Zarief iman meletakkan selimut dan bantal yang dibawanya tadi ke atas lantai. Dia merenung stor yang akan menjadi tempat tidurnya mulai sekarang. Dia membentangkan selimut untuk dijadikan alas baring . Bantal yang sekecil segi empat dijadikan pelapik kepala.
Matanya merenung bumbung stor. Sekarang ,suaminya mula membencinya. Bukan mula - tetapi semakin benci. Dia nak jelaskan , tapi suaminya langsung tak bagi peluang.
Air mata mula bergenang sebelum menitis di pipi gebu miliknya. Dia teresak esak mengenangkan nasib dirinya ini. Iris hijaunya bergetar , menahan rasa sakit dan pedih di hati.
"Kalau macam ni lah hidup aku , bagus aku kene cerai je. " dia menarik nafas dan menghembusnya dengan perlahan. Bumbung atap yang ada bocor itu diperhatikan. Kelihatan air hujan mula menitik setitik demi setitik.
Hujan - mesti dia akan basah. Nak masuk dalam rumah , mesti Luth akan mengamuk.
Zarief iman mula menutup matanya . Kesejukan mula mencengkam kulit gebu dan mulus miliknya. Hujan gerimis mulai turun dengan lebatnya. Sehingga separuh lantai stor itu basah .Zarief iman menahan kesejukan hingga lah dia terbuai mimpi.
"Moga esok lebih baik dari hari ni. "
***
Majlis perkahwinan Luth mikael dan Nur aliya tinggal dua hari saja lagi. Persiapan semuanya sudah lengkap , diuruskan oleh Luth mikael. Ahli keluarganya hanya menolong sedikit sahaja , tu pun tak rela.
Maklumlah perempuan gila tu tak lama lagi nak jadi bakal jenazah - eh bakal menantu keluarga Luth. Mesti la kene 'tolong ' sikit.
Tengku julia mencari kelibat menantu kesayangannya , Zarief iman yang masih tidak muncul muncul.Tengku julia bertanya pada anaknya keberadaan Zarief iman , tetapi Luth mikael hanya mengangkat bahu tanda taktahu.
Tengku julia mengeluh perlahan. Apa lah anak dia ni . Taulah tak suka , tapi janganlah sampai abaikan.
Matanya melilau mencari kelibat menantunya di dapur. Matanya terhenti pada susuk yang sedang berbongkok di sinki. Gayanya seperti Zarief iman. Tengku julia menghalakan langkahnya ke arah gadis itu.
Dekat sahaja , membulat mata Tengku julia. " Ya Allah , Iman ! Kenapa ni sayang ? Sampai muntah darah ni , hidung pun berdarah ni ? Kenapa ni sayang ? Iman sihat ke tak ni . Pergi hospital nak ? Ibu panggilkan Luth ea ? " belum sempat Tengku julia ingin memanggil nama anaknya , Zarief iman menahan tangan ibu mertuanya. Dia mengukir senyuman lemah.
" Jangan ibu , jangan kacau abang . Iman okey je ni. Tak sihat sikit je. Nanti esok lusa iman ok la. Ibu jangan risau ye ? " Tengku julia menggelengkan kepalanya.Tangannya memegang muka menantunya.
"Iman , pergi rehat ye sayang ? Ni biar ibu minta tolong Qael buatkan ye . Iman pergi masuk bilik. Nanti ibu minta tolong Mak Idah hantarkan ubat ye . Mak Idah , tolong bawakkan Iman naik bilik boleh ? " Tengku julia menjerit memanggil Mak Idah yang berada di ruang tamu. Mak Idah datang dengan gopohnya.
"Baik , Julia. " Mak Idah memapah Zarief iman yang lemah naik ke bilik. Tengku julia melihat menantunya hingga kelibat mereka hilang.
Dia menghembus nafas perlahan.
"Kenapa aku rasa tak sedap hati ?"
Share this novel