Omey , Rabi dan Qila yang baru sahaja sampai di rumah ibu mertua Zarief iman mula terkejut apabila mendengar suara Luth mikael menengking seseorang. Mereka bergegas pergi ke arah tersebut sebelum terkaku apabila melihat Zarief iman dilumut dengan kek. Amarah mula menguasai diri mereka. Omey yang tidak tahan dengan kelakuan tersebut terus pergi ke arah Zarief iman.
"TENGKU LUTH MIKAEL BIN TENGKU MICHAEL "
PANG !
Sebuah penampar dihadiahkan di wajah kacak Luth mikael. Mukanya mula membengis mengalahkan singa lapar.
Luth mikael terkedu. Dia menoleh memandang ke arah gadis itu. Mukanya terperanjat teruk macam monyet.
Heh.
"Kau - kau tampar aku ? berani kau tampar aku , perempuan gila ? kau siapa , bodoh nak tampar aku ? " marah Luth mikael. Omey buat muka toya.
Eh - kau fikir aku kisah ke kau marah aku tengah-tengah jalan ni ?
"Untuk pengetahuan kau Tengku Luth Mikael , eh tanak panggil la tengku ni. Disgusting . Cam tak sesuai dengan orang macam kau. Untuk pengetahuan kau , Luth mikael. Aku ni , yang cantik jelita macam ariana grande ialah kawan kepada Nurul Zarief Iman binti Mohd Ishak . Isteri kau yang tak dihargai. Aku repeat - tak DIHARGAI "
BUK !
Tersungkur Luth mikael apabila ditumbuk Omey. Maigad - kuat gila perempuan ni.
Tengku julia , Qila dan Rabi ternganga melihat kejadian itu.
Bapak berani .
Manakala Tengku Luth michael dan Luth uqael hanya diam memerhati . He deserve that.
"Untuk pengetahuan kau , jantan keparat. Bini yang kau baru kahwin ni , perempuan tak guna tau tak ? dia tu ada muslihat sendiri. Tapi aku malas nak cakap - sebab kau tak kan percaya. Al maklumlah , GADIS KESAYANGAN , BIDADARI LAH KONONNYA . padahal perangai sama level dengan setan. Boleh buat geng rasanya.Kau dah sia siakan bidadari kau selama ni . Kau bodoh sebab percaya orang tanpa selidik. Korang berdua ni boleh pergi mampus tau tak ? " sembur Omey tanpa menghiraukan orang ramai yang melihat mereka.
Luth mikael mengetap gigi seraya bangun. Matanya memanah wajah Omey.
"Kau tak layak kata kat bini aku macam tu. Yang tak guna tu dia. dahlah pelacur ! badan bertatu ! AKU JIJIK LA DENGAN DIA ! SIAPA JE NAK PEREMPUAN JIJIK MACAM NI ?! AKU MEMANG LANGSUNG TAK INGIN DIA JADI ISTERI AKU !! AND - MEMANDANGKAN SEMUA ORANG ADA KAT SINI SEBAGAI SAKSI , AKU MULAKAN LA YE ? " Luth mikael merenung Zarief iman penuh benci , manakala Zarief iman merenung suaminya dengan mata yang sudah berkaca.
"Nurul Zarief Iman binti Mohd Ishak ,aku ceraikan kau dengan talak 1 "
Deng !
Hancur hati Zarief iman waktu ini. Tergamak suaminya menghina dan menceraikan nya , malah di hadapan orang ramai.
"Abang , tolong jangan macam ni . Apa salah Iman ? Iman buat apa yang abang suruh selama ni ? Apa lagi yang tak cukup, abang ? " soal Zarief iman lemah.
Nur aliya di belakang mula tersenyum sinis. Namun sekejap sahaja , wataknya mula bertukar sedih. Dia bangun menuju ke Luth mikael lalu memeluk dan mengusap perlahan lengan sasa suaminya.
"Biy , jangan lah macam ni . Tak kesian ke dekat Iman ? Nanti sape nak jaga dia ? " soal Nur aliya lemah lembut. Dalam hatinya ketawa terbahak bahak melihat Zarief iman malu .
"Aku tak sangka kau bodoh juga ea perempuan ? sah sah mak ayah dia ada lagi . kau tu je yatim takde mak ayah. Eh - bukan takde , tapi sebab kene buang. Is it right ? Nur aliya binti Aiman . Tch , siannya " suara Rabi kedengaran dari arah belakang. Mereka menoleh memandang dua orang gadis lawa yang berjalan menuju ke arah Zarief iman dan Omey. Baju tshirt kemeja lengan panjang dan seluar jeans yang dipadankan oleh mereka berdua menyerlahkan lagi keayuan gadis itu. Butang baju teratas dibiarkan terbuka menyerlahkan rantai berloket bunga ros merah. Rambut yang dibiar lepas menampakkan mereka seperti model.Manakala Omey memakai kemeja berwarna hitam dan seluar slack berwarna putih. Sama seperti kedua gadis itu , baju diatas dibiarkan terbuka sehingga menampakkan rantai dan loket ros.
"Kau siapa nak cakap aku macam tu ? Kau tu lagilah , sama je dengan perempuan ni ! Badan bertatu ! " Nur aliya mula menengking kuat.
Mereka yang duduk di situ mula memerhatikan ketiga tiga gadis itu. Ye , di collarbone mereka mempunyai tatu berbentuk tulisan dan lukisan berduri. Di bahagian lengan juga ada memandangkan mereka menyenseng baju mereka hingga ke siku.
Seram ? sikit.
Cantik ? yes.
Hot ? hell yes
"Jadi ? Ada masalah dengan kau ke ? At least hati kitorang bersih , dari kau - busuk macam tahi lembu " sinis Qila.
Nur aliya mengetap rahang. Melampau !
"Kau perempuan sundal memang -"
"Enough ."
Masing - masing menoleh memandang ke arah Zarief iman yang mula menutup mata. Saat mata tu terbuka - terkaku mereka melihatnya.
"Ri-rief ? "
Share this novel