CHAPTER 46

Drama Series 15767

"Aku baru je keluar hospital. Sekarang Rief pula masuk hospital."

Keluh Rabi. Qila di sebelah diam sahaja. Dia masih terkejut apabila melihat rumah mereka jadi kucar kacir di dapur. Dengan ada darah di simen. Paling terkejut bila balik tiba-tiba ada dua orang lelaki kena ikat dekat ruang tamu. Memang disoal siasat la.

Paling tak boleh terima bila salah seorang tu pekerja Zarief iman. Ya Allah sakitnya hati dia sampai dia pergi belasah muka orang tu lagi sekali. Yang dua orang kawan Zaquan terpaksa tahan dia. Sabar jela ! Tak, memang tak boleh sabar. Dia rasa marah sangat-sangat sekarang ni.

Rabi menggelengkan kepala. Dia pun tak faham apa nak jadi sekarang ni. Macam-macam terjadi pada diorang sekarang. Ni terpaksa pergi cari rumah lain, tak nak dah rumah tu lagi.

"Rabi. Qila."

Ibu bapa Zarief berlari pada mereka. Wajah ibu gadis itu sudah sembap dengan air mata. Dia menerpa ke arah Qila.

"Macam mana dengan Iman?"

Soal Puan Raisa sayu. Tuan Ishak mengusap lembut bahu isterinya. Dia juga turut sedih atas apa yang jadi pada anaknya.

"Tadi doktor kata kena buat pembedahan secepat mungkin. Sebab Rief da stage 3. Jadi nak tak nak, kita kena buat juga. No need permission from Rief. Dia mesti kata tak payah buat. This girl buat Qila rasa nak tumbuk muka dia tau. Suka buat orang risau." marah Qila. Air mata mula bergenang. Rabi mengusap kepala gadis itu lembut. Faham perasaan Qila yang risaukan Zarief.

"Omey mana?" soal Tuan Ishak.

"Ada dekat luar tadi, pakcik. Rabi risau juga tengok dia tu. Diam je. Mata dia pun nampak layu. Omey tak teruk mana cuma yela---Rief kena tikam depan mata dia. Jadi dia sedih. Dia rasa tak boleh lindungi Rief masatu."

"Dia ada dengan Iman pun dah cukup baik dah pada pakcik." jawab Tuan Ishak. Rabi dan Qila hanya diam.

"Ayah, ibu."

Sapa Zaquan dan Zarith. Mereka memeluk tubuh Puan Raisa yang sudah menerpa ke arah mereka. Belakang tubuh ibunya diusap lembut.

"Sabar ibu. InshaAllah tak ada apa-apa. Iman akan selamat. Trust me. Trust Allah." Zarith berkata lembut pada ibunya. Puan Raisa hanya mengangguk sayu. Walaupun anaknya memberi kata-kata yang berbaur pujukan, namun masih lagi tak mampu redakan kerisauan dalam hatinya. Itulah satu-satunya puteri bongsu mereka, yang paling manja dengan Puan Raisa.

Seketika kemudian, kelihatan warna lampu yang tadinya merah sudah bertukar hijau. Pintu bilik pembedahan dibuka dari dalam. Seorang doktor lelaki keluar dari bilik tersebut dihurungi oleh semua ahli keluarga dan kawan-kawan Zarief di situ.

"Doktor--- macam mana dengan anak saya?" soal Tuan Ishak. Sempat tag nama doktor itu dikerling sekilas. Nadim. Doktor Nadim mengukir senyuman tipis.

"Kami perlu buat pembedahan secepat yang mungkin untuk elakkan sel-sel kanser tersebut dari terus merebak ke tempat lain kerana sel-sel kanser itu telah merebak ke beberapa tempat.Memandangkan pesakit telah sampai tahap 3, penyakit kanser masih boleh disembuhkan lagi. Memandangkan kami perlu hentikan sel-sel tersebut supaya tidak merebak dengan lebih luas ke tempat lain, saya minta izin tuan dan puan untuk jalankan pembedahan ini dengan segera." terang doktor lelaki tersebut. Yang lain meraup muka mereka. Puan Raisa sudah menangis teresak-esak semula.

"Saya setuju. Tolong buat pembedahan dengan segera doktor. Saya cuma nak anak saya sihat semula saja. Tolong ya doktor." pinta Tuan Ishak. Doktor Nadim mengangguk.

"Saya hanya mampu buat yang terbaik dan termampu saja. Selebihnya berserah pada Allah ye. Nanti Tuan tolong tanda tangan pada kertas yang nurse bagi nanti ye."

"Doktor--- kami boleh melawat dia ke?" ujar Puan Raisa. Doktor Nadim mengangguk.

"Doktor, selain dari tu, adik saya ok tak dari kecederaan tadi?" pintas Zaquan.

"Alhamdulillah pendarahan dia dapat dihentikan. Nasib menyebelahi dia sebab tikaman tak terlalu dalam walaupun ditikam dua kali. Allah masih sayangkan dia lagi. Jangan risau. InshaAllah pesakit akan sihat. Banyakkan berdoa ye. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. Kami akan mulakan pembedahan pada hari esok. Saya pergi dulu ye. Kalau ada apa-apa minta tolong nurse di kaunter." Mereka memberi laluan kepada doktor itu untuk bergerak dari situ. Tuan Ishak meraup mukanya.

'Ya Allah, sembuhkanlah anak aku dari penyakit ini. 'doa Tuan Ishak dalam hati.

"Abang pergi tanda tangan dulu ye sayang. Qila dan Rabi balik dulu ye. Dah pukul berapa ni. Nanti boleh melawat lagi." ujar Tuan Ishak. Rabi mengangguk manakala Qila hanya diam.

"Kami pergi dulu ye pakcik. Kalau ada apa-apa update terbaru, inform kat kitorang tau. Kami gerak dulu." pinta Rabi lalu menarik tangan Qila pergi dari situ.

"Jangan lupa ajak Omey sekali. Kesian dia. Dari tadi tak rehat." Zarith melaung sedikit kuat memandangkan dua gadis itu sudah agak jauh. Rabi hanya mengangkat ibu jarinya saja. Tanda menerima arahan.

"Ayah, ibu. Balik dulu la. Biar angah jaga Iman harini." Puan Raisa menggeleng.

"Ibu nak tengok Iman." rayu Puan Raisa. Zaquan mengusap bahu ibunya.

"Ibu tengok Iman dulu. Pastu balik rumah terus ye. Ibu kena rehat juga. Jangan nangis lagi. Nanti ibu sakit, ayah susah hati. Ayah mana boleh tengok ibu sakit sikit. Mula gelabah beruk. Habis rumah nanti." seloroh Zaquan. Saja untuk kurangkan rasa risau di hati ibunya.

Puan Raisa tergelak kecil. Suaminya itu dari dulu--- pantang dia sakit sikit mula lah gelabah. Macam teruk sangat sakit dia, padahal cuma demam je. Habis bersepah rumah tu. Tuan Ishak kesayangan dia.

"Ayah tu menang. Sebabtu turun dekat along." usik Puan Raisa. Zarith tergelak manakala Zaquan mencebik. Yela, dia jela yang kena.

Takpelah. Asalkan ibu dia bahagia. Dia rela.

"Jom masuk. Ibu nak tengok Iman." sambil menarik tangan kedua-dua anaknya.

Zarith dan Zaquan hanya akur ditarik ibu mereka.

•••••••••••••

"Omey, janganlah salahkan diri sendiri. Semua ni terjadi tanpa disangka." pujuk Qila.

Sejak tadi,kawannya sorang ini hanya diam je. Mata gadis itu bengkak dan merah dari tadi. Muka sembap saja. Tahu masih salahkan diri, walhal bukannya terjadi atas kehendaknya.

"Betul cakap Qila tu. Bukan salah kau. Kenapa nak kerap salahkan diri kau. Abang Zarith ngan Zaquan pun tak salahkan kau kan? Lagipun jantan-jantan tak guna tu yang buat. Diorang yang buat Rief jadi macam tu. " ujar Rabi dengan nada geram di akhir ayat.

Kalau aku dapat jantan-jantan tu, aku tembak dia 99 kali. Lepastu bagi buaya makan. Tak payah hidup. Hidup pun menyusahkan orang. Biar aku permudahkan urusan dia pergi ke alam barzakh.

Omey yang tadi hanya mendiamkan diri mula menegakkan badan. Lelaki-lelaki tadi---

"Rabi, Qila. Mana lelaki-lelaki tadi yang kene ikat tu?" soal Omey. Mereka mengerutkan dahi.

"Ada dekat gudang kita. Kenapa? Aku minta tolong kawan-kawan abang Zaquan letak situ." jawab Qila. Omey mengepal penumbuknya.

"Aku nak jumpa diorang."

••••••••••••••••••

"Arghh !"

"Bagitahu aku. Kenapa kau khianat bos kau sendiri?" ujar Omey dingin. Sebelah tangannya memegang penukul besi, dengan ada kesan darah di situ. Mata hijaunya mengerling sekilas tangan kanan lelaki itu yang telah patah, 3 jari dari tangan itu telah dipotong olehnya.

Lelaki itu ketawa sinis.

"Kau fikir, aku akan cakap. Kau seksalah macam mana pun--- aku tak akan buka mulut." Omey mengetap bibirnya.

"Bercakap dengan manusia macam kau ni, tak perlu lama-lama. Biar aku senyapkan mulut kau untuk selama-lamanya." Usai berkata begitu, gunting di atas meja berdekatan situ diambil. Lelaki itu mula berteriak kerana dapat mengagak apa yang akan berlaku.

Omey tersenyum sinis.

"Say bye bye to your lovely tongue."

Lidah lelaki itu ditarik lalu dipotong. Menggeletar badan lelaki itu, dengan air mata tak henti-henti mengalir. Lelaki lagi satu yang dari tadi melihat mula menangis teresak-esak. Takut sekiranya ditimpa nasib yang sama.

Lidah yang telah dipotong dipegang gadis itu tanpa rasa takut. Omey hanya merenung kosong lelaki di hadapannya.

"Kau ni, tak patut hidup sebenarnya."

Pistol di celah seluarnya diambil lalu dirodok mulut lelaki itu. Lelaki tersebut membulatkan mata, kepala digelengkan berkali-kali.

Omey mengukir senyuman manis. "Bye bye."

Tembakan dilepaskan. Lelaki yang melihat dari tadi mula menjerit ketakutan--- melihat kepala rakannya yang telah hancur ditembak tadi. Terkeluar sisa-sisa otak rakannya. Mata terbeliak luas. Mulut terkuak besar.

Omey menarik tubuh lelaki yang telah mati itu. Seorang pengawal lelaki yang ada disitu dipanggil.

"Tolong letakkan lelaki ni dalam satu kotak. Hantar pada ketua diorang. Bagi surat, cakap hadiah untuk dia daripada kami. Ikhlas dari hati." pengawal itu hanya mengangguk saja. Tak berani berkata apa-apa.

Qila dan Rabi yang dari tadi menjadi pemerhati mula mengerutkan dahi. Wait--- Omey kenal ke siapa ketua diorang?

"Omey, kau kenal ke ketua diorang ni? Kenapa tak bagitahu kitorang?" soal Rabi sedikit geram. Budak ni kan--- aku rasa nak picit- picit sampai penyek, bagi kambing kat kampung aku makan.

Apa rahsiakan dari kitorang. Dia fikir kita ni tak risaukan Rief ke. Minah ni memang minta penangan kaki aku lah. Kaki minah ni karang. Desis hati Rabi.

Omey mengerling ke arah Rabi. Dia mengeluh.

"Aku dah cari maklumat pasal ni. Diorang ni orang- orang Haikal. Memang jantan keparat tak guna tu tak puas hati lagi dengan Rief. Aku nak sunatkan jantan tu 6 kali."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience