"APA KAMU MEREPEK NI , LUTH MIKAEL ?!! " bergema ruang tamu yang seluas dewan itu dengan tengkingan Tengku Luth Michael. Hampir tercabut jantungnya apabila Luth Mikael memberitahu bahawa pada hari esok anaknya itu akan masuk meminang Nur Aliya.
Gila ke anaknya ? Walhal sudah ada Zarief Iman.
"Luth tak merepek , ayah. Luth nak esok ayah dan ibu masuk meminang Aliya. Luth nak kahwin dengan Aliya. " kata Luth Mikael dengan nada yang tenang. Tidak heran dengan pandangan tajam dari ayahnya.
"Ayah tak akan pergi. Cukup Iman sahaja menantu ayah. " kata Tengku Luth Michael dengan tegas dan dingin. Tengku Julia menarik tangan sang suami menyuruhnya duduk. Dia kemudian mengusap lembut belakang badan suaminya.
"Kenapa tiba tiba Luth nak kahwin dengan Aliya ni ? Cukup Iman sorang je , sayang. " kata Tengku Julia dengan lembut. Luth mikael memandang wajah ibunya.
"Luth cintakan Aliya. Luth nak dia jadi isteri Luth. Bukan perempuan jijik tu. "
"JAGA BAHASA KAMU , LUTH ! DIA TAK JIJIK !! KAMU TAK TAHU PERKARA SEBENAR TAPI KAMU MAIN SEDAP HATI MENUDUH DIA !! " tengking Tengku Luth Michael lagi sekali. Kesabaran dia sudah semakin tipis.Dia kemudian berlalu menaiki tangga ke arah biliknya. Tak betah duduk di situ dengan lama. Takut hilang kawalannya. Silap silap mati anaknya dia kerjakan.
Masuk sahaja ke dalam biliknya , Tengku Luth Michael menghempas kuat pintu biliknya . sehingga terhinjut bahu Luth mikael dan Tengku Julia.
Tengku Julia memandang ke arah anaknya . " Ibu tak setuju dengan apa yang Luth cakap. Cukup Iman seorang sahaja menantu ibu. Ibu takkan masuk minang Aliya. Lagipun ibu tak berkenan dengan dia. " kata Tengku Julia dengan riak wajah lembut nama ada sedikit ketegasan dalam tutur katanya tadi. Luth mikael menghela nafas perlahan.
"Apa apa pun , Luth tetap akan kahwin dengan dia. Keputusan Luth muktamad. " tanpa pamitan , dia terus mengangkat punggungnya lalu keluar dari rumah ibu dan bapanya.
Kenapa tiada siapa yang faham dia ? Dia nak Aliya jadi isteri dia ! Bukan perempuan jijik tu !
Tengku Julia hanya memandang sepi ke arah anaknya itu. Dia menghela nafas perlahan. Dahinya diurut kerana pening melihat anaknya yang satu itu.
"Ibu , kenapa dengan abang ? Buat hal lagi ke ? " soal Luth Uqael yang baru sahaja keluar dari dapur. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah sang ibu. Tengku julia tersenyum kelat.
"Abang kamu nak kahwin lagi. Ibu tak tau nak kata apa lagi. Tak cukupkah Iman seorang ? "
Luth Uqael menghela nafas perlahan. " Ibu , kenapa tak bagitau perkara sebenar je dekat abang ? sampai bila nak rahsiakan ? sampai abang ceraikan kakak Iman baru - "
"No ! Iman suruh rahsiakan . Dia kata biar dia sendiri yang bagitahu. Dan ibu tak akan biarkan abang kamu ceraikan Iman. Kalau benda tu terjadi , ibu sendiri akan halau dia keluar dari rumah ni . Sampai Iman jadi isteri dia , baru ibu maafkan . "
Share this novel