"Assalamualaikum." laung Keith aryan dari luar rumah. Harraz zariel setia berdiri di sebelah rakannya. Sebaik sahaja nampak kelibat Luth mikael keluar, mereka tersenyum.
Aduhai⎯rindu betul dengan kawan mereka sorang ni.
"Waalaikumussalam. Kau buat apa kat sini?" soal Luth mikael sebaik sahaja membuka pagar untuk membenarkan mereka masuk. Keith aryan tersenyum nipis.
"Lawat kau lah. Kau amacam? Feeling better? Sihat?" soal Keith aryan prihatin. Luth mikael mengangguk.
"Macam ni jela. Penuh dengan penyesalan." ujar Luth mikael perlahan. Harraz zariel dan Keith aryan memandang sayu rakannya.
Ni semua salah nur Aliya. Dasar perempuan sial.
"Its okay, Luth. Everything's gonna be fine. Just put your trust to Allah, okay?" kata Harraz zariel. Luth mikael mengangguk. Dia redha⎯balasan untuk dia mungkin?
"Kau ni taknak ajak kitorang masuk ke? Memang nak diri sampai pagi esok ke macam mana?" perli Harraz zariel. Luth mikael tersengih manakala Keith aryan tertawa kecil.
Luth mikael mengajak mereka masuk ke dalam rumah. Satu yang dia bangga ialah rakan rakannya tak rasa geli atau jijik dengan rumah kampung ini. Yela⎯biasanya orang kaya yang lain mesti rasa panas sebab tak ada aircond la, apa la. Tapi member dia ni lain. Siap baring dekat atas rumput.
Aduhai.
Baru sahaja tiba di hadapan pintu, kedengaran bunyi enjin motor dan kereta di hadapan rumah. Ketiga jejaka itu mengerutkan dahi apabila seorang gadis sedang turun dari motor mewah itu.
Macam kenal⎯
Sebaik sahaja gadis itu menurunkan helmet, mereka terkaku. Gadis ini sahabat kepada Zarief iman.
Rabi berjalan masuk ke dalam rumah itu. Alang alang dah ada tuan rumah kat luar, dia pun go jela.
"Assalamualaikum. Ini rumah Luth mikael, right?" soal Rabi senada. Mereka menganggukkan kepala.
"Ye saya. Awak kawan Zarief iman kan?" soal Luth mikael. Rabi mengangguk.
"Ye aku. Takkan dah lupa? Pernah kot debat depan depan." perli Rabi. Luth mikael menggosok belakang lehernya menahan malu. Manakala dua orang sahabatnya hanya memerhati. Tak berniat ingin masuk campur.
"Jadi buat apa datang sini?" soal Luth mikael terus tanpa berbasa basi. Rabi menyebak rambut blondenya kebelakang. Warna rambut aslinya. Dia menjilat bibir bawahnya sekilas. Aduh⎯menyesal aku bagitahu Zarief aku nak balik Malaysia. Tak memasal kene hadap jantan ni.
Takpe Rabi. Sabar. Dia dah menyesal. Tengok jela diri lelaki di hadapannya sekarang ni. Serupa beruk dekat kampung dia . Astaghfirullah. tak baik ngutuk dia Rabi.
Nyah kau setan tak diundang!
"Actually⎯aku ada something nak cakap. But before that, boleh aku masuk? Aku nak cakap dengan keluarga kau sekali." mata hijaunya memandang ke arah Luth mikael dengan tatapan kosong. Ton suaranya juga sedikit lembut. Takkan nak kasar kasar. Cari gaduh tu namanya.
Luth mikael mengangguk lalu memberikan laluan kepada gadis itu untuk masuk. Keith aryan hanya memerhati gadis itu. Lawa⎯cuma gayanya macam sedikit badgirl. Nampak macam lelaki.
Maskulin and perfect gitu.
"Hoi hoi. Jaga mata tu. Tengok anak orang macam nak terkam. Jangan zina mata woi." sampuk Harraz zariel. Tersentak Keith aryan lalu menjeling ke arah sahabatnya. Mulut terkumat-kamit memaki Harraz zariel.
Hish. Tak senang nak usha crush. Sepak kang!
••••••••••••••••
Masing-masing sudah berkumpul di ruang tamu yang agak kecil. tapi tidak menjejaskan Rabi untuk membincangkan sesuatu.
"Jadi, ini kawan Zarief iman lah ye?" soal Tengku julia. Rabi tersenyum nipis lalu mengangguk. Depan orang tua kena tunjuk hormat. Nak jadi gadis melayu terakhir kononnya.
"Yep, sayalah tu. Panggil je saya Rabi. Ok ,taknak buang masa. Saya cuma nak cakap yang rasanya Tengku dengan ahli keluarga Tengku ni bolehlah kemas semua barang-barang. Sebab Tengku sekeluarga akan keluar dari rumah ni." ujar Rabi senada.
Mereka yang lain terkejut."Ta-tapi kenapa? Kami dah tak ada tempat tinggal. Ni jela yang kami mampu. Kami nak tinggal mana lagi nak?" soal Tengku julia bergetar. Air mata mula bergenang. Tengku Luth michael mengusap lembut bahu isterinya.
Rabi dah panik. Alahai⎯aku baru nak buat suspen. Dah nak menangis pula makcik ni. Tula kau Rabi, buat suspen tak kena tempat.
"Eh eh Tengku. Jangan menangis⎯"
"Panggil je aunty, sayang. Aunty dah tak ada apa apa. Panggil je aunty." potong Tengku julia. Dia tersenyum kelat. Rabi menghela nafas perlahan. Rambut blonde miliknya disebak ke belakang. Haritu warna biru⎯tapi tak lawa pula. So dia tukar ke warna rambutnya yang asal.
" Teng- eh salah. Aunty, jangan risau. Saya suruh kemas ni bukan nak menghalau aunty sekeluarga. Sebenarnya, kawan saya suruh aunty sekeluarga pindah ke rumah lain." jawab Rabi dengan nada sopan. Mereka mengerutkan dahi.
Pindah? Kawan? Siapa?
"Pindah? Nak pindah mana? Kami tak ada duit nak bayar rumah sewa." ujar Tengku Luth michael. Rabi tersenyum nipis.
"Jangan risau. Rumah tu khas untuk uncle sekeluarga. Free je. Kawan saya tolong bayarkan. Jadi⎯rumah tu dah jadi milik uncle sekeluarga." terkejut mereka yang lain. Ya tuhan, siapalah yang berhati mulia sangat ni.
"Ya Allah, terima kasih banyak banyak nak. Terima kasih sangat sangat. Aunty tak tahu nak balas budi korang macam mana." air mata mengalir dari kelopak mata wanita tua itu. Dia sangat sangat berterima kasih kepada gadis itu.
"So, shall we? Kita akan berpindah hari ini. Jangan risau, kemas je baju baju aunty dan uncle sekeluarga. Barang dapur, semua barang keperluan dah lengkap kat sana. Tinggal duduk je." ujar Rabi tersenyum manis.
Tengku julia dan suaminya mengangguk. Mereka mula bangun untuk mengemas barang apa yang patut. Tinggal 4 jejaka dan Rabi sahaja di situ.
"Siapa kawan kau yang baik sangat tu?" soal Luth uqael pelik. Yela, kawan yang mana satu?
Rabi memandang jejaka itu seraya menghela nafas. Dia kemudian bangun dari duduknya. Kemeja hitamnya yang berkedut sedikit itu dibetulkan dan ditepuk tepuk sedikit. Dia menayangkan senyuman nipis.
"Korang kenal dia. Sangat sangat kenal. Nanti kau akan tahu. Now, jangan banyak cakap. Kemas apa yang patut. Sebelum aku tendang kau."
Share this novel
mcmana dia maki kau..kau buat mcm tu jugk
kau jngn terima dia iman jantan x guna seksa kau mcm2 dia dkt kau