"Sayang?"
Terkedu Zarief iman di tempatnya. Tengku julia dan Tengku michael juga terdiam. Tak sangka pula anak sulung mereka pulang awal ke rumah.
"Luth, awalnya kamu pulang." Tengku michael menegur anaknya. Luth mikael yang berdiri di tengah ruang tamu memandang wajah ayahnya sekilas sebelum memandang belakang tubuh Zarief iman.
"Kerja habis awal. Luth pun balik awal." jawab Luth mikael. Dia kemudian bergerak ke meja makan lalu mengambil tempat duduk di sebelah gadis itu.
Nasi dan lauk pauk mula diambil, sambil itu mata kadang mengerling ke arah Zarief iman. Gadis itu mula beriak biasa sambil meneruskan makan.
"Sayang baru sampai ke?"
Zarief iman memandang wajahnya. Senyuman tipis diberi.
"Tak ada lah. Ada dalam 20 minit macam tu. Ibu ajak makan sini." perlahan suara gadis itu bercakap. Luth mikael mengangguk. Dia kemudian tersenyum.
Suasana di meja makan agak sunyi sebelum Luth mikael memecahkan kesunyian tersebut .
"Ibu, ayah. Alang-alang Iman pun ada kat sini, Luth nak cakap sesuatu." Tengku michael dan isterinya berpandangan. Zarief iman pula meneruskan makan ayam goreng. Bulat pipinya kerana makanan penuh dalam mulut.
Luth mikael mengemam bibir. Mata mengerling ke arah Zarief iman. Omo comelnya bakal bini aku ni. Rasa nak gigit gigit.
Ngap !
"Luth nak masuk minang Iman."
"Uhuk ! Uhuk ! Uhuk !"
"Eh Iman sayang. Minum air dulu." Tengku julia terus mengambil air lalu diberikan kepada Zarief iman. Gadis itu mengambil terus airnya. Keluhan lega dilepaskan.
"A-apa? Ulang balik ayat awak tadi ?" pinta Zarief iman. Luth mikael memandang wajah Zarief iman. Senyuman kacak diukir.
"Abang nak masuk minang sayang. Esok."
"Uhuk ! Uhuk ! Uhuk !"
Tengku michael tersedak . Luth mikaek mengerutkan kening. Apa ni? Aku cakap nak masuk minang semua nak tersedak.
"Abang ni. Makan jangan gelojoh. Minum air dulu." Tengku julia menepuk-nepuk belakang tubuh suaminya. Diusap-usap lembut badan itu.
Tengku michael mengerutkan kening. "Esok ? Kamu gila, along? Harini cakap esok terus masuk minang. Persiapan semua tak ada."
Luth mikael tersengih. Pinggan dikuis kuis manja. "Tak apa. Tu semua Luth dah settlekan. Tinggal pergi rumah mama papa je."
"Wait what? Awak dah siapkan semua persiapan? What?" membulat mata Zarief iman. Mulutnya terlopong kecil. Luth mikael ketawa.
So cute lah sayang Luth ni.
"Ye sayang. Abang dah siapkan. Tinggal jumpa---"
"No no no. Saya tak terima lamaran ni." bangkang Zarief iman. Memang tak la dia terima. Cukuplah sekali dia dah gagal dalam perkahwinan mereka. Dia tak nak terima nasib yang sama lagi.
Luth mikael merengus. "Tak kira. Abang nak juga. Iman kena terima. Abang nak Iman jadi milik abang semula. Faham ?" Luth mikael menjegilkan mata. Zarief iman membalas juga.
"Tak nak !"
"Nak !
"Tak nak !"
"Nak juga !"
"Tak nak tak nak !"
Tengku michael memicit pelipis kepalanya. Aduhai budak dua orang ni. Dua dua dah besar, tapi perangai macam budak kecil. Rasa tak mengaku anak pula.
"Luth--- saya tak nak. Berapa kali saya nak cakap. Awak tak ingat ke apa saya cakap dekat majlis kahwin masa tu?" Zarief iman berkata lembut. Berharap Luth mikael memahaminya.
"Ye abang tahu. Abang ingat. Tapi iman--- bagi la abang peluang. Tolonglah iman. Abang mohon sangat-sangat. Bagi abang peluang kedua. Bagi abang buktikan abang boleh jadi yang terbaik. Suami yang terbaik untuk Iman. Tolong Iman." rayu Luth mikael. Tengku julia dan suaminya memandang sahaja. Terbit rasa kasihan melihat anak sulung mereka.
Zarief iman diam. Dia memandang wajah bekas mertuanya. Mereka hanya diam sambil melihat Zarief iman dan Luth mikael.
Seorang diam, seorang lagi tengok bekas isteri. Hm.
Zarief iman memandang wajah Luth mikael. Lama dia merenung wajah itu. Wajah yang selalu memberikan kesakitan kepadanya. Tidak pernah ada kenangan indah bersama. Semuanya pahit.
"Bagi saya masa Luth. Bukan senang saya nak terima awak. Macam-macam awak buat pada saya. Saya tak boleh nak lupakan."
Zarief iman bangun dari duduknya.
"Bulan depan saya akan beri jawapan. Kalau boleh buatlah solat istikharah. Minta petunjuk daripada Allah. Tolong jangan letak harapan yang tinggi pada saya. Andai kata solat istikharah memberi petunjuk yang awak dan saya tak ada jodoh, tolong terima. Dan jangan paksa saya lagi."
Zarief iman menyalam tangan Tengku julia. Pada Tengku michael, dia hanya melemparkan senyuman.
"Terima kasih ibu atas hidangan ni. Sedap. InshaAllah ada masa kita jumpa lagi ye. Iman pergi dulu, ibu ayah. Assalamualaikum."
Mereka hanya menghantar pandangan gadis itu sehingga lah tubuh itu hilang disebalik pintu. Kemudian mata mereka beralih memandang Luth mikael yang termenung.
"Luth---betul apa Iman cakap tu. Kalau korang tak ada jodoh, kena terima dengan hati yang ikhlas. Jangan memaksa seseorang yang dah tak nak dekat kita." kata Tengku julia dengan lembut. Luth mikael hanya mengeluh.
"Baik ibu."
•••••••••••••••
"Luth nak masuk meminang Iman?"
Zarief iman mengangguk. Kepalanya diusap lembut oleh Puan Raisa. Manja betul anak sorang ni. Mentang-mentang sorang je perempuan.
"Habistu, Iman cakap apa?"
"Iman kata la bagi Iman masa. Iman nak solat istikharah dulu, minta petunjuk daripada Allah. Nanti Iman dah dapat jawapan, bulan depan Iman bagitahu. Itupun muka dia macam tak boleh terima." adu Zarief iman. Puan Raisa menggeleng.
Anak aku ni gemes banget. Ikut siapa? Ikut mak nya !
"Iman, apa kata Iman beri peluang kedua pada Luth? Bagi dia buktikan pada Iman yang dia dah berubah." Zarief iman mendongak memandang wajah mamanya.
"Tapi---kalau dia buat benda yang sama lagi macam mana? Iman tak nak kena pukul lagi." kata Zarief iman perlahan. Puan Raisa mengusap kepala anak gadisnya.
"InshaAllah tak ada apa-apa sayang. Husnuzon pada Luth. Yakin yang dia dah berubah. Kalau tak kenapa dia kejar Iman selama ni? Mesti sebab dia nak buktikan dia dah berubah."
"Iman tak boleh asyik fikirkan masa lalu. Kadang-kadang, kita kene lepaskan masa silam kita , untuk bina kenangan yang baru. Bagi dia peluang lagi. Tak salah kita nak beri dia peluang kedua. Mama faham Iman takut, tapi Iman kene atasi ketakutan Iman. Dan Iman tak boleh sentiasa fikir yang Luth akan kekal jadi macam tu. Jangan ye sayang. Mama yakin dia dah berubah." pujuk Puan Raisa.
Zarief iman diam. Merenung semula apa yang dikatakan ibunya tadi.
"Okay ibu." ujar Zarief iman perlahan. Puan Raisa tersenyum. Dia mendongakkan kepala anaknya. Pipi itu dielus lembut.
"Bagi peluang kedua ye sayang?"
Zarief iman menarik nafas dalam. Dia kemudian menganggukkan kepalanya.
"Tengoklah macam mana."
Share this novel