Rabi yang tertidur dalam pelukan Qila direnung Keith. Qila yang sedang menepuk perlahan bahu kawannya memandang Keith dengan senyuman.
"Terima kasih"
Keith menjongketkan keningnya. "Sebab?"
"Sebab tolong kawan aku. Jaga dia. Selalu jenguk dia dekat sini. Aku terhutang budi dengan kau. Terima kasih Keith."ujar Qila.
"Rabi, Omey dan Rief dah macam adik-beradik aku dah. Kami rapat daripada dulu masa sekolah menengah. Tapi Rabi memang paling rapat sebabnya kami sama-sama masuk air."Qila ketawa kecil. Tangan mengusap lembut rambut kawannya. Mata redup memandang wajah tidur Rabi. Keith hanya mendengar.
"Aku dengan dia dah ibarat kembar dah. Semua benda hampir nak sama. Omey dengan Rief pun memang dah lali dengan kami. Selalu gaduh, buat bising. Tapi taklah sampai tak bertegur langsung. Sekejap je gaduhnya then kami berbaik balik. Kiranya aku dengan Rabi ni dah macam kanak-kanak ribena dah. Diorang lah yang rajin layan karenah kitorang."
"Bila aku dapat tahu Rabi accident, aku betul-betul terkejut. Aku rasa macam tak percaya. Lagi lagi bila aku dapat tahu sebab dia nak selamatkan kau." Qila memandang Keith dengan dalam. Keith meneguk air liur. Salah aku ke ni?
"Tapi--aku tak salahkan kau. Aku tahu niat dia memang baik. Dia jenis instict yang kuat. Memang kelebihan dia daripada kecil. Dapat rasa sesuatu akan berlaku. Bila aku tengok dia terbaring, aku tak boleh terima hakikat. Bukan tak redha, tapi aku sedih. Aku sunyi. Aku pun jarang nak jenguk dia atas faktot pekerjaan. Tapi alhamdulillah-- ada kau dan family boleh jenguk dia. Thanks Keith. Aku betul-betul bersyukur. Sekurang-kurangnya kau ada dekat tempat kejadian. Ada masa dia accident." Keith hanya tersenyum nipis.
"Tak ada apalah. Lagipun masatu kami nak keluar saing. Aku pun serba salah sampai sekarang. Kalau lah dia tak selamatkan aku, mesti dia tak jadi macamni."ujar Keith serba salah. Terimbas di mana Rabi menyelamatkan dia daripada dilanggar. Sungguh masa tu dia pun terkejut. Terkaku melihat Rabi terlentang di atas jalan dengan darah yang banyak sebelum dia berlari ke arah Rabi.
Sungguh dia tak mampu nak berkata apa-apa masa itu.
Qila mengangguk." It's okay. Aku faham." Qila tersenyum nipis.
"Lagipun, aku dengar kau suka dia? Betul ke?"
Mendongak laju Keith memandang wajah bersih Qila. Terbungkam.
"Macam mana kau--"
"Takyah pelik la. Mama da cerita kat aku." Mama yang dimaksudkan ialah Puan Saedah.
"Aku tak halang pun nak suka. Cuma, kau boleh ke yakinkan kami yang kau boleh jaga dia elok elok?"soal Qila. Dia bukan apa, tengok nasib Zarief iman, dia rasa takut kalau-kalau Rabi jadi seperti itu. Dia tak nak pisang berbuah dua kali. Kalau bole kisah Zarief iman dia jadikan sebagai pengajaran. Lagi lagi si Keith ni kawan Luth mikael. Lagi lah dia was was.
Keith tersenyum nipis. Tahu kalau-kalau Qila risau dia jadi macam Luth mikael.
"Janganlah kau fikir aku akan jadi macam si Luth tu. Aku dengan dia berbeza. Walaupun kitorang kawan, kitorang tak sama."ujar Keith.
"Kalau kau rasa was was, tak apa. Aku akan buktikan yang aku betul-betul nak kan dia. Aku akan jaga dia elok-elok."
Qila memandang kosong wajah Keith dengan mata sisinya. Kemudian memandang wajah Rabi.
"Hmm. Aku percayakan kau."
Mata Keith bersinar. "Really? Thank yo--"
"Tapi tak tahulah Omey dengan Rief macam mana."
Keith senyap. Haah. Dua orang kawan Rabi masih tak tahu lagi tu. Dah lah dua dua tu serius. Tegas.
Rasa macam betul-betul nak jumpa ibu ayah Rabi pula. Rasa nak terkencing huhu.
Keith mengusap belakang lehernya. "Kau rasa-- diorang okay tak?"
Qila mengangkat bahunya. "I don't know. Aku kawan diorang pun, aku kadang tak boleh baca fikiran diorang. Sebab diorang ni lain sikit. Antara kitorang berempat, memang dua orang tu ramai orang takut sebab diorang tak terlalu peramah dan mesra macam aku dengan Rabi. Kadang aku pun takut kalau aku buat salah kat diorang. Marah diorang ni lain sikit. Diam je. Kau pun tak boleh baca reaksi muka diorang tu macam mana."ujar Qila panjang. Dah masak sangat dah dengan perangai kawan kawan dia ni. Dua orang tu memang abnormal sikit.
Entah ikut siapa pun tak tahu. Nak kata ibu dengan ayah diorang okay je. Mesra alam. Diorang macam harimau tengok mangsa je. Scaryyyy--
Keith mengeluh. Dengar cerita Qila ni, makin menggigil lutut dia.
Ummi abi tolong Keith....Keith nak nangis.
•••••••••••••••••••
Luth mikael memerhati Zarief iman yang sedang menyidai baju dari jauh.
Haih la janda dia ni. Kenapa cantik sangat? Sidai baju pun nak cantik cantik ke?
Padahal minah tu pakai kain batik dengan baju kurung kedah je. Shawl diselimpangkan kiri dan kanan. Tapi masih menutup dada. Itupun kata cantik ke?
Luth mikael teringat masa mereka masih suami isteri. Zarief iman memang seorang isteri yang sangat rajin. Tak pernah menyusahkan orang. Semua kerja dalam rumah dia buat. Memang cukup pakej dan menjadi rebutan untuk lelaki di luar sana. Tapi dia yang tak bersyukur.
Luth mikael mengeluh. "Bila lah kau nak masuk dalam dakapan aku semula Iman?"
"Saya tak akan masuk dalam dakapan awak, Luth. Berhenti berharap."
Terkejut Luth mikael memandang Zarief iman yang sudah ada di depannya. Matanya membulat besar.
"I--iman? Bila masa Iman sampai--"
"Saya dah lama perasan. Tapi malas nak layan. Awak dah lama sangat kat sini, saya tegurlah. Tak manis awak mengintai saya macam ni."ujar Zarief iman lembut. Namun reaksi mukanya kosong.
Luth mikael mengemam bibir. "Abang--abang rindukan Iman. Iman tolonglah bagi abang peluang kedua. Bagi abang buktikan abang dah tak macam dulu. Abang dah berubah. Demi Allah, Iman."ujar Luth mikael sungguh-sungguh. Matanya memanah mata Zarief iman. Mata yang sentiasa bersinar lagi lagi di bawah sinaran matahari. Sungguh cantik.
Zarief iman menggaru keningnya. Berapa banyak kali lah dia nak kene cakap hal yang sama?
"Luth saya dah banyak kali cakap--"
"Abang tak kisah. Abang tak akan dengar cakap Iman. Hati abang ni, hati abang ni siapa nak tanggung? Sakit abang ni macam mana? Rindu abang pada Iman macam mana? Iman fikir senang ke abang nak buang rasa ni?"potong Luth mikael. Matanya mula sayu. Tangan diletakkan di dada kirinya.
"Abang tahu Iman. Abang tahu abang salah. Abang banyak buat dosa pada Iman. Tapi tak boleh ke-- tak boleh ke abang dapat peluang kedua? Tak layak ke abang ni? Abang tak layak nak buktikan abang dah berubah? Macam tu ke Iman?"
Zarief iman senyap. Tidak berkata apa-apa. Hanya tunak memandang dudanya.
Air mata Luth mikael mengalir. "Tolong. Bagi abang satu saja peluang. Peluang abang buktikan pada Iman. Abang betul-betul nak kan Iman. Abang benar benar cintakan Iman. Sayangkan Iman. Ye dulu abang khilaf. Abang kejar kaca berbanding permata. Jadinya abang mohon-- berikan abang peluang kedua, sayang. Tolong abang merayu."lirih suaranya berkata. Sebak ditahan,walaupun air mata mula mengalir.
Zarief iman mengemam bibir. Dia nampak perubahan lelaki ni. Selama beberapa bulan, memang lelaki ni sudah berubah. Tapi--dia takut. Takut andai berlaku untuk kali kedua perkara yang sama.
"Saya minta maaf. Saya tak boleh terima awak lagi Luth."ujar Zarief iman perlahan. Luth mikael menggelengkan kepala.
"Tolong Iman. Tolong terima abang semula. Abang nak hidup dengan Iman untuk kali yang kedua. Dan selamanya. Tolong Iman."ujar Luth mikael teresak. Zarief iman mengemam bibir.
Tangannya yang berlapik baju diangkat ke muka Luth mikael. Mengelap sisa air mata dudanya. Mata memandang redup wajah Luth mikael, yang turut sama memandang wajahnya dengan pandangan redup. Pandangan cinta.
Namun sayang, dia tak mampu terima.
"Luth" lembut suara Zarief iman menyebut.
"Saya minta maaf sangat-sangat. Saya takut perkara yang sama berulang untuk kali kedua. Saya memang nampak perubahan awak. Saya gembira juga."Luth mikael memegang tangan Zarief iman yang berada di pipinya. Menggesel lembut pipi di tangan Zarief iman.
"Luth, saya yakin awak akan jumpa perempuan yang lebih baik dari saya. Yang lebih sempurna. Saya tak nak awak dapat isteri yang badan ni penuh dengan tatu. Saya taknak awak malu. Awak perlu dapat seorang wanita yang lebih baik daripada saya. Percaya cakap saya Luth."Zarief iman mengusap pipi Luth mikael. Hanya sekejap sebelum ditarik menjauhi wajah lelaki itu.
Zarief iman tersenyum." Saya harap awak dapat terima kenyataan. Bahawa kita tak ada jodoh. Pergilah Luth. Cari kebahagiaan awak sendiri. Jangan cari saya lagi. Assalamualaikum." Zarief iman berlalu pergi meninggalkan Luth mikael yang berdiri tegak seorang diri.
Luth mikael memejamkan matanya.
"Tak Iman. Abang tak akan mengalah. Abang akan dapatkan semula Iman. Kalau tak dapat cara baik, cara kasar pun abang sanggup." Mata dibuka perlahan-lahan.
"Asalkan Iman milik abang semula. Selamanya."
Share this novel