CHAPTER 4

Drama Series 15767

Setelah memarkir kereta di tempat parkir yang disediakan , Zarief Iman menuju ke lokasi yang diberi rakannya tadi. Hot and Chocolate Cafe's menjadi tempat destinasinya. Setelah masuk ke dalam cafe itu , Zarief Iman meliarkan mata mencari kelibat rakan rakannya. Matanya mula terhenti ke arah seorang gadis yang melambai tangan ke arahnya. Dia tersenyum nipis sebelum menuju ke arah gadis tersebut lalu melabuhkan punggungnya di hadapan gadis itu.

" Awalnya kau sampai , Omey. Kata pukul 10 , now belum pukul 10 lagi kau dah sampai. Semangat betul ye ." Zarief Iman ketawa halus. Omey atau nama panjangnya Siti Nur Humayra hanya tersengih mendengar. Omey merupakan nama panggilan ahli keluarganya , tetapi rakan rakannya juga berjangkit panggil Omey. Sudahnya dibiarkan saja.

Malas nak buang air liur. Asalkan panggil aku leklok sebelum pistol terpacak dekat dahi.

"Well , you know me well , Rief. Aku sampai memang selalu awal. Saja menikmati pemandangan . " Zarief Iman mengangkat kening sebelahnya lalu tersenyum sinis.Pemandangan huh ? Pemandangan melihat mamat mamat hensem adalam. !

"Really ? Bukan sebab ada mamat hensem ke ? "Omey tergelak halus sebelum tersengih seperti kerang busuk. Halah halah , macam taktau perangai dia ni.

Eh , miang miang aku pun , aku jaga maruah ok ! Bukan macam perempuan luar sana.

"Mana Rabi dengan Qila ? " soal Zarief Iman apabila kelibat dua orang rakannya tiada.

"Diorang oder makan . Dekat kaunter sana tu ." Omey memuncungkan mulutnya ke arah dua orang gadis yang sedang mengurat seorang cashier lelaki. Perangai macam jantan ! Naik merah muka budak tu.

Zarief Iman meng'oh'kan saja. Dia kemudian termenung ke luar.Omey yang melihat itu menghembus nafas perlahan.

"Gaduh dengan Luth lagi , hm ? " tersentak Zarief Iman mendengarnya.Dia menoleh memandang Omey yang merenungnya dengan pandangan redup. Zarief Iman tersenyum kelat.

"Macam biasa , Omey. Takpe , aku sedar aku hanya isteri bawah tapak kaki dia sahaja. Dia layak cari orang lain berbanding aku yang bertatu ni. " Omey mendengus kasar. Dia tak suka melihat Zarief Iman macam ni !

"Dia tak tahu benda betul , Rief. Apasal kau tak bagitahu dia ?" marah Omey. Zarief Iman terdiam . Dia merenung ke arah langit.

"Bukan masanya lagi , Omey. Aku tak bersedia nak cerita perkara sebenar. Aku takut dia tak boleh terima kisah silam aku dulu. " Zarief Iman meramas tangannya. Kelibat Qila dan Rabi yang menghampiri mereka direnung sebelum mengukir senyuman nipis.

"Itu masa lalu kau . Sekarang kau dah berubah . Dia kene terima , Rief. " kata Omey dengan datar. Rabi dan Qila yang baru sahaja melabuhkan punggung hanya melihat , mesti pasal suami Zarief Iman.

Mereka tahu tentang Zarief Iman dan Tengku Luth Mikael. Zarief Iman sudah mereka anggap seperti kakak. Segalanya mereka akan ambil tahu.

"Biarkan lah dia , Omey. Aku kene tau level aku dengan dia macam mana. Mana mungkin dia nak dengar penjelasan aku yang hanya isteri bawah tapak kakinya. " terdiam mereka mendengar kata kata Zarief Iman. Mereka merenung gadis itu dengan pandangan sayu.Malangnya hidup sahabat mereka ini.

Ikutkan hati , memang 20 peluru mereka tembak dekat jantan tu !Apa kisah diorang jantan tu mati ke tak .

Mata Qila melilau melihat dekorasi cafe ini. Namun matanya terhenti pada seorang lelaki yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di hadapan seorang gadis yang -

errr - agak menjolok mata pakaiannya. Lawa memang lawa , tapi pakaian tu macam kau pakai tuala babi - eh silap. Tuala baby je. Singkat sangat. Angkat je baju tu sikit , memang nampak seluar dalam dia.

"Rief , is that your husband ? " serentak 3 kepala itu menoleh ke arah yang ditunjukkan Qila. Terpampang di hadapan mata mereka yang Luth Mikael sedang memegang tangan gadis itu. Dan pada pandangan mereka , Luth Mikael sedang melamar gadis itu.

Dan , yes ! Sangkaan mereka tepat apabila Luth Mikael menyarung sebentuk cincin pada jari gadis itu. Manakala si gadis itu menjerit kegembiraan lalu memeluk lelaki itu tanpa menghiraukan pandangan orang lain.

Omey , Qila dan Rabi menoleh memandang ke arah Zarief Iman yang masih memandang adegan tersebut. Riak wajah gadis itu kosong , namun mereka tahu hati gadis itu mesti berkecai. Suami sendiri melamar gadis lain di hadapan mata. Kau rasa ?

"He's find his real happiness. " Zarief Iman tersenyum nipis sebelum menyedut air minumannya. Dia kemudian menoleh memandang ke tempat lain apabila Luth Mikael memandang ke arahnya.

Sedih ? sedikit.
Sakit hati ? yes.

Walaupun dia hanyalah isteri bawah tapak kaki , dia juga mempunyai perasaan .

"Kau taknak halang ke , Rief ? " soal Rabi sayu. Zarief Iman merenungnya sebelum menggelengkan kepala. Tak . Dia takkan halang. Itu hak suaminya untuk kahwin lain.  Dia sedar dia siapa.

"Bukan hak aku untuk halang dia. Dia ada hak kahwin lain. Aku tak kisah. As long as he happy . I'm happy too. Now , stop talking about this. Let's talk about our 'job'. " kata Zarief Iman serius dan dingin. Ketiga tiga gadis itu juga mula serius , menghiraukan pandangan jejaka muka longkang yang sedang merenung mereka , iaitu Tengku Luth Mikael.

Apahal pandang sini ? Pandanglah perempuan kesayangan dia tu !

"Rief. Nampaknya kita akan jadi seperti dulu semula. Or senang cerita , kita terpaksa kotorkan semula tangan kita."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience