Flashback.
"APA SEMUA NI ALIYA ?!" jerkah Luth mikael seraya mencampakkan beberapa keping gambar di atas meja. Ahli keluarga dan sahabatnya hanya melihat sahaja.
Mereka dah agak, kebenaran akan terbongkar.
nur Aliya mengambil gambar-gambar itu lalu dibelek. Kemudian dia ketawa sinis.
"Wow. Cepatnya dah tahu. Haah⎯tu aku. Asal? Nak mengamuk?" jawab nur Aliya selamba. Langsung tiada riak sebersalah yang terukir di wajahnya.
PANG !
Terteleng kepala nur Aliya ke kiri setelah mendapat tamparan daripada Luth mikael.
"BODOH! KAU TAU TAK DISEBABKAN KAU AKU BENCI IMAN! DISEBABKAN GAMBAR BODOH NI AKU FIKIR MACAM MACAM DEKAT ISTERI AKU! AKU PERCAYA CAKAP KAU BULAT BULAT TANPA BAGI ISTERI AKU PELUANG UNTUK TERANGKAN BENDA BETUL! SEMUANYA SEBAB KAU TAU TAK?! " jerkah Luth mikael. Mukanya memerah⎯menahan amarah yang mula meluap-luap ingin keluar dari badannya.
nur Aliya tersenyum sinis."Itu salah kau⎯bodoh percaya orang luar dari isteri sendiri. Sepatutnya kau berbincang dengan isteri kau. Bukannya menuduh tanpa usul periksa. Sekarang⎯dah tak ada apa bole buat. Kau dah ceraikan dia. Dan kita pun dah kahwin. Kita boleh mulakan hidup baru, kan biy? " kata nur Aliya dengan suara yang dilunakkan di akhir ayat. Baru saja dia mahu memeluk lengan sasa suaminya, satu tamparan di terima lagi sekali.
"KAU JANGAN SENTUH AKU PEREMPUAN SIAL! AKU MENYESAL KAHWIN DENGAN KAU! AKU MENYESAL PERCAYA KAU! AKU MENYESAL SEBAB CERAIKAN ISTERI AKU SEMATA MATA SEBAB KAU! DAN AKU TAKNAK ADA KAITAN LAGI DENGAN KAU." Luth mikael memandang tajam nur Aliya.
"Nur Aliya binti Arman. Aku ceraikan kau dengan talak 3."
nur Aliya terkaku. Tidak lama kemudian dia ketawa. Masing-masing yang melihat mula mengerutkan kening.
Gila ke perempuan ni? Sakit mental agaknya.
"Heh, baguslah kau ceraikan aku. Aku pun tak ingin lah nak dengan kau. Aku dekat pun sebab nak harta je. Bodoh kau ni kan? Tak dapat tangkap. Lembab. Now⎯kau dah tak ada apa-apa lagi. So kenapa aku nak kena stay? Kau tu dah miskin. Aku ni tak ingin nak duduk dengan orang miskin macam kau. Takde level langsung. Btw, semoga hidup bahagia lah ye. Aku pergi dulu. Semoga sentiasa miskin selalu." dengan riak angkuh nur aliya tuturkan ayat-ayatnya. Tengku julia yang tidak tahan terus sahaja menampar muka perempuan tu lagi sekali. Dia menarik rambut gadis itu lalu diseret hingga ke luar rumah. Dicampaknya gadis itu ke lantai.
"Keluar dari rumah aku, perempuan sial ! " tengking Tengku julia. nur aliya mendengus kasar. Dasar tak sedar diri orang tua. Kau tu dah miskin⎯ada hati nak halau.
"Heh, rumah kau? Eh tak lama lagi rumah ni akan dijual. So ini bukan rumah kau. Dasar orang tua tak sedar diri. Dah lah⎯malas aku nak lama lama kat sini. Panas. Maklumlah⎯dah miskin.Bye ." nur Aliya terus berlalu keluar dari kawasan rumah itu. Dia tersenyum sinis.
Rancangannya dah berjaya. Now dia nak berseronok dengan kekasihnya.
Luth mikael perlahan-lahan melepaskan esakannya. Badannya melorot jatuh lalu tersandar di sofa berdekatan.
Kenapa nur Aliya sanggup buat dia macam ni? Dia punyalah cintakan sepenuh hati dia⎯sampai sanggup dia ceraikan Zarief iman. Tapi ini balasan isteri dia?
Ini ke balasan dia atas apa yang dia buat dekat Zarief iman selama ni?
PAP!
PAP!
Semua menoleh ke arah Luth uqael yang sedang menepuk tangan sambil merenung abangnya. Mereka hanya mendiamkan diri. Tiada niat ingin masuk campur.
"Sekarang⎯kau dah percaya? Dah percaya yang Aliya tu punca semua ni berlaku? Dah percaya yang sebenarnya dalam gambar tu bukan Iman⎯tapi Aliya sendiri. Dia yang buat zina kat dalam tu. Dia yang buat semua tu. Aku dah pernah cakap kan, siasat betul-betul? Now⎯semuanya dah terlambat." ujar Luth uqael dengan sinis.
Kan dia pernah cakap⎯kalau abang dia tahu perkara sebenar dia akan tepuk tangan. Sekarang dah terjadi.
Luth mikael menghela nafas. Air mata yang semakin galak mengalir dibiarkan keluar⎯tiada niat ingin menyapu air matanya. Muka dan hidungnya merah kerana menahan tangisan dari tadi.
"Along minta maaf. Along bodoh sebab buat keputusan melulu. Along tak siasat betul-betul. Along dera dia, along hina dia⎯along tak anggap dia isteri along. Along ceraikan dia depan orang ramai.Along malukan dia. Along tak layak jadi suami yang baik." Luth mikael teresak. Dadanya berombak ganas.
"Luth jahat! Luth tak guna! Luth tak layak jadi suami! Luth jahat! Aku jahat! Aku benci diri aku! Aku benci diri aku! Aku benci Aliya! Aku bencii!! " raung Luth mikael sambil memukul-mukul kepalanya dengan kuat. Harraz zariel dan Keith aryan menahan rakannya yang mula bertindak agresif. Luth mikael yang sedang meronta ditahan kuat oleh mereka.
"Luth nak Iman. Luth nak isteri Luth semula. Ibu, Luth nak Iman." gogoi Luth mikael tersedu-sedu.Tengku julia mula mengalirkan air matanya. Dia kemudian berjalan ke arah anak sulungnya itu lalu memeluk erat Luth mikael. Luth mikael membalas pelukan ibunya.
"Sabar sayang. Kalau ada jodoh kamu dengan dia, InshaAllah korang akan berjumpa lagi." Tengku julia memujuk anaknya seraya mengusap belakang badan anaknya dengan lembut.
"Tapi⎯Luth nak cari Iman sekarang. Luth nak minta maaf. Luth nak Iman jadi isteri Luth semula. Nanti kalau ada orang lain suka Iman⎯Luth taknak! "adu Luth mikael seperti kanak-kanak kecil. Tengku Luth michael menepuk perlahan bahu anak sulungnya.
"Luth⎯kalau Iman dah ada orang lain nanti⎯maknanya kamu mungkin bukan jodoh dia. Tapi jangan mengalah sekarang. Selagi Iman belum sandang sebagai tunang orang⎯selagi tu Luth boleh ambil hati Iman. Tapi kalau Iman dah jadi hak milik orang⎯Luth halalkan ye."
Endflashback
"Mana Iman?"
"Iman lari dari abang ye? Iman takut dengan abang ye?"
"Abang minta maaf sayang. Abang janji tak akan buat lagi. Iman balik la sini semula."
Luth uqael memerhati abangnya yang sedang melihat gambar Zarief iman sambil menggumam entah apa-apa.
Dah macam orang gila!
"Qael"
Terhinjut bahu Luth uqael apabila ayahnya menepuk bahunya. Dia menoleh memandang ayahnya yang sedang melihat abangnya juga. Ayahnya juga terlihat seperti baru balik dari berkebun.
Sekarang mereka hanya tinggal di sebuah rumah kampung yang agak usang⎯tapi mereka tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya mereka masih ada tempat tinggal. Walaupun mereka tiada perkerjaan⎯hanyalah menjual sayuran yang ditanam di belakang rumah.
"Abang kamu 'berbual' lagi ye dengan Zarief iman?" soal Tengku Luth michael. Luth uqael menghela nafas perlahan. Dia mengangguk perlahan lalu melihat abangnya semula. Kelihatan abangnya mula menangis sambil memeluk telefon itu.
Abang dia dah macam orang gila.
"Qael tengok along tu dah macam orang gila. Setiap hari disebutnya nama Iman. Tak habis-habis kata menyesal, menyesal dan menyesal. Dia betul-betul menyesal, ayah. Qael pun tak sampai hati tengok." kata Luth Uqael. Tengku Luth michael hanya mengeluh perlahan.
Ye⎯anaknya sudah semakin teruk. Setiap hari hanya nama Zarief iman yang dipuja. Kadang-kadang anaknya itu akan menangis, kemudian tertawa sendiri, dan menangis lagi sekali.
Pernah sekali anaknya itu mengamuk kerana Zarief iman tiada bersamanya semasa dia bangun dari tidur. Bila dikata Zarief iman bukan isterinya⎯dia mula menghempas barang-barang dan mula menangis.
"Ayah yakin mereka ada jodoh lagi."
Luth uqael hanya diam. Dia pun berharap sebegitu. Tidak sanggup rasanya melihat abangnya macam ni.
"Abang, Luth, Qael⎯mari makan. Ibu dah siap masak ni." laung Tengku julia dari dapur. Dia tidak kisah hidup susah atau senang⎯asalkan masih ada rumah yang dapat mereka teduh dan tinggal.
Ini ujian bagi mereka.
"Ye sayang, sekejap. Qael, pergi panggil abang kamu makan sekali. Jangan biarkan perut masuk angin." kata Tengku Luth michael lalu pergi ke dapur.
Luth uqael pergi ke arah abangnya. Dia menepuk lembut bahu Luth mikael⎯mengejutkan lelaki itu dari berkhayal.
"Along⎯jom makan. Ibu dah siap masak tu. Jom." lembut suara Luth uqael mengajak abangnya.
"Ta-tapi nanti Iman sorang-sorang. Abang nak teman Iman." kata Luth mikael perlahan. Luth uqael terdiam. Matanya sedikit bergenang.
"Ajak lah Iman sekali. Makan dengan dia nak?" sebak suara Luth uqael. Sedih melihat abangnya macam ni. Macam orang tak betul. Tak waras. Abangnya masih tak boleh terima hakikat.
Mata Luth mikael bersinar. Dia menoleh memandang adiknya."Betul ke?" soal Luth mikael teruja. Luth uqael hanya tersenyum nipis lalu mengangguk.
"Yeay. Jom sayang, kita makan." Luth mikael mengambil telefonnya lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Dia hanya melihat gambar Zarief iman di dalam galerinya.
Luth uqael memerhati abangnya dari belakang.
"She will be yours , Abang."
Share this novel