5 BULAN BERLALU
Kesihatan Rabi semakin lama semakin pulih. Luka-luka yang berada di sekitar mukanya sudah mulai pulih. Doktor juga mengatakan yang kemungkinan dia akan sedar dalam masa terdekat. Zarief dan rakan-rakannya yang mendengar berita baik itu mula mengucapkan Alhamdulillah. Akhirnya, kawan mereka akan sedar.
Dan disini, berdirinya Zarief di sebelah katil Rabi. Menilik wajah cantik sahabatnya. Sahabat susah senang. Yang paling manja antara mereka. Yang sentiasa gila dengan Qila, mampu menceriakan hidupnya setiap hari.
Tapi sejak Rabi koma, Qila mula diam. Mungkin sebab tiada kawan yang mampu layan perangai gila dia. Yelah, dia dan Omey bukannya sama kepala sangat dengan Qila. Qila dan Rabi lebih cenderung kepada sifat happy-go-lucky berbanding dia dan Omey. Sekarang, Qila dah diam. Cakap pun sepatah dua.
"Cepat sedar, Rabi. Kawan gila kau tu da kemurungan dah. Sedih aku tengok. Jangan tidur lama sangat. We miss you." ucap Zarief sambil mengusap lembut kening kawannya. Rabi nampak sangat cantik bila tidur. Haih, susahnya dapat member cantik-cantik ni.
"Rief."
Sepasang anak mata hijau Zarief mula menoleh ke arah gadis di hadapannya. Omey tersenyum nipis. Bungkusan plastik dihulurkan ke arah Zarief.
"Nah, makan. Aku ada beli nasi ayam untuk kau. Kau tak sarap kan tadi? Nanti masuk angin. Baik makan cepat." ujar Omey. Zarief mengambilnya lalu diletakkan di meja sebelah katil Rabi. Sekilas matanya menilik pemakaian gadis ini.
"Sejak bila kau pakai tudung?"
Omey tersentak. Ditilik dirinya dari atas hingga bawah. Dia kemudian memandang semula wajah rakannya. Senyuman nipis diberi.
"Aku baru start pakai pagi ni. Aku nampak okey ke?"
"Perfect. You look more beautiful with hijab, girl. Aku harap kau istiqamah sentiasa." memang ini yang Zarief nantikan. Menunggu kawan kawannya menutup aurat dengan sempurna. Mereka hanya tidak memakai tudung saja, namun pakaian mereka masih menutup. Tidak menjolok mata.
"InshaAllah. Doakan aku tau?" Zarief mengangguk. Seketika wad itu sunyi. Yelah, dah diorang ni bukannya mulut murai. Dua-dua dingin dengan pendiam.
•••••••••••••••••••••••
Zarief iman yang sedang menuju ke kedai itu diekori. Matanya tidak lepas memandang wajah buah hatinya. Haih, rindu betul dengan budak sorang ni!
Luth mikael menangkap beberapa keping gambar Zarief iman. Nak jadikan ubat rindu katanya. Gila da jantan ni. Apabila dia nampak Zarief iman sudah masuk ke dalam kedai, dia dengan bergegas ikut sekali. Luth mikael lihat Zarief iman sudah pergi ke rak bahagian makanan ringan.
Zarief iman mengambil banyak makanan ringan, sampai penuh sebakul tu. Yelah, stok kat rumah dah habis. Asyik makan je, sampai tembam pipi ni. Tanpa disedari, Luth mikael mula bergerak merapatinya.
Luth mikael berdiri betul-betul di belakang gadis itu. Haruman honeydew milik gadis itu menusuk ke dalam rongga hidungnya. Sempat matanya tertutup sekilas. Wangi sungguh!
"Hai sayang."
Zarief iman yang sedang membelek makanan tersebut tersentak. Laju kepalanya menoleh ke belakang, namun hidungnya terlanggar pipi Luth mikael. Membulat matanya melihat jarak mereka. Terlalu dekat! Luth mikael pula tersenyum nipis melihat wajah terkejut gadis itu. Comelnyee!
Zarief iman terundur ke belakang sikit. Sempat mata meliar ke kiri ke kanan, takut kalau ada orang nampak. Nasib lah mereka tidak perasan. Keluhan lega dilepaskan. Mata bergerak memandang jejaka di hadapan.
"Awak buat apa kat sini, Luth?"
"Nak beli barang lah. Tapi terjumpa sayang. So, abang datang sini." Luth mikael tersengih. Zarief iman memincingkan mata. Ye ye je mamat ni.
"Awak ikut saya ke?" soal Zarief iman datar. Luth mikael mengangkat bahu, sempat jejaka itu tersenyum nakal. Zarief iman mengeluh. Kenapalah aku kene jumpa mamat ni lagi.
Dia bergerak meninggalkan Luth mikael yang terpinga-pinga. Dia rimas! Sepanjang 5 bulan ni, Luth mikael tak habis habis kacau dia. Sama ada dekat rumah, dekat pejabat ke. Mana-mana mesti ada mamat ni!
"Iman tunggu!" pergelangan tangan kanan gadis itu dicapai. Sampai terpusing gadis tu dibuatnya.
"Awak nak apa lagi, Luth?" soal Zarief iman, lemah. Luth mikael menatap wajah cantik milik gadis ini. "Abang nak Iman balik. Kenapa susah sangat Iman nak bagi abang peluang kedua? Abang ni dah memang tak layak ke ada peluang kedua? Memang Iman bencikan abang sangat ke?" soalnya dengan nada lembut, namun terselit tegas.
Zarief iman memandang kosong. Tangannya direntap. "Saya pernah cakap kan, saya dah taknak ada kaitan lagi dengan awak dan keluarga awak. Rumah tu pun sebagai tanda balas jasa saya terhadap keluarga awak masa saya jadi menantu parents awak. Tolong jangan salah faham. Dan tolong jangan lupa.." dia mendekatkan dirinya dengan Luth mikael. Mereka bertentangan mata buat seketika, namun berbeza pandangan.
Satu pandangan sayu, satu pandangan kosong.
"yang awak jijik dengan saya. Remember, saya tak layak untuk awak, bukan?"
Luth mikael tersentak. Namun riak wajahnya dikawal. Hatinya remuk apabila memikirkan perihal itu. Mengapa mulutnya terlalu lancang berkata begitu.
Damn you, Luth!
"I'm sorry, Iman. Please forgive me. Abang minta ampun, sayang. Please give me a second chance. Please." matanya mula bergenang. Kepalanya mula menunduk, menghalang mukanya yang sudah mula ingin menangis daripada ditatap Zarief iman.
Zarief iman mengeluh. Matanya memandang bekas suaminya yang mula menunduk. Namun, dia nampak ada setitis air mata yang jatuh.
"Luth" Luth mikael mengangkat wajah. Zarief iman tersenyum nipis.
"Lupakan saya. Cari yang lain. Move on, Luth. Kita tak akan pernah bersama lagi. Just forget about me. Assalamualaikum."
Luth mikael memandang Zarief iman yang menjauh. Air matanya dikesat. Bibir mula tersenyum sinis.
"Iman, iman. Kau fikir semudah tu aku akan move on? Jangan mimpi! You are fucking mine! Mine only."
Dia tertawa sinis sambil berjalan dari situ. Sambil membayangkan hidupnya bersama Zarief iman. Bahagia!
"My love my love Iman~"
Share this novel
gila meroyan jantan ni