 33

Drama Series 15767

Omey berjalan-jalan di taman bunga yang ada di hadapan rumahnya. Wait⎯correction. Bukan rumahnya, tapi rumah dia dan kawan-kawannya.

Mereka tak tinggal dengan ibu bapa mereka. Katanya nak duduk sama-sama. Sahabat sejati katakan. Kalau tak dia ugut nak minum starbuck satu tong besar.

Gila perempuan ni.

"I've got my eye on you"

Sebaris perkataan yang sering dinyanyikan oleh Omey. This song is her favourite ok? So you better shut up⎯

Omey mengambil keputusan untuk duduk di salah sebuah bangku setelah penat berjalan selama 15 minit. Pemandangan bunga-bunga yang indah terbentang luas di hadapan matanya. Dia menghirup udara segar lalu menghembusnya dengan perlahan.

Seketika terimbas kembali perbualan dia dan Rabi dua hari lepas. Di mana Rabi mengatakan bahawa Luth mikael ada memujuk gadis itu untuk memberitahu lokasi kedudukan Zarief iman. Namun⎯nasib Rabi tidak memberi. Gadis itu mahu bukti jika lelaki itu sudah berubah.

"Aku cuma beri dia peluang⎯sama ada dia betul-betul berubah atau sekadar kata-kata sahaja yang diucapkan, tapi tak ada perubahan langsung. That's all."

Ayat yang Rabi berikan padanya ketika mereka berbalas mesej. Betul juga apa yang Rabi cakap.

Ada beberapa gambar Luth mikael yang diambil Rabi lalu dihantar dalam grup mereka. Agak tak terurus jejaka itu. Dengan jambangnya, dengan rambut serabai nya.

Rasa nak botakkan je. Geram dibuatnya.

"Haih Luth⎯siapa suruh kau percaya cakap perempuan tu. Padan muka. " gumam Omey perlahan.

Telefon yang berada dalam poketnya bergetar tanda ada mesej masuk. Omey kemudian menyeluk poketnya lalu mengambil telefon miliknya. Nama Rabi terpapar di lockscreen miliknya. Terdapat satu foto yang diberi gadis itu. Omey kemudian menekan mesej gadis itu.

'Minah Rembat Kuali Aku' send you 1 picture.

Minah Rembat Kuali Aku
-Weh member Luth pekerja syarikat aku rupanya. HAHAHA

You
-Siyes lah? Dia kan kaya, apasal kerja syarikat kau pula?

Minah rembat kuali aku
-Entah. Aku tak sial siasat dia lagi.
-eh soal. Sial pulak. Sial tu kau.

You
-shut up woman.
-aku sepahkan bilik kau. Kau tunggu.

Omey terus menutup telefonnya. Ergh, cakap dengan Rabi ni memang sakit hati.

"Huh, siap kau. Aku buat bilik kau jadi tempat pembuangan sampah."

Eleh⎯padahal tak buat pun. Acah gertak.

•••••••••••••••

"Aku nak jumpa dia, Riel. Tapi aku tak tahu dia dekat mana."

Harraz zariel memicit pelipisnya. Pening dengan Luth mikael ni. Setiap hari tak habis-habis cakap nak jumpa Zarief iman.

"Mana Iman?"

"Aku nak jumpa Iman. Kau tau tak dia dekat mana?"

"Kau carilah sampai jumpa. Tu pun aku nak kena cakap ke?"

Itulah ayat yang selalu diulang oleh Luth mikael. Ada satu hari⎯pukul 3 pagi Luth mikael telefon dia. Ingatkan apa ⎯rupanya tanya-

"Kau dah jumpa lokasi Iman tak?"

Mengamuk juga dia pagi tu. Geram dia dekat Luth mikael ni sampai satu tahap dia rasa nak lempar Luth mikael dekat kandang babi sana. Aman hidup dia.

Nasib member⎯

"Luth, berapa kali aku nak cakap⎯aku tak tahu. Aku ni bukannya hacker tau yang nak godam-godam sistem maklumat ni semua. Kes Aliya tu pun⎯aku tanya orang yang dekat dengan dia tau tak?" ujar Harraz zariel pasrah.

Luth mikael merengus kasar. Mana lah janda dia ni? Tau tak dia ni nak kan janda dia semula? Macam mana kalau Zarief iman jumpa lelaki yang lagi bagus dari dia⎯kemudian kahwin dengan jejaka tu?

Oh Tuhan⎯dia tak boleh bayangkan!

"Riel, aku ni dah tak ada peluang ke nak jumpa dia? Kenapa dia bawa diri dia jauh dari sini? Dia dah benci aku ke?" luah Luth mikael sayu.

Dia cuma tahu Zarief iman berada di luar negara sahaja⎯tapi tak tahu negara mana. Dia tahu ni pun dari Tengku julia. Maklumlah, ibunya dan bekas ibu mertuanya agak rapat. Jadi mungkin Puan Raisa ada beritahu mereka di luar negara sekarang ni.

Harraz zariel hanya memandang sayu sahabatnya. "Jangan macam ni, Luth. Aku yakin kau akan kembali bersama dengan dia. Doa ye, Luth. InshaAllah⎯jodoh kau dan dia kuat." kata Harraz zariel memujuk Luth mikael.

Jejaka itu tidak menggeleng, tidak juga mengangguk. Hanya diam sahaja. Kalau lihat sekilas⎯seperti orang sakit jiwa sahaja. Termenung seorang diri, kemudian menangis. Itulah dirinya yang sekarang.

Selagi dia tak jumpa Zarief iman, selagi tu dia tak akan gembira. Hanya dengan kehadiran gadis itu sahaja yang mampu membuatnya gembira semula.

"Please forgive me, sayang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience