Zarief Iman menuju ke Luth Mikael yang sedang duduk di atas katil sambil menghadap laptopnya itu. Dia kemudian berdiri di sebelah suaminya. Dia berdehem perlahan untuk meraih perhatian suami .
Luth Mikael memandang ke arah Zarief Iman yang sudah siap berpakaian lengkap dan bertudung. Keningnya terjongket ke atas. Isterinya mahu ke mana ?
"Abang , saya nak keluar boleh ? Jumpa dengan kawan kawan. Boleh tak ? " soal Zarief Iman dengan lembut. Luth Mikael memandang isterinya lama sebelum memandang semula laptopnya.
"Kau pergi jela. Tu pun nak minta izin aku ke ? Kau keluar lagi bagus , takdela semak sangat kat rumah ni. Lagi bagus kau tidur je dengan kawan kawan kau tu. Entah entah kawan kawan kau pun lelaki kan semuanya ? Huh , tak habis habis nak buat maksiat. " tuduh Luth Mikael selamba. Zarief Iman tersenyum kelat. Bukan sekali dia dituduh seperti ini , dikatakan hampir setiap hari dia dihina. Namun , dia sudah biasa . Walaupun ianya melukakan hati dia.
"Abang , Iman pergi dulu ye ? Kalau abang nak makan , Iman dah ada masak kat bawah. Kalau Iman balik lambat , abang tidur dulu ye ? Jangan tunggu Iman tau. " Zarief Iman meminta diri untuk keluar. Dia ingin menyalam tangan suaminya , namun Luth Mikael hanya buat bodoh sahaja. Zarief Iman tersenyum kelat. Dia kemudian menuju ke pintu biliknya. Namun belum sempat dia ingin keluar , kata kata suaminya mematahkan hatinya.
" Kau fikir aku nak tunggu kau sangatlah ? Buang masa je . Dan kau jangan bermimpi aku akan tunggu kau. Sampai bila bila kau tu hanya isteri bawah tapak kaki aku sahaja. Dan , aku takkan makan makanan yang kau masak . Entah entah kau da letak racun dalam tu . Yelah kan , aku ni selalu pukul kau , hina kau . Mesti la kau nak aku mati . Dah lah , kau berambus cepat. Semak tengok muka kau kat sini. " sinis Luth Mikael berkata tanpa memandang sang isteri. Zarief Iman hanya diam . Dia kemudian keluar dari bilik lalu menuju ke kereta Lamborghini miliknya. Luth Mikael mendengar enjin kereta milik isterinya keluar dari perkarangan. Dia kemudian termenung sendiri.
Masihkah lagi dia mencintai Zarief Iman ? Kerana setiap perkataan kesat yang dia lemparkan kepada Zarief Iman , dia rasa sangat serba salah dan sakit hati. Sedih melihat muka mendung isterinya , namun dia lebih rela mempertahankan egonya.
Lamunannya terhenti apabila telefonnya menjerit meminta diangkat. Terpapar nama kekasihnya di atas skrin telefonnya. Dia mengangkat panggilan tersebut.
" Biyyyy , mana awak nii ? penat saya tunggu kat sini tau . awak dah lupa ke yang kita ada date hari ni ? " soal sang kekasih di hujung talian sana. Luth Mikael tersenyum. Manja betul kekasihnya. Sudahlah lawa bak model , malah manja dan comel.
Geram. Emph !
" Ye sayang . Saya terlupa. Bagi saya 15 minit ye . Nanti saya sampai sana . Saya nak bersiap ni . "
" Alright , biyy..Saya tunggu tau. Byee . I love you . " panggilan ditamatkan oleh sang kekasih. Luth Mikael tersenyum , suka dengan ayat terakhir dari kekasihnya. Mereka telah menjalinkan hubungan bercinta selama 3 tahun , dan Luth Mikael akan melamarnya hari ini juga. Namun seketika senyuman Luth Mikael lenyap. Dia teringat akan Zarief Iman.
Serba salah dia kerana Zarief Iman akan bakal bermadu. Luth Mikael mengeluh perlahan.
"Lantak lah . Aku bukannya kisah pun pasal dia. Pandai pandailah aku buat macam mana nanti. "
Share this novel